PERTARUHAN CINTA bab 9



FAHMI BERJALAN LAMBAT KELUAR DARI BILIKNYA sambil menutup kuap dengan kekura tangan.Tekak terasa kering kerana sejak semalam tidak meminum air mineral sebelum tidur.Dia menuruni tangga satu per satu sambil fikiran masih mamai.

Tiba-tiba,dia terhidu sesuatu.Bau masakan yang sangat familiar di rongga hidungnya.Macam kenal..

Dia membulatkan mata.Jangan kata....oh tidak!!

Segera dia menuruni tangga.Fikiran mulai waras.Melihat saja Furqan yang sedang meletakkan mangkuk besar di atas meja,dia tersenyum panjang.

Dipeluk erat sang abang yang sangat dirindui.Furqan rasa tercekik pabila dipeluk lehernya.

“Dude,lama tak jumpa!!Aku rindu kau!!”,siap dicium lagi pipi Furqan.Segera ditonyoh muka Fahmi dengan buku limanya supaya menjauh dari mukanya.

“Eihh!!Sanalah!Geli aku.Aku tak rindu kau pun.Tepi..tepi..aku nak makan..Nak habis waktu dah ni..”,Furqan cepat melepaskan pelukan erat sang adik sambil menarik kerusi untuk duduk.Muka cemberut Fahmi tidak diendahkan.

Fahmi mencebik sambil turut duduk di meja makan berhadapan dengan Furqan.
“Bertuah punya abang tak rindu kat adik langsung!Dulu kau selalu kiss aku masa kecik.Sekarang,aku kiss kau tak boleh pulak?”

Furqan menjulingkan mata.”Masa kecik yalah.Muka babyface kau yang macam marshmallow tu buat aku geram.Ni sekarang dah lain macam.Dah besar dah pun.Jangan nak gedik dengan aku lagi.Siram kau karang dengan milo panas ni baru tau!”,Furqan memberi amaran sambil mengangkat sedikit cawan yang berisi milo panas.Fahmi buat muka tak hairan.

“Siramlah.Sampai meleleh pun tak pe.Asal kau bahagia.Eleh,ada aje sahabat yang cium pipi NAbi SAW..Nabi tak tolak pun”,bidas Fahmi sambil mencuit nasi goreng ikan bilis Furqan.

Segera dipukul kekura tangan Fahmi.Fahmi mencebik.

“Kedekut!”

“Bukan kedekut la bro.Kau ganggu aku nak sahur..Pi blahh lah.Baik kau pergi tahajud lagi bagus dari melalat kat sini”,halau Furqan dengan mulut penuh.

Fahmi buat bodoh.”Aku pun nak ikut sahur jugak.Nak puasa yang yuk bak kata Khai Bahar”,sengihnya.

“Kau puasa apa?”

“Puasa yang yuk!”,perli Furqan.Pantas dipukul lengannya.Berbisa.Mencerlung matanya memandang Fahmi.

“Kau jangan nak cari pasal.Kurus pahala aku karang..”,serius kata-kata Furqan.

Fahmi tersenyum.”Yelah..yelah…”,dia mengalah.Wajah jernih Furqan yang tengah melahap ditenung dalam.Dalam fikiran sudah meneka.Hari ni Isnin.Mesti dia puasa isnin khamis ni.Bibir tersenyum.Kagum dalam diam melihat perangai Furqan yang sentiasa istiqamah dalam berbuat perkara sunnah.Dari mula masuk tahfiz lagi abangnya sudah macam tu walaupun selalu jugak berbuat nakal di sekolah.Dulu,ada masa lapang,pasti mereka berdua melepak dan Furqan bercerita tentang perangai nakalnya tahap ya ampun di sekolah.Cuma dia yang tahu.Faqih tidak banyak tahu kerana jarang balik rumah.Adik bongsunya itu lebih suka melepak bersama rakan-rakan berbanding mereka berdua.Jadi,tidak banyak yang diketahuinya mengenai perangai dan kisah-kisah mereka.

“Apa yang kau dapat semasa kau di Mesir selama 6 tahun kau berada di sana?”,sudah macam wartawan tak bergaji bertanya soalan formal seperti itu.

“Dapat usha awek berburqah serba hitam kat sana..”,seloroh Furqan sambil mengunyah nasi dalam mulut.

Fahmi menumbuk muka Furqan.”Betul-betullah!Desperate sangat nak kahwin cakap aje.Nanti aku bagitau baba terus”,marahnya.Furqan tersengih.

“Betul apa aku kata?Sepanjang kat sana serba hitam aje kau Nampak.Dah macam Ninja Assassin pulak..”

“Alaaa…apa nak hairan?Dulu kat tahfiz kau pun macam tu.Lebih kurang ninja jugak..”,balasnya malas.

Furqan meneguk rakus air coway segelas besar.Dia mengakhiri dengan doa habis makan.Niat cepat-cepat dipasang sebelum azan Subuh.

Fahmi dipandang.”Ami,lepas subuh aku nak tido jap.Tolong kejut aku pukul 8 eh”,pinta Furqan sambil berdiri.Cepat saja dia menghilang dari dapur.Fahmi menggeleng perlahan.Still tak berubah.Tido lepas subuh memang jadi benda lazim buatnya.Tsk..tsk..Soalan aku?Jawab dalam mimpi dia ajelah…

YUYU KELUAR DARI BILIK SELEPAS mendengar bunyi.Dia menjenguk ruang tamu.Kelihatan Baby Yazid,adiknya yang baru berusia dua tahun menangis bagai nak pecah peti suara digendong oleh Ameer.Dibawa ke bilik air dan dibersihkan.Beberapa minit berlalu,dia pun keluar dengan tuala berbalut pada tubuh kecil Baby Yazid.
Diperhatikan saja gelagat Ameer yang meletakkan Yazid di toto atas lantai.Pampers dipakaikan.Sebelum itu ditabur bedak Johnsons Baby di badan dan di muka.Tampak begitu handal.Tanpa rasa kekok.Yuyu jadi kagum.

“Dah boleh jadi daddylah,Meer..”,komen Yuyu sambil tersengih.

Ameer menyerahkan Yazid kepada Yuyu.Yuyu menyambutnya.

“Ishhh..apa pulak aku?Kau lah..Kau tu dah ada calon.Tinggal suruh masuk line aje..”,bidas Ameer dengan senyuman nakal.

Yuyu menampar bahunya.”Merepek!Mana ada calon..”

“Alaaaa…hafizah macam kau ni berlambak tau orang masuk jarum.Kau aje yang tak tau.Mama citer kat aku dah berapa ramai yang Tanya tapi jawapan mama postpone lah,anak masih belajarlah blablabla…”,selar Ameer dengan usikan.

Yuyu ketawa.”Perghh..Alhamdulillah mama selamatkan anak dara kesayangan dia ni..”

“Nanti aku bagitau aje mama ada sorang mamat yang kau syok kat dia tu supaya cepat-cepat pinang kau.Tak der lah kau bosan duk pegang Baby Yazid aje..Betul tak?”,dia tersenyum nakal bersama kening yang dijungkit-jungkit.

Meremang bulu roma Yuyu.Dia menampar bahu Ameer.”Miang!!”

Ameer ketawa sakan.”Elehh..kau yang stalk mamat tu tak mianglah?Simpan dia dalam hati sucilah konon cinta tu sebab sorok dari orang?Cis,menyampah aku!Daripada berzina hati,baik nikah.Terus jadi zina halal..”

Berdesing telinga Yuyu mendengar tohmahan Ameer.”Sedap aje mulut kau kata aku stalk dia..Memfitnah itu lebih besar dan lebih keras dari membunuh tau.Jaga sikit lidah tu!”,marahnya.

Ameer mencebik.”Yelah..tapi betulkan kau syok kat dia?”

Yuyu terdiam.Dia memandang Yazid lalu main cak-cak dengannya.Terhibur si adik dek usikan kakaknya.

“Cakaplah..Kau masih syok kat dia kan?Jangan nak ego..Jujur dengan aku..”,pinta Ameer.Dia mengetap bibir dengan ketunggulan kakaknya.Lengan Yuyu dipegang.

“Kak….”

Yuyu tersentak.Dia segera menoleh ke arah Ameer.

“Biar aku pinang dia untuk kau..”

Yuyu tersenyum senget.”Desperate sangat ke nak halau aku dari rumah ni?”,sindirnya halus.Ameer tersentak.

“Bukan tu maksud aku.Aku Cuma tak suka tengok kau macam ni.Kalau dah suka tu,move on lah..”

Yuyu mengeluh berat.”Aku tak nak fikir pasal ni lagi Ameer.Tolong jangan cakap pasal kahwin-kahwin ni boleh tak?Aku tak nak beratkan fikiran aku dengan komitmen lah..”,tuturnya mendatar.

Bahunya dipegang.”Kau boleh sangat dah kahwin ni..Aku risau tengok fikiran kau yang duk mengelamun pasal dia..Baik kau kahwin kak..Hilang sikit beban aku tengok kau..”

Yuyu menentang tajam mata Ameer.”Jangan paksa aku,Meer.Aku dengan hal aku.Jangan ganggu.”

Ameer mengeluh kasar.”Kenapa kau tak nak pulak?”
 
“Aku..tak nak jatuh cinta…”

Ameer tersentak.
 
“Aku takut aku betul-betul jatuh cinta..”

Matanya tetap pada bebola mata hazel kakaknya.

“Pada dia yang aku betkan…”

Terkelu.Bet?

HABIS SATU TAMAN REKREASI DIROUND mereka berdua.Nampak saja kerusi batu tak jauh dari situ,Fahmi segera pecut.Furqan tersengih lelah.Dia membiarkan saja Fahmi meninggalkannya.Usai melabuh duduk,mereka berdua mengelap air peluh dengan tuala kecil yang berbalut di leher.

“Aktif lagi kau eh macam dulu”,puji Fahmi.

“Eh mestilah!Lagi-lagi nak kena jaga sixpec aku ni.Takut buncit..”,dia mengusap-usap perutnya.Fahmi mengerling sekilas lalu menumbuk kuat perut abangnya.Furqan mengaduh.

Dia menumbuk lengan Fahmi.”Woi!!Suka hati aje tumbuk aku..”

Fahmi menoleh ke arahnya.”Ala..fair and squarelah.Kau tumbuk lengan aku balik.By the way,ramai aje yang buncit lepas kahwin.”

“Tu sebab tak jaga..Kalau aku,wajib kot kena jaga!”,bidas Furqan.

“Asal pulak wajib?Termasuk dalam rukun Islam ke?”

“Taklah.Termaktub dalam Rukun Lepas Zeqra Kahwin”,selorohnya.Fahmi tertawa lepas.

“Acah aje kau ni.Entah-entah,omong kosong aje…”,provoke Fahmi sambil menyepetkan matanya.

Furqan tersenyum.”Jom bet.Kalau aku maintain,kau kena belanja aku alat gim.Tapi kalau aku tak,aku belanja kau hadiah yang sangat istimewa..”,meleret saja suaranya sambil tersengih penuh makna.

Fahmi menjungkit kening.”Apa benda istimewanya tu?Macam syok ajee…”,dia mula membayangkan sesuatu yang indah.Dapat tiket ke Manchester ke,makan di hotel sepuluh bintang ke..atau paling komand pun,main golf kat Royal Selangor Golf Club..

Furqan mendekatkan bibirnya di telinga Fahmi.Fahmi rela menadah walau kegelian.

“Aku belanja isteri…untuk kau..”,bisiknya.

Fahmi terus menolak Furqan sampai jatuh tergolek dari kerusi batu.Bergelak sakan Furqan selepas berjaya menyebut ayat keramat itu.Merah padam muka Fahmi dimain-mainkan abangnya.

“Sengal punya abang!Aku fikirlah dapat benda lain tadi!”,marah Fahmi.Segera dia berdiri dan meninggalkan Furqan yang masih ketawa terbahak-bahak dibelakang.Sakit hati apabila dirinya diinvolve dengan perempuan.Kaum yang sangat complicated itu memang sangat tidak pernah ingin difikirkannya.Buat sesak fikiran dan nafas saja.Dia lagi suka single tanpa suka perempuan.Simpan hati pun haram masuk dalam hatinya.Dia single dan not available.Disebabkan ketidaksukaan dia dengan kaum perempuan itulah mendapat usikan Furqan.Dan dia paling tidak suka apabila dikait,dikenen atau sebagainya dengan kaum itu.Kaum yang sangat sensitive baginya.Huh!Aku tau aku dilahirkan oleh kaum wanita..tapi kalau nak berfeeling terhadap kaum wanita walau sorang,oho sorry to say but I’m really disgusting about that!Kahwin,lagi lari topic dari dirinya yang sangat menjauhi satu benda yang sangat berat itu.Tapi Fahmi pun pelik.Kenapa?Dia sendiri tidak tahu dan tidak faham.Yang pasti,sekarang bukan dan belum masanya.

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs