PERTARUHAN CINTA bab 8

TELINGA DISUMBAT DENGAN ayat-ayat suci al-Quran.Juzuk 4 muka surat lima terakhir yang menceritakan tentang An-nisaa.Para wanita.Mulutnya ikut membaca bersama imam kecintaannya,Fatih Seferagic yang berasal dari Bosnia,Sarajevo yang terletak di tenggara Eropah tetapi lahir di Jerman.Mulut memang ke lain,tetapi mata juga begitu.Ralit stalk si dia punya facebook sambil tersengih sewel.

Fahmi di sebelah yang tengah berjalan terus mendongkol geram melihat sikap Furqan.Huh!Mata tu kalau tak lekat kat FB Yuyu memang tak sah.Dari tadi lagi sambil tersenyum-senyum.Hee!Campak kat hospital sakit mental karang baru tau!Bukan tak jumpa pun jap agi..

Furqan mengikut arahan Yuyu.Berjumpa di tempat yang dikatakan.Tak sabar punya pasal,dia pun terkocoh-kocoh berjalan laju sampai terlanggar seseorang.Fahmi di belekang sudah tak ingat.Mau semput Fahmi mengejarnya.

Furqan segera menoleh.Niat nak meminta maaf termati.Sebaliknya,matanya terus terlekat pada seseorang yang berada di sebelah orang yang dilanggarnya.Air liur ditelan.Pandangan jatuh pula pada tangan yang saling berpandangan itu.Sakit matanya.Serius!!

"Yuyu...."

Kelihatan wajah sang gadis tenang dengan senyuman.Ikhlas benar senyuman itu.Tak pernah nampak selama mereka berada di MTA.Ikhlas ke mengejek?Furqan menempelak dirinya sendiri.Terasa bodoh dengan diri sendiri.

"Furqan..ingat awak tunggu kat sana..",sapa Yuyu.Mulut ringan terlebih.Senyuman pun bergula.Buat Furqan kencing manis aje.

Furqan mati kata.Kelu lidahnya.Sebaliknya matanya tajam memandang seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya di sebelah Yuyu.Nak kata Yuyu ada abang,rasanya adik aje.Nak kata ni adik dia,muka tak sama langsung dan muka mature semacam.Nak kata abang susuan ke sepupu ke,lagi ke laut.Damn!WHO ARE HIM!

Fahmi yang menonton scene di depan mata terus tersentak.Alahai,macam drama melayu sekarang pulak.Bezanya,ini real punya.Dia tersengih.Mula mendapat idea nakal.Perlahan-lahan Vivo V5s dikeluarkan dari poket seluar dan application camera ditekan.Cepat tangannya menangkap gamar candid depan mata sambil cover sebaik mungkin.Kantoi dek Furqan,meraunglah dia melihat handphone barunya dihurung ikan.Huh,haru!

Furqan dah mula panas enjin hatinya.Dia tersenyum plastik sambil menyerahkan beg kertas biru kepada Yuyu.

"Tahniah dah khatam..Hm,pergi dulu.Adik nak singgah KL lagi ni..",katanya tanpa nada.Kaki dah tak sabar nak blahh.

Yuyu tersentak."Datang dengan adik?"

Furqan mengangguk."Bye..",pamitnya lalu cepat-cepat mendapatkan Fahmi yang khusyuk bermain handphone tak jauh dari mereka.Cepat juga tangan Fahmi turun ke sisi.Dia melihat wajah Furqan yang dah berang semacam.Macam nak terkam dia pun ada.Ternyata bahunya diraih kasar dan mereka berpusing ke depan membelakangi Yuyu.Laju saja kaki Furqan meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke belakang lagi.Takkan!

Yuyu membelek hadiah dari luar beg kertas.Dia mengeluh lemah.Lelaki di sebelah menepuk bahunya.

"Ok aje aku tengok mamat tu..Asal tak suka?"

Yuyu menoleh ke arahnya."Aku takut...."

Orang itu menjungkit kening.

"...jatuh cinta..."
.....................................................................................................

Beberapa tahun berlalu...

Dia menyandar lesu di kerusi menunggu diluar balai pelepasan.Sudah lima belas minit dia berada di situ.Balik ke Malaysia tanpa memberitahu siapa-siapa menjadi pilihannya.Suka buat kejutan kepada orang.Tapi dia masih lagi berada di situ.Membelek instagram seseorang.

Menggigil tangan memandang gambar seseorang yang pernah singgah di hatinya suatu ketika dahulu dengan seorang jejaka kacak yang sedang berposing dengan gaya yang cukup menyakitkan dan menyesakkan dadanya.Dia menggigit bibir lalu menggenggam kuat iphone 7plusnya.Arghh!!Kenapa aku tak boleh melupakan dia?Susah sangat ke?Aku nak lupakan Allah Tuhan ku senang aje.Lupakan dia yang hamba Tuhan ku ni bapak susah  gile.Zeq,ni semua syaitan!Furqan memegang kepalanya.Rambutnya diraup-raup serabai.Ya Allah,lenyapkanlah perempuan ni dari kepala hotak aku!

Matanya mula berair.Bibir diketap.Rapat.Menggigil menahan rasa.

Mudahnya hati untuk menangis kerana kecewa.Kerana wanita.Kerana dunia.

Kerasnya hati untuk menangis kerana Tuhan.Kerana dosa.Kerana akhirat.

Air mata jantannya menitis jua.Kerana wanita.Kerana rasa berdosa juga.Menangis kerana si dia.Tetapi tidak pernah menangis kerana si Dia.Ah,inilah manusia zaman kini.Cinta dihadirkan oleh Sang Pemilik Cinta.Macam mana boleh terlepas pandang untuk mengembalikan perasaan cinta yang berputik kepadanya kepada Sang pemilik cinta itu?Oh,Zeq!Sangat alpa tentang Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pencinta akan hamba-hambaNya.

Dia menangis teresak-esak.Perlahan tapi bersendu.Allah,aku malu....

Merindui si dia yang belum pasti jodohku.

Memandang si dia yang belum pasti makmumku.

mengingati si dia yang belum pasti suriku.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah..."

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu..."

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang DIa kehendaki.Dan Allah mempunyai kurnia yang sangat besar.

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah"

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.."


"...Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

 Surah Al-Hadid yang dihafal kemas dalam dada sedikit sebanyak berputar ke laman fikiran.Dari situ,sedunya semakin berkurangan kerana dia tahu,Dia sedang memujuknya..Oh,Furqan rasa sangat berdosa!

"Zeq..."

Seseorang memegang bahunya.Furqan yang asyik dengan perasaannya tersentak.Suara macam kenal...

Dia mendongak.Retina mata membesar.Boom?

Boom tersenyum."Lapar tak?"

BAHU FURQAN DIPELUK KEMAS.Bagai tidak mahu dilepaskan.Ah,rindu sahabat la katakan!Kalah rindu terhadap pasangan kekasih!Sahabat ibarat kekasih juga merangkap sebagai musuh kalau dah mula bergaduh!

Pelukan erat dibalas kepada Boom.

"Pandai kau waze aku eh",usik Furqan.

Boom tersengih."Mestilah.Connect to hati la katakan...",dia memegang dada.Furqan ketawa.Bahu Boom dipukul.

"Lain kali jangan nangis sorang-sorang lagi.Sedih aku tengok kau macam baru putus cinta tadi..",seloroh Boom.Furqan membulatkan mata.

"Woi,jangan kata....."

"Yup!Betullah tu.Huhu nangis macam tu..Buat jatuh saham aje.Selamat aku masih mengaku kau sebagai sahabat..kalau tak..hahahhaa...",seronok dia mengata sahabatnya.Well,sudah bertahun tidak berjumpa.Kalau nak lepak sekarang pun dah kekang masa.Dia masih study lagi.Furqan pula logiknya akan cari kerja usai balik Malaysia.Yang lain-lain pun masing-masing ada hal.

Furqan mengusap-usap tengkuknya.Malu gila tahap nak menyelam kepala dalam baju Boom!!

"Ala lek ah..Tapi,agak-agaklah kalau kecewa tengok Yuyu berpeluk dengan Bf dia pun.Apa nak buat,budak sekarang.Tak segan silu nak post benda-benda macam tu kat media sosial..lagi bangga adalah.Yang kau pulak,blok terus dia.Tak payah nak follow lagi.Meluat tahap jijik aku dengan minah tu.Huh!Buat malu budak huffaz.Jatuh air muka aku yang jernih ni!",sempat lagi berseloroh dalam tempelaknya.Furqan terdiam.Kata Boom ada betulnya.Tapi mereka-mereka yang lelaki pun apa bezanya?Ada juga yang macam tu.Suka sangat post gambar keluar dengan dia,lepak dengan dia,dating dengan dia.Tak ada beza langsung.Nak bagitau satu dunia lagaknya.Baik kahwin terus macam tu.Biar satu dunia doakan kebahagiaan anda bersama,ye tak?Nampak semua mereka itu macam gilakan populariti aje bagi Furqan.

"Tak nak bincang pasal ni dengan dorang ke?",soal Boom memotong lamunan Furqan.

Furqan tersentak."Bincang?"

Boom ketawa."Aihhh...PA head prefect ni..Dah lupa ke misi kat MTA dulu?"

Furqan blurr.Seketika,dia ketawa sakan."Hahahaha...memanglah kau ni.Asyik perli aku aje.."

"Sampai tak tido malam sebab bincang masalah umat dengan senior MPP...Ceh!Siangnya buat jugak kes..Hahahahaha..."

Furqan menjulingkan mata.Malas melayan Boom.Dia melastik dahi Boom.Boom melatah.Sedap gelakkan Furqan,itu yang dapatnya.

"Ganti dengan cium.Cium dengan lastik jari aku aje.Hahaha..aku masuk dulu bro.Dah nak pukul 3.Jangan lupa tahajud ya...",pesannya sambil menarik beg bagasi.Baru nak menoleh,tetiba Boom memanggilnya.

Furqan menoleh.

"Jaga hati kau.Ingat,sorang muslim takkan jatuh dilubang yang sama berulang kali",Boom turut berpesan sambil tersenyum manis.Furqan membalas senyuman ikhlas sahabatnya itu.

"Insyaa Allah..Doakan aku.."

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs