PERTARUHAN CINTA bab 10




“YUYU,PERGI LAYAN CUSTOMER tu..”,arah rakan sekerja yang memandang Yuyu duduk bergoyang kaki bermain handphone.Yuyu terus menyelamkan handphone ke dalam poket baju kurung.Dia segera mendekati pelanggan yang dimaksudkan.


“Ya encik..boleh saya to…”,ucapannya tak habis apabila pelanggan tersebut mengangkat muka dan menoleh ke arahnya.

Orang itu pun agak tersentak memandangnya.Tag segera dicari.Kerja sini?

Furqan sedikit menggelebah.Dia mula berdebar sakan.Dia berdehem kecil.Yuyu yang semakin matang dan semakin menarik di sebelah tidak dipandang.Takut hati semakin terjatuh.

Astaghfirullah al azim..ucapnya berkali dalam hati.

“Saya nak cari saiz M untuk kurta turquoise ni..Ade tak?”,dia bertanya.Dada bergemuruh.Aish!Hati duduk diam-diamlah!Jangan ganggu tuan badan boleh tak?,marahnya pada diri sendiri.

Yuyu tersentak.Teringat akan jubah design online yang diberikan Furqan suatu ketika dahulu.Juga berwarna turquoise.Mamat ni minat turquoise ke?

“Yaaa..Rasanya ada.Jap eh..”,dia terus mengambil kurta itu dari tangan Furqan dan menunjukkannya ke kaunter.Rakannya segera memeriksa rak yang berisi baju kurta dengan susunan saiz dan warna sama.

Furqan menoleh sekilas kea rah Yuyu yang membelakanginya.Sejuk mata melihat Yuyu memakai tudung labuh instant dan baju kurung.Cuma yang kurangnya,Yuyu memang tidak istiqamah purdah.Hanya dalam sekolah saja kerana memang termaktub dalam peraturan bahawa pelajar perempuan wajib menutup muka.Dia tersenyum lirih.Tapi…melihat gambar Yuyu berpeluk sakan dengan seorang mamat dalam instagram hari tu,apa kes pulak?Dia menggigit bibir.Sakit hati mulai membakar diri.Mau rentung dia ditelan perasaan geram mendalam kalau tidak ditegur kembali oleh Yuyu.

“Err…ni saiz M…”,tegur Yuyu perlahan.Furqan menoleh ke arah yuyu bagai nak telan.Berdebar Yuyu melihat pandangan membunuh plus menggerunkan Furqan itu.

Furqan medengus geram sambil menarik kasar kurta itu dari tangan Yuyu.Tanpa menoleh kea rah Yuyu,dia menghampiri kaunter.Cepat saja dia membuat bayaran dan keluar dari situ.Yuyu termangu di situ.

Tersentap.Kasarnya Furqan.Tidak pernah Furqan berkasar seingatnya.Nak-nak lagi memandangnya dengan pandangan seram sebegitu.Furqan yang dahulu dikenali adalah seorang yang ceria,suka ketawa,suka masuk bakul angkat sendiri dan menghiburkan orang lain.Adakah Furqan telah berubah watak?Manakah perginya Furqan yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu?

“Hi,awak!Tunggu sape?Tunggu saya eh?”

Yuyu buat muka selenge.Perasan aje mamat ni.Dia memandang sekeliling.Semua sudah balik.Tinggal beberapa orang putera saja yang masih berada di asrama.Dalam hati Yuyu sudah membebel.Putera ni jugak yang menyapa mata aku.Tak de dah kot orang lain dalam asrama ni agaknya..

“Tunggu Fakri.Mana dia?”,ais saja suaranya.Furqan menyambut dengan ketawa.Ketawa provoke.

Geram melihat Yuyu yang comel berpurdah tu.Nak saja dia cabut purdah itu dan cubit-cubit pipi puteri itu sampai lebam.Cakap dengan dia tak pernah tak ais.Tak pernah tak keras.Ada masa-masa tertentu saja.Itu pun sebab nak pancing hati dia aje.Luar dari kawasan itu,memang haram dia berkata elok-elok!

“Abang sepupu awak tu tengah labur emas.Sat gi dia keluarlah..”,balasnya sambil mengangkat kopiah lalu diletak di belakang kepala.Rambut depan tiga inci dibiar terjuntai di dahi.

Yuyu mendiamkan diri.Habis topic nak bercakap.Sempat dia terpandang rambut Furqan yang panjang.Dalam hati dah kutuk semacam.Ceh,macam handsome sangat aje berambut panjang macam tu!

Furqan mengangkat kening sebelah apabila melihat kerlingan mata Yuyu.Dia tersenyum nakal sambil menarik-narik rambut depannya.

“Panjangkan?Nanti kalau saya ajak awak keluar,saya potonglah.BTW,awak taknak istiqamah ke?”,ramah betul dia membuka mulut nak perli orang.

Sepet mata Yuyu menoleh ke arahnya.Putera ni heh..Pandai betul baca fikiran orang!Furqan tersengih.Bingo!Dapat jugak menatap mata dia!

“Saya memang tak ada…”

“Zeq!!Kau tak balik lagi?”,Fakri menegur dari belakang sambil menghampiri mereka berdua.Furqan mendekati Fakri.

“Aku jaga awek aku sementara kau gi melabur tadi..”,balas Furqan selamba sambil ketawa.Fakri turut ketawa.Bahu Furqan ditumbuk perlahan.

“Acah aje.Padahal amek kesempatan dalam kesempitan!”

FURQAN TERUS MEMBREK MENGEJUT masuk ke laman rumah.Faqih yang sedang syok menyiram pokok-pokok hiasan tu pun terpotong stim berkhayalnya.Dia mendengus geram.Haihh…Ami ni kan!!Agak-agaklah kalau nak brek mengejutkan macam tu pun!!Nak tunjuk hero bukan kat rumah!!Rosak lama rumah karang!!Lari lebah nak sedut madu dari pokok-pokok aku tau!!

“Ami….”,baru nak menjerit jantan,tetiba matanya terbuntang.

“Eh,Zeq!!!!!!!”,dia berlari riang sambil menghalakan getah paip yang terpasang kuat ke arah Furqan.

Busshhhhhhhhh!!!!Habis lencun Furqan dibuatnya.

“Mohd Faqihuddin bin Mohd Fakruddin!!!!!!!”,tempik Furqan garang mengalahkan suara komando.Bergegar satu laman rumah dibuatnya.

Kalut Faqih melontar getah paip entah ke mana dan cepat-cepat menutup pili air.Dia tersengih takut ke arah Furqan yang sudah menjeling maut kepadanya.

“Sorry Zeq sorry.Aku terlampau excited tadi nampak kau depan mata.Ingat Kawasaki Rider mana tadi..Hehe..”,tipu Faqih macam bertih jagung.

Furqan mencerlungkan mata.”Kawasaki Rider kepala lutut kau!!”,berangnya.Dia terus merempuh pintu masuk rumah sampai terlanggar pintu grill.Bergegar pintu besi itu diikuti gemuruh Faqih.Dia mengurut dada.Haihh…kalau Zeq mengamuk,memang nyamuk pun takut nak inject dia!

 Furqan mendengus geram.Tulah kau!!Berapi sangat!Kan dah kena siram air deras tadi!Allah nak kau padam api dihati kau dengan siram air tadi!Padan muka basah kuyup!Dia mengejek dirinya sambil menghempas pintu bilik air.Air wudhuk diambil sampai tiga kali round.Siap dengan rukun sunat sekali.Hamek kau!Nak halau syaitan-api yang sedang bergelumang dalam rohaninya.

"MOMMY.. MOMMY...CANTIKKAN LUKISAN NANA?",soal anak buah sulungnya ketika dia keluar dari bilik.Hanya kertas lukisan saja yang menyapa pandangannya.Tubuh si kecil yang berusia 3 tahun sudah tenggelam di belakang.

"Nana lagi comel dari lukisan ni..",ucap Yuyu ikhlas.

Hanani yang kecil itu terus menurunkan kertas lukisannya.Sebaliknya,dia menatap hairan kata-kata pujian makciknya.

"Jadi,lukisan Nana tak cantiklah?",soalnya lurus.Lirih semacam.Cepat-cepat Yuyu mengusap kepala Nana.

"Nana comel sangat dalam lukisan ni..Ni,sape?Yang ada baby ni?Dan lelaki ni?",soal Yuyu penasaran apabila melihat betapa ramainya orang lidi di dalam lukisan keluarga itu. 

Nana tersenyum comel.Dia memeritahu satu persatu siapakah yang dilukisnya dengan telunjuk jari yang pendek dan gebu itu.

"Yang ni mommy .Ni daddy.Dan ni baby mommy.Kawan Nana..",bagitaunya riang.Yuyu tersentak.Kelu lidah.Baby mommy?Kawan Nana?

Tak semena-menanya wajahnya jadi merah.Malu apabila Nana berkata begitu.Sungguh naif dan tulus!

"Nana dah sunyi sangat tu...Fahamilah dia..",provok Ameer yang tetiba muncul entah dari mana.Yuyu segera memandang ke arahnya dengan mata yang sepet.Nana menyentuh lembut pipi Yuyu. 

"Mommy,Nana tak de kawan...",ucapnya lurus.Sedih saja mukanya.

Yuyu menoleh ke arahnya semula.Yuyu tersenyum sambil mengusap-usap rambut panjang dan lurus milik Nana.

"Kan ada Yazid tu....Mainlah dengan dia.."

"Mama kata kalau nak kawan,cakap kat Mommy.Mommy boleh bagi...",Nana seperti meminta.

Yuyu mati kata.Dia segera berpaling ke arah Ameer.Ameer menahan ketawa sambil pergi dari situ.Yuyu mendengus geram.Dia menoleh semula ke arah Nana.

"Nana nak kawan kan?Cuba tanya kat ayah.Ayah boleh bagi kalau Nana nak..",dia mengenakan Ameer.Ameer yang terdengar kata-kata Yuyu terus berjalan laju meninggalkan zon merbahaya itu.Namun,secepat itu juga Nana mula menghurungnya.

"Ayah..ayahhh....",panggilnya dengan suara comel namun tidak diendahkan Ameer.

Yuyu tersengih jahat ke arah Ameer.Padan muka!Asyik kenakan aku aje!

DIA BERJALAN LESU.LAMBAT-LAMBAT.SATU DEMI SATU.Sengaja dia parking agak jauh dari tempat kerja supaya dia dapat berfikir dengan tenang ketika berjalan.Berat kepalanya berfikir tentang kata-kata Ameer tempoh hari.Berat lagi fikiran apabila teringat Furqan yang datang bertandang ke butik Uswah beberapa hari lepas.Selamat dia tidak memberitahu Ameer tentang kedatangan Furqan.Kalau tidak mesti sudah riuh serumah.Ameer asyik rekomenkan kahwin kepadanya.Dan tak semenanya beberapa hari lepas itu,dia terjumpa semula pula dengan Furqan.Macam ada kesatuan takdir di situ.Tetapi,dia naik hairan kenapa Furqan boleh mengamuk tanpa ada angin,ribut taufan dalam kedai.Dan sadisnya,pergi tanpa mengucap selamat tinggal.Kot ya pun,tinggalkanlah nombor telefon kepadanya.Erk,Yuyu!Perlu ke?Dia menempelak dirinya.Tetiba,langkahnya terhenti.Fikiran mula melayang jauh berputar ke memori belakang.

"Aku tak naklah main-mainkan hati dia.Aku tak suka.Jadi aku tak boleh.Aku kalau tak suka,memang giler-giler tak suka.Tak boleh masuk..",hujah Yuyu pula.

"Yelah kalau tak suka kaw-kaw punya.Habis,macam mana kalau tetiba kau suka dia kaw-kaw pulak satu hari nanti?",sampuk Adlin.Dia merenung dalam mata Yuyu yang hazel itu.Sape-sape yang usha mata Yuyu,confirm rasa nak cabut aje mata Yuyu itu dari soket mata sebab menyinar sangat lagi-lagi apabila terkena sinaran matahari.Mungkin sebab tu kot Furqan senang nak detect Yuyu walaupun kiteorang berpurdah.Ada laser hazel memancar di situ.

Yuyu menjongket bahu."Well,kalau aku fall for Furqan satu hari nanti pun...itu lumrah,right?Being in love is not crime",jawabnya tanpa nada.

"But you said you really hate him then you love him are really crime,you know?",tukas Maisara laju.

"If you steal his heart then you abandon just like rubbish,it's more cruel and more crime",celah Adlin serius.

Yuyu buat muka tak hairan."Ok kalau korang cakap macam tu..Aku akan layan dia macam boy aku.Tapi ingat,only coz bet.Tak lebih dari itu..

"Maisara tutup kitab.Adlin mulai mengemas duduk."yakin ke tak lebih dari bet?",soalan mengejek dari Maisara.

"We'll see,Sara.We're looking forward for that,Yuyu..Jatuh atau tak?",cabar Adlin.Maisara angkat kening."Satu pesanan dari kami.Jangan nak poyou sangat..",senyum senget.


Yuyu terus tersentap.Darah tersirap ke muka.Sangat-sangat kena dengan dia.Dahulu,hatinya akik tahap tak lut dengan usikan Furqan.Dahulu,muka bosan,muka malas apabila buka topik pasal Furqan.Dahulu,perangai Furqan yang sentiasa menggodanya tidak memberi apa-apa kesan.Dahulu,apabila Furqan berada di hadapan mata,boleh lagi dia buat muka jujur 'aku-tak-suka'.Dahulu,apabila Furqan membuat kejutan buatnya,boleh lagi dia tayang muka buat-buat tak tahu.

Itu dahulu.

Itu perasaan dahulu kala.

Itu perasaan ketika dia berhati batu.

Itu ketika zaman sekolah.

Sekarang,lain.

Sekarang,bibit cinta mula menyubur.

Sekarang,hatinya mula terpaut.

Tanpa dia sedari.

Tanpa dia ketahui.

Tanpa dia panggil.

Cinta untuk si dia sudah wujud.Sedikit demi sedikit.

Yuyu terpana.Dia mulai menyentuh jantungnya yang mula berdegup laju apabila teringatkan si dia.Adakah ini yang dinamakan cinta?

Adakah aku sudah terkena sumpahan dek kata-kataku dahulu?

"Aku tak naklah main-mainkan hati dia.Aku tak suka.Jadi aku tak boleh.Aku kalau tak suka,memang giler-giler tak suka.Tak boleh masuk..",hujah Yuyu pula. "Yelah kalau tak suka kaw-kaw punya.Habis,macam mana kalau tetiba kau suka dia kaw-kaw pulak satu hari nanti?",sampuk Adlin.Dia merenung dalam mata Yuyu yang hazel itu.Sape-sape yang usha mata Yuyu,confirm rasa nak cabut aje mata Yuyu itu dari soket mata sebab menyinar sangat lagi-lagi apabila terkena sinaran matahari.Mungkin sebab tu kot Furqan senang nak detect Yuyu walaupun kiteorang berpurdah.Ada laser hazel memancar di situ. Yuyu menjongket bahu."Well,kalau aku fall for Furqan satu hari nanti pun...itu lumrah,right?Being in love is not crime",jawabnya tanpa nada. "But you said you really hate him then you love him are really crime,you know?",tukas Maisara laju. "If you steal his heart then you abandon just like rubbish,it's more cruel and more crime",celah Adlin serius. Yuyu buat muka tak hairan."Ok kalau korang cakap macam tu..Aku akan layan dia macam boy aku.Tapi ingat,only coz bet.Tak lebih dari itu.. "Maisara tutup kitab.Adlin mulai mengemas duduk."yakin ke tak lebih dari bet?",soalan mengejek dari Maisara. "We'll see,Sara.We're looking forward for that,Yuyu..Jatuh atau tak?",cabar Adlin.Maisara angkat kening."Satu pesanan dari kami.Jangan nak poyou sangat..",senyum senget.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_chea

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs