PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bila fikir dia?Cinta?Argh,nonsense!Out of sense!Aku mesti dah tak betul ni!

Dia mengetuk-ngetuk sakan kepalanya.Aku dah gila agaknya!Aku dah gila ni!Tak mungkin lah nak terjatuh dekat mamat macam dia tu!

Dah lah suka tekan lif masuk sendiri!Bajet handsome!Kaki playboy!Kerja asyik nak be.....

Ponnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Yuyu tersedar.Termati kutukan bagai nak rak terhadap Furqan.Dia mendongkol geram.Saper lagi yang nak pon pon tengah-tengah siang ni?Dah lah bingit!!Buat sakit otak aku aje!!Aishhh...

Toleh saja belakang,Yuyu ternganga.

Krik-krik....

Abang sepupu yang tinggi macam pokok ru discan dari atas ke bawah.Dari bawah ke atas.Dah macam printer dekat ofis.Terlopong kemain melihat perwatakannya.Mana taknya,dia antara putera yang sangat menjaga penampilan semasa di zaman MTA sampai menduduki ranking top 3 putera paling hot dan segak.Sekarang....ek!!

Fakri menjuihkan bibir.Dia meraup rambut panjang paras bahunya itu."Kau tak payahlah ternganga tu.Kang free je tertelan lalat dek melihat ketampanan aku ni..",dia mengangkat hidung tinggi.

Yuyu segera menutup kembali mulutnya."Ingat orang gila kelas atasan mana tadi?Cehh..sumbat jari ke hidung,korek sendirila bro.Macam handsome sangat aje",sindirnya pedas lalu berpusing ke belakang.Sambung jalan lebih bagus dari layan dia.

Fakri mengetap gigi.Buku lima digenggam erat.Heiii...Dia boleh kata aku orang gila...?Orang-gi-la?!!!Oh hoi!!Memang nak kena budak ni!!

"Woiii!!!Senget punya ikan Yu!!!Kau meh sini!Aku nak ajar kau cukup-cukup!!!",dia berlari mendapatkan Yuyu yang jalan berlenggang kangkung di depan.Dengar saja suaranya bertempik,laju saja Yuyu buka langkah seribu.Berlari macam tak cukup tanah.

"KENAPA KAU CARI AKU SEBENARNYA?",dia menyoal kerana memang tidak relevan sekiranya Fakri hanya nak jumpa kerana mahu say hi-hi saja.Mesti ada benda lain.Bukan dia tidak ingat bahawa Fakri tu adalah polis MTA nya dahulu.Sekarang ni up sedikit.Detektif  Fakri.Siap bawa kertas lagi.Nak tulis kesalahan aku ke hapa?

Fakri tenang menyedut air fresh avocado gelas besar.Tinggal separuh.Belum mula perbualan lagi dah
setengah.Agaknya kalau baru suku jalan,dah habis satu gelas gedabak tu!

Usai minum,wajah Yuyu ditatap dalam.Sepasang mata hazel yang berjaya memukau sahabatnya turut ditenungnya.Tenung bagai nak tembus.Yuyu jadi tak betul.Agak tersipu apabila ditenung sedemikian oleh kaum lelaki.Selamat bukan orang asing.Abang sepupu sendiri juga.

"Kalau Zeq tenung kau macam ni,apa kau buat?"

Yuyu tersentak.

"Dia tenung dalam-dalam..macam nak tembus masuk dalam anak mata kau...apa yang kau rasa?"

Terpana.

"Dia tak lepas dari tengok kau...Dia nak tengok..dan tengok.....",wajah Fakri semakin lama semakin dekat.Yuyu mengerutkan dahi.Segera dilastik kuat dahi abang sepupunya.Fakri menjauh sambil mengaduh.Bisa betul lastik Yuyu ni!

"Ingat aku burung ke?",dongkol Fakri geram.

Yuyu buat muka bodoh."Yang kau macam nak kiss aku tadi kenapa?Selamat tak kena tumbuk gigi tu",air fresh orange disedut selamba sambil mengerling ke arah Fakri.

Fakri menjulingkan mata."Hahahaa...perasan aje kau.Aku buat contohlah pandai!"

"So,takkan Furqan nak buat macam tu pulak kat aku?Ingat dia tu macam kau ke,suka amek kesempatan?",tanpa Yuyu sedar,dia terbela Furqan.Kata-katanya yang menembak Fakri segera disambut dengan sengihan nakal.Perghhh...ada bau-bau positif ni!

"Eh,kau ingat Zeq tu baik sangat ke kat asrama dulu ha?Kau tak tau perangai,tembelang sebenar dia lagi.Kau dengar,kau pengsan aku jamin!",Fakri cuba memprovok Furqan depan Yuyu.

Berkerut-kerut dahi Yuyu."So what?Tu dulu.Ni sekarang.Sehantu- hantu dia pun respect lagi kat aku.Daripada kau...taulah sepupu.Nak amek kesempatan pulak!Sepak karang!",mata hazel berkilaunya mencerlung tajam menusuk mata Fakri.

Fakri terkejut sampai tersedu.Segera dia meneguk kasar air fresh avocado sampai tinggal seinci saja.Bulat mata Yuyu melihat perangai pelik Fakri.Sejak bilalah Fakri jadi macam ni?Pelik bin hairan betullah!

Seketika Fakri ketawa terbahak-bahak.Serasa tempias si kawan menyembur-nyembur saja ke muka mulus Yuyu.Sakit jiwa betul Yuyu dengan Fakri.Boleh terjangkit dia dengan kegilaan Fakri hari ini.

"Kau dah kenapa?Cakap ajelah.Seriau aku tengok!Betul-betullah...orang gila kelas atasan.Sapelah bos kau ni?Ajar benda-benda mengarut aje..",tempelak Yuyu malas.

Dengar saja orang gila kelas atasan itu,Fakri jadi normal semula.Baru nak berang tetapi ditahannya.Dia tersenyum penuh lebar.

"Kau ada feeling kat Zeq eh?",soalnya direct.

Yuyu yang baru sedut air dengan bersemangat terus terbatuk-batuk kecil.

Kening Fakri terangkat.Hoh,bingo!

"Nak aku pinangkan tak?",dengan baik hatinya dia menghulurkan bantuan.

Yuyu membulatkan mata memandang Fakri."Hah!Jangan nak mengarut.Mamat tu langsung tiada dalam senarai calon pasangan hidup aku langsung!",katanya angkuh.Wajahnya dikawal seego mungkin.Aku suka dia?Oh,pleaseeeee....

"Pastu,kalau tak suka...kenapa sampai tercekik bila minum tadi?",saikonya.Yuyu mengangkat kening.

"Ada kaitan ke bro?"

"Adalah sebab!Ingat aku bodoh ke?"

Yuyu ketap bibir."OK.Drop this subject.Haaa,kenapa datang Bangi semata-mata nak jumpa aku?",kening dijongket.

Fakri mendengus."Aku nak warning kau...Kalau kau post benda-benda mengarut lagi dengan dia,siap kau!!Post benda-benda meluat bagai macam tu,get ready lah..Jangan sampai aku kahwinkan kau dengan Zeq terus.Nak sangat peluk-peluk sakan dengan lelaki,meh sini..Kahwin dengan Zeq.Peluk dia puas-puas.Post banyak-banyak kat Insta.Tak de orang nak larang..",dia mula melahar.

Yuyu mulai panas.Matanya mencerlung tajam ke arah Fakri."Hei...suka hatilah aku nak peluk dengan adik aku sendiri!Kau asal nak panas?Kecoh macam aku peluk lelaki ajnabi aje!Aku masih waraslah bab sentuh-sentuh,ikhtilat ni!Jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan!",dia turut menyembur.Sakit hati apabila ditembak Fakri sebegitu.Bukan dia tak tahu pun lelaki yang dipeluk itu adalah Ameer,adik kandungnya sendiri.

"Haaa...macam aku tak tahu tujuan kau yang sebenarnya.Ubah penampilan Am supaya jadi matured.Gambar sakan dengan dia.Biar satu Insta tahu korang ni couple.Padahal adik-beradik.Macam sumbang mahram aje aku tengok.Geli siuuutt..Baik kau padam pos-pos tu!"

"Suka hati akulah.Insta aku juga..."

"Kau saja nak jealouskan Zeq kan?Kan?Kot ya pun nak jealouskan dia,bukan macam tu caranya.Sesetengah orang judge korang couple dan bahagia tengok korang..sesetengah pihak pula tak boleh terima.Kau ingat semua satu dunia suka ke tengok pos korang tu?Kalaulah dorang tau sape korang berdua mesti haru..Sumbang mahram.,blabla...Kau nak orang tuduh macam tu?"

Yuyu mendengus geram."Buat apa aku nak jealouskan mamat tu?Tak dak kerja lah.."

"Patah hati Zeq kalau dia nampak.Nanti dia fikir tu memang betul.Kau ada boyfriend lain sedangkan korang bercinta."

"Mana ada kami bercinta!Sorry sikit.Dah lama clash.Dia yang mulakan.Dia juga yang akhirkan.Dahlah!Stop cakap pasal dia",kendur suara Yuyu.Lemah.Ego terasa semakin menurun.Dia tidak mahu berbicara lanjut mengenai lelaki itu lagi.Semakin sesak dadanya apabila terfikir si dia.

"Tak boleh ke kalau korang start over again?",perlahan-lahan Fakri bertanya.

Yuyu tersentak.Dia mengerutkan dahi."Hah,nonsense!!Get back?Takkan!",kukuh saja jawapannya.Memang ada kebenaran disebalik tebakan Fakri itu.Dia memang sengaja mahu jealouskan Furqan.Dia mahu Furqan get away dari hidupnya.Dia tidak mahu terus-menerus menyimpan perasaan yang bukan-bukan dan berpura-pura terhadapnya.Atau lebih tepatnya,tidak mahu betul-betul jatuh cinta!Hal yang sangat menggerunkan baginya!

"Maksud aku...bukan get back balik..Hmm,let say..kahwin?Bina ikatan sah?",teragak-agak Fakri berkata.Lambat-lambat dia menentang mata Yuyu.Ternyata pandangan gadis itu redup membuatkannya tersentak.

Yuyu mendengus lembut.Dia mengurut-urut dahinya.Dia menoleh ke arah Fakri."Aku.........."

Fakri menjongket kening.

"..takut benda tu muncul..."

Fakri blurr."Benda apa?"

"...Cinta..."

Fakri tetap blurr.Seketika,matanya terbuntang luas.Oh man!Jangan cakap.....

"KAU BIAR BETUL?KEDAI BUKU?BORDERS?",soalnya tak percaya.Mata tak terkelip melihat Faqih yang sudah jadi lalat ke sana ke mari untuk mencari buku kesukaannya.Furqan jatuh rahang.What the!!Ulat buku rupanya si Faqih ni!!Gengster tahi lalat macam dia ni gila buku?!Lagi mahu pitam apabila Faqih merangkul erat buku pink bertajuk Hero Seorang Cinderella yang sangat famous sekarang.Adeiii...nak tergolek aku kat lantai Borders ni!Adakah patut...

"Aqiii....",panggilannya bagai angin lalu di telinga sang adik.Memang konfirm jadi pekak lah kan kalau dah jumpa buku.Lagak macam jumpa kekasih lama saja.Rasanya boleh kalah kot.Furqan menggeleng-geleng lembut.Terbayang-bayang Fakri yang berada di gelanggang ice-skating tengah syok sangat berpusing-pusing macam nak terbang ke langit sekarang.Dan dia...terpaksa jadi mangsa peneman Faqih ke situ apabila adiknya itu merengek-rengek macam budak hingusan depan kaunter ice-skating.Tak mahu ditinggalkan.Nanti tak de kawan lepak.Banyak cekadak dia!Sekarang ni...siapa tinggal siapa?,bebel Furqan dalam hati.

Dia mengerling sekilas ke arah Faqih yang tak jauh darinya.Bosan mula menyelubungi diri.Tetiba,dia ternampak Faqih bercakap dengan seorang gadis.Furqan mengecilkan retina mata.MAcam kenal.Eh?Matanya membulat.Budak kaca mata lah!Dia pun ulat buku ke?Haaa...berjodohlah dengan si Aqi tu...

Kelihatan mereka seperti bergaduh.Lambat-lambat Furqan mengintai dari satu ke satu rak buku yang lain.Dia cuba memasang telinga sambil membelek buku novel tah apa apalah tajuknya.Sempat dikutuk tajuk novel yang jadi mangsa 'acah-acah dibaca' itu.Tubuh bersandar ke rak buku.Acah khusyuk membaca padahal tengah menadah telinga mendengar drama on air sekarang.

"Cehh...buku tu tak best.Kau minat?",suara adiknya.

"Suka hatilah.Sibuk aje..",macam tak nak layan.

"Baik kau baca buku ni..Lagi syok!"

"Haiii dia ni...Pekerja baru kat sini eh?Boleh tak jangan cadangkan saya mana-mana buku?Saya taulah mana yang best mana yang tak best.Nak ajar saya pulak!Buku ni pilihan saya sebab saya kenal penulisnya.Jangan nak busybodylah..",marah sang gadis.Furqan terlepas ketawa.Hahahha...Aqi,macam ni ke nak ngorat gadis?Makin lari adalah.Fail betul!,kutuk Furqan sesedap hatinya.

"Eh budak ni kan!!Ciumkan kau buku ni supaya kau jatuh cinta baru tau!"

"Awak ni kenapa?Asyik nak cari gaduh aje dengan saya.Jumpa awak tak sah kalau tak buat saya naik darah!Dah lah...Pi blahh..."

"Beware of your words girl!Jangan sampai aku kiss baru tau nak senyap..",Faqih nampak geram.Furqan menggeleng kepala.Adalah yang nak kena jerut jap agi ni...

"Asal pulak saya yang kena senyap?Awak tu...asyik ganggu hidup saya aje..Dah lah..Rosak mood saya tengok awak ada depan mata..Di mana-mana mesti awak muncul..Sakit mata aje.."

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan.Furqan meletak buku kembali.

"BKC!Kejap.....",termati katanya apabila bertembung dengan Furqan yang baru masuk ke lorong ditempat dia berada.Furqan tersengih.

"Dah habis pilih buku belum?",soalnya.

Faqih menggigit bibir.Dia meletak kasar kembali buku yang menjadi pilihannya sebentar tadi."Dahlah..malas nak beli.Tak de mood!",dia mula merajuk sambil melolong keluar dari Borders.Furqan yang melihat sikap adiknya hanya tergelak saja.Merajuk sebab buku yang dia rekomenkan kepada budak kaca mata ditolak bulat-bulat?Aduhhh..Memanglah Aqi ni!Manja tahap nak kena sepak!

Baru nak melangkah menyusul Faqih,tetiba buku yang diletak semula oleh Faqih sebentar tadi dikerlingnya.Buku ditarik keluar.Tajuk buku dibaca.Move On dari Aiman Banna.Dia membaca sinopsis di belakang.Bulat matanya membacanya.Woh!!!!Faqih baca buku macam ni beb!Perghhh...tak sangka aku..Dah nak taubat rupanya budak ni!!Alhamdulillah patut aku ucap banyak-banyak ketika ini..

BARU NAK MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH sepanjang perjalanan balik,terus terbatal niat murninya itu.Diganti dengan Astaghfirullah al azim!!.Kemain racing lagi Faqih membawa kereta BMW milik ayah mereka macam nak putus nyawa!Dek kerana budak kaca mata itu,Furqan dan Fahmi jadi mangsa!Bertuah punya adik!Nak mati,mati sendiri!Jangan ajak abang-abang kau sekali!

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs