Pages

PERTARUHAN CINTA bab 6

FURQAN MENGELAP PELUH yang merenik di dahi.Penat juga ya mengutip hasil buah mangga yang seluas 10 ekar ini.Matanya meliar ke sekeliling.Masih banyak yang perlu dipetik dan dibawa masuk ke dalam gudang kecil yang tak jauh dari tempat dia mengutip hasil buah.Tangan kanan menyelak hujung lengan baju.Fossil dikerling.Baru pukul 11.43 pagi.Tetapi matahari mulai terasa bahang.Mau terbakar kulit pipinya yang sawo matang itu.Bakul besar yang berisi buah mangga sebukit itu dipandang lemah.Kena angkut sorang-sorang.Tiga hari berturut-turut lakukan benda ini,memang sadolah aku jawabnya,getusnya dalam hati.
Lambat-lambat dia memegang sisi bakul.Acuh tak acuh dengan diri sendiri.Mampukah aku angkat sengsorang?
Baru nak angkat,tetiba ada orang menyergahnya dari belakang.
"Furqan!!",laung Pak Yunus agak termengah.Furqan berpaling sambil melontarkan senyuman nipis ke arahnya.
"Kamu OK tak?Nak Pak Yun tolong?",soalnya prihatin.Kesian melihat Furqan yang terpaksa melakukan kerja yang sepatutnya dilakukannya.
Furqan menggeleng."Tak payahlah Pak Yun.Furqan boleh buat sendiri..Lagipun ni sebagai denda Furqan buat nakal kat sekolah.Memang patutlah kena..",balas Furqan dengan senyuman.
Pak Yunus yang bertugas sebagai penjaga dusun buah mangga yang menjadi sumber pendapatan bagi MTA menghela nafas pendek.
"Pak Yun cuma kesian aje tengok kau orang buat benda-benda berat macam ni...",dia meluahkan isi hatinya.
Furqan masih dengan senyuman."Jangan risau Pak Yun.Kiteorang OK aje..Benda ni tak delah berat mana sebagaimana berat lagi kes yang kiteorang buat."
Pak Yunus memandang tepat ke muka Furqan.Walaupun pelajar itu nakal,tetapi tidak pernah sampai melakukan perkara tak senonoh yang memalukan sekolah.Lagi pula,Furqan budak cemerlang dari segi hafazannya.Akhlaknya dengan para pendidik di MTA sangat memuaskan.Tidak pernah lagi dia mendengar komen negatif dari mulut para asatiz di situ.
"Yelah..tapi..Kenapa masuk dusun pulak?Nak fly main CC ke?",soal Pak Yunus ingin tahu.
Furqan ketawa kecil."Taklah.Sebenarnya......"
"Zeq!!"
Furqan dan Pak Yunus spontan menoleh ke arah suara yang memanggil dari jauh.Kelihatan Boom,Izz dan Fakri berlari ke arahnya sambil membawa 2 bungkus plastik.Furqan tersenyum menggamit.
"Hang OK dak?",Boom tidak habis-habis nak cakap sleng Kedah walaupun agak cacat kedengaran bunyinya.
Furqan mengangguk"Aku OK ajelahh..Tak payahlah risau.Kalut sangat hang ni..",usiknya.
"Eh,Pak Yun!",seru Izz.Baru perasan ada Pak Yunus disitu.Mereka bertiga menyalami tangan lelaki lewat usia itu.
Pak Yunus tersenyum."Pak Yun pergi dulu ya..Ada kerja lain nak kena buat..",pamitnya lalu melangkah pergi.
Furqan memandang bungkusan yang dipegang Fakri.Terasa lapar tetiba..
"Amacam?Best tak jemur bawah matahari?",perli Boom dengan sengihan.
Fakri dan Izz tersenyum.
Furqan buat muka sambil mengangkat kening."Not bad.New experience...",jawabnya selamba.
"Baguslah macam tu.Esok je lagi kan?Kesian aku tengok kau.Kiteorang punya denda tak delah seteruk kau.Tak padan dengan muka kau yang agak putih ni berjemur.Patutnya ustaz suruh Aki yang berjemur.Baru padan!",seloroh Boom.Tak pasal-pasal dapat backhand di perut.Boom menyeringai lalu memegang perutnya.Izz dan Furqan tergelak lucu.
"Sedap aje kau ktuk aku padahal kau pun lebih kurang buntut kuali jugak!",marah Fakri.
spontan Izz dan Furqan ketawa terbahak-bahak.
Boom tersengih ke arah Fakri."Lek lu..Gurau saja ma.."
Fakri buat muka menyampah."Gurau-gurau..."
"Weh,daripada korang bertekak,baik serve si Zeq ni dulu.Serupa ikan kembung BBQ dah aku tengok muka dia ni!",sakat Izz lalu menyambar bungkusan plastik dari tangan Fakri.Furqan menolak bahu Izz.
"Suka hati aje.Ehh...jom gi pangkin sana..Lepak situ.Dah lama aku berdiri dibawah matahari ni.Nak hangus melecur dah badan aku...",adu Furqan lalu terus berjalan laju ke arah pangkin yang berada di sebelah gudang penyimpanan buah mangga.Izz mengikuti langkah Furqan di hadapan manakala Boom dan Fakri saling memandang ke arah bakul yang membukit dengan buah mangga.Mereka berdua mengangkat bakul itu.Fakri mengerling geram ke arah Boom.
"Sibuk aje!"
"Suka hati akulah!"
Kedua-duanya berpaling ke arah lain.Hmph!
.................................................................................................................
"Aku suka tengok mata mak aku.Warna hazel..Tapi malangnya,mata aku cadbury aje.Sedih pulak rasanya tak dapat gen mak..",Fakri memulakan topik perbualan sambil mengupas kulit buah mangga yang Furqan petik.Satu bungkus plastik Speedmart mereka tibai di dusun sebentar tadi.
"Cadbury ok lagi.Dari aku ni Beryls dark choc..lagi kesian..",tutur Boom.Nada acah sedih aje.
Izz menjulingkan mata ke siling."Cadbury,Beryls pun boleh...."
"Aku mantop sikit.Nak tau apa?",soal Izz kepada Boom dan Fakri yang sedang enak mekan buah mangga tanpa cicah sambal kicap.
"Kisses..sebab tu nampak macam menggoda aje.."
Boom dan Fakri bantai gelak manakala Furqan sudah terbatuk-batuk kuat.Dia yang mendengar dari tadi tidak langsung ingin menyampuk sebaliknya ingin menikmati keenakan buah mangga cicah sambal kicap yang sangat pedas dibikin oleh Izz.Merah mukanya menahan pedas yang menyangkut di kerongkong dek terkejut dengan kata-kata masuk mesin basuh sendiri Izz.Tak pasal-pasal buah mangga yang sepatutnya dikunyah terlebih dahulu terus laju tertelan.Haila...Izz..Izz..
Semakin lama semakin kuat batuk Furqan.Fakri segera menepuk-nepuk belakang Furqan.
"Ok tak?",soal Fakri.Dia memandang Furqan.Mata si kawan sudah berair.
"Alamak!Dah lah kau cicah sambal...air pulak tak de!Adeii..macam mana nak amek air kat Coway ni?",Izz mulai buntu sambil mengangkat botol airnya yang tiada isi.
"Aku....nakk..aiirrrr....",perit sekali dia mengeluarkan suaranya.
"Apa kata kau sumbat banyak-banyak mangga dalam mulut kau dulu?Aku nak pi bawah jap amek air..",kalut Boom dibuatnya.Dia terus menyambar botol air 2 litre dari tangan Izz dan bangun dari tempat duduk halaqah pencuci mulut tengah pagi mereka.Laju saja dia keluar dari bilik.Semata-mata nak amek air buat Furqan yang disayangi.
...................................................................................................................
Mata melilau-lilau ke sekeliling.Bukan takut benda lain yang muncul tapi takut ustaz yang muncul!Lagi menggerunkan tahap menggigil Boom dibuatnya.Dia bukannya penakut dengan hantu.Sudah acap kali dia diganggu selama berada di MTA tetapi sedikit pun dia tidak takut.Bukan nak poyolah tapi setakat nampak bayang-bayang tu apalah sangat.Dia rela bertemu 'cik segala cik' daripada bertembung dengan ustaz.Maunya naya di situ juga!
Tangkai Coway yang menghala ke sejuk ditolak resah.Cepatlah air ni penuh.Aku dah tak senang duduk ni!
Matanya melilau ke sekeliling.Tetiba,matanya tertancap pada satu lembaga hitam yang tidak jauh darinya.Boom menelan air liur.Botol dipandang semula.Baru setengah yang terisi.Dia mulai cuak.Dia bukanlah seorang yang berani sebenarnya.Nampak benda hitam tu pun jantung dah press ke gear 10.Baru berlagak sebentar tadi.Namun kata-katanya ditarik semula.Aku takut!!!
"Aziz!!"
Boom kecut perut.Dia mengeras di tempatnya.Seketika,dahinya berkerut.Macam mana hantu boleh bercakap?Sebut nama aku pulak tu!
Dia memberanikan diri untuk memandang ke arah suara  itu.Badan berpusing ke belakang.Matanya terbeliak.Oh no!!!!Mampusssss....
.....................................................................................
"Macam mana kalau Boom tertangkap dengan ustaz?",soal Fakri,tetiba runsing.Izz mengerling ke arahnya.Dia mendengus lemah.Seketika,tersengih.
"Kelentong ajelah.Kata kita ada homestudy to do".
"Memang ustaz percaya pun...Tak baik tau menipu..",selar Furqan dengan sisa batuknya.Dia menala tepat ke mata Izz.
Izz menghela nafas pendek."Yelah...Hm...aku rasa aku ada airlah dalam almari.Jap eh..",bagitaunya lalu bangun menuju ke almari.Pintu almari dibuka.Bahagian bawah tempat sangkut jubah diselongkar.Ternyata ada air seamaster kecil 500 ml.Spontan dia melontarnya ke arah Fakri.Fakri tangkas menyambutnya lalu dihulurkan kepada Furqan.Dapat saja air,dia terus mentumtum laju selepas mengucap Bismillah.Tak sampai 3 saat,botol air berisi 500ml sudah kosong ditelannya.Fakri setia memandang ke arahnya.Furqan tersenyum nipis.
"OK?",soalnya.
Furqan mengangguk."Alhamdulillah..."
Izz menghampiri mereka berdua."Lambat pulak si Boom ni kan?Dah 10 minit kut.Dia ni amek air ke buat air?",omelnya sambil membuka kitab Akhlak kembali.
"Entah-entah dia kena tangkap kut.....",perlahan Furqan meneka.
Izz angkat muka dan Fakri menoleh ke arahnya."Kau biar betul......janganlah....",luah mereka.Habislah kalau kantoi!
Spontan dengan itu,pintu bilik dibuka dari luar.Kelihatan Boom tercegat di situ.Mereka bertiga menoleh ke belakang.Masing-masing menghela nafas lega.Tetiba,muncul seseorang di sebelah Boom.
Furqan,Izz dan Fakri melopong seluas-luas alam.
"Kenapa tak tidur lagi?",soal Ustaz Kamal merangkap warden yang digeruni para pelajar.Mereka berempat diam.Masing-masing berdiri menundukkan wajah.
"Maafkan kami ustaz.Kami lupa nak minta izin kat ustaz untuk stay up tadi",Furqan cuba mengawal air mukanya yang mulai gelabah.
Izz berbisik kepada Furqan sambil mata ke lantai."Dude,ustaz cutilah hari ni...",bagitaunya.
"Kamu buat apa malam-malam buta ni?Tu....atas meja tu...buah mangga eh?Kuat aje baunya...",tembak Ustaz Kamal.Mereka berempat mulai gelabah sakan lagi-lagi Fakri yang betul-betul menghadap semangkuk besar buah mangga dan semangkuk kecil sambal kicap.Ahh....sudah!Lupa nak cover buah ni!!
"Errrr...tadi...tadi...."
Ustaz Kamal masuk ke dalam biik.Dia memeriksa barang-barang yang ada di atas meja.Ternyata memang betul tekaannya.Mereka melantak buah mangga.
"Jangan cakap...kamu curi buah kat dusun..."
Mereka tersepit.Bingo!
Ustaz Kamal pantas memandang seorang demi seorang.Semua wajah sudah gelabah tahap langit.Wajahnya yang sentiasa garang itu berjaya membuatnya mengesan pelajar-pelajar yang membuat salah.
"Buah ni dari dusun kan?Maksudnya kamu semua fly ke luar untuk mencuri buah hasil untuk sekolah,kan?Betul tak apa ustaz cakap,Aziz?",mata Ustaz Kama menatapnya garang lagi serius tahap nak telan air liur pun jadi kesat macam pasir!
"Err...er....",Boom kematian idea nak goreng Ustaz Kamal.
"Saya yang ajak dorang keluar...",Furqan mengaku dengan tenang.Dia menentang mata Ustaz Kamal yang memandangnya bagai nak bahan.
"Kamu ajak dorang fly?Bila?"
"Baru aje tadi,ustaz.Tapi kiteorang tak fly pun sebab dusun tu masih dalam range sekolah...",Furqan membela diri dan sahabat-sahabatnya.
Ustaz Kamal terdiam seketika.Ya tak iya juga...
"Betul tu ustaz..Kiteorang tak fly pun.Kiteorang pergi belakang dusun aje..",sokong Izz.
"Haaah ustaz.Kiteorang lapar sangat sampai tak ingat apa-apa dah selain nak tibai mangga aje",tambah Boom,mencelah.
"Ha'ah..Kiteorang tak buat kes pun,ustaz",celah Fakri membuatkan mata Ustaz Kamal mencerlung ke arahnya.Fakri menelan air liur.Mak aiii...meremang bulu ketiak aku dengan tenungan ustaz ni!
"Diam!!Ni kamu kata bukan kes..malam-malam pergi dusun semata-mata nak makan buah.Dah lah tak minta izin nak amek.Buat dusun tu macam mak bapak kamu punya pula.Suka hati nak petik bila-bila..",Ustaz Kamal mulai berang.
"Mulai esok,kamu Furqan...",dia memandang ke arah Furqan.
"Nak sangat petik buah manggakan?Haa...petiklah sebanyak yang boleh selama tiga hari.Gantikan tempat Pak Yunus."
Furqan menganga.Haa?!Petik semua buah?Eiiii...memanglah....
"Kamu,Aziz,bersihkan pejabat".Boom jatuh rahang.Biar betiq?!Pejabat?!Dahlah besar gedabak!!Sorang-sorang pulak tu!Oh my!
"Kamu Fakri dan Izz,bersihkan longkang besar depan sekolah!".Izz dan Fakri saling berpandangan.Mereka tersenyum kelat.
Furqan mengeluh berat.
Boom memicit pelipis.
Ustaz Kamal tetap dengan wajah singanya."Lakukan selama 3 hari!!"
"Baik ustaz!!"

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan b...

Hot Stuffs