PERTARUHAN CINTA bab 5

SELEPAS PERTEMUAN MEREKA tempoh hari,Yuyu langsung krik-krik terhadap dirinya dan dia pun tidak ambil pusing tentang hal itu memandangkan dia sudah sedia maklum bahawa puteri itu tidak menyukainya malah membencinya kaw-kaw lagi.Walaupun begitu,hatinya terpaksa menerima payau kenyataan yang sungguh perit itu.Ibarat mencucuk jarum ke dalam lubuk hatinya saja.Apa sebabnya pun dia tidak tahulah.Nak kata tak normal,ok saja dia tengok puteri itu.Nak kata benci kaum Adam pun,macam tak.Tapi...mungkin dia jenis tak layan lelaki ataupun lebih tepat lagi,anti-boys!
Furqan mengeluh perlahan.Yuyu memang pelik.Penutup botol mineral dipusing.Bibirnya mengucap perlahan Bismillah lalu terus mentumtum laju.
Bahunya terasa ditepuk.Furqan menggumam saja tanpa menoleh.Sudah cukup arif siapa yang selalu berbuat begitu.
Boom mengambil tempat disebelahnya.Air mineral di tangannya dirampas Boom lalu ditogok deras.Ah,lega!
Furqan membiarkan perbuatan sahabatnya.
"Asal tegang aje muka kau?Daripada start main sampai sekarang..Frust menonggeng ke sebab salah jawab soalan tahriri hari tu?",Boom cuba meneka.Tempoh hari,mereka satu geng berbincang semula jawapan masing-masing selepas exam.Nampak saja muka nakal,tetapi seorang daripada mereka pun langsung tidak berbincang atau meniru kertas jawapan kawan semasa exam.Belajar biar ikhlas.Exam nanti berkat,pesan Furqan.Kita exam bukan sebab nak markah tinggi tapi sebab nak jujur dengan diri sendiri.Sejauh mana kita faham apa yang kita belajar,sejauh tulah kita boleh jawab.Kalau result corot tu ada dua maksud jelah.Malas belajar atau tidak faham apa yang ustaz ajar.Sebab tulah kena fokus satu benda pada satu masa saja,tambah Boom.
Furqan diam.Mengeluh.
Boom menyelami wajah keruh sahabatnya.Berkerut dia memikirkan.Seketika,mata terbuntang."Jangan cakap sebab...."
"Haaa...betullah..",Furqan dapat teka apa yang berada dalam benak fikiran Boom.
Boom mendengus kuat.Dia menyandarkan tubuh di kerusi.
"Alhamdulillah dah habis exam baru kau nak frust pasal dia.."
Furqan tersengih.Plastik semata."Aku tak sukalah nak fikir pasal ni..."
"Nape?Takut zina hati ke?",perli Boom.
"Kalau kau cakap benda tu dari awal,makanya dari awal lagi aku takkan terima pertaruhan cinta ni..Semua mengarut aje..",tempelak Furqan.
"Dah aku tengok kau pantang dicabar..aku pun cabarlah pulak benda tu.Kaukan pantang kalau dicabar lagi-lagi dengan girls?Aku try and error la si Yuyu yang over-infamous dalam kalangan putera tu.Tak sangka pulak kau macam dah tersangkut..."
"Bukan tersangkut.Bukan tu masalahnya.Yuyu tu haaa...macam benci gila aje kat aku..."
"Beb,benda tu tak jadi masalah langsung OK..Bencilah balik apa susah?",pelik Boom dengan Furqan.
Furqan menceber."Senang kau cakap.Bolehlah sebab kau tak pernah melalui..Hati kau boleh tahan keras lagi dari aku ni.."
Boom tersengih."Alaaaa...let go je minah tu...Cari lain pulak.."
Furqan membulatkan mata ke arah Boom."Banyaklah kau!
"Aku tak banyak.Aku ada sorang aje.Dah dia pun krik-krik tak nak layan kau..baik kau angkat kaki,blahh dari hidup dia.."
"Tu yang aku sedang cuba...Tapi..susah laa.."
"Pulak....kau ni...Daripada kau fikir pasal dia,baik kau risaukan lagi pasal ithbat kau bulan depan.Tu lebih layak merisaukan kau daripada benda remeh macam ni.Dahlah esok nak kena handle untuk kuliah Maghrib,forum perdana.Haaa...dah siap pembentangan belum?Jangan duk pikiaq minah lagu tu..Buat sesak hotak aje..."
Furqan mengetap gigi.Susah betul kalau dah jadi PA ketua pelajar ni..Banyak benda nak kena fikir dan lakukan demi ummat MTA yang tidak kurang banyak fi'il 1001nya  termasuk mereka berempat sendiri.
"Sape yang jadi MC dan penceramah?Korang dah bincang belum?Dah decide nak pilih tajuk apa?",soal Boom bertalu-talu.Furqan menggeleng lembut.
Kepalanya ditunjal-tunjal Boom.
"Stop thinking about her lah Zeq.Kalau hari-hari fikir pasal dia,belum selesai urusan lain otak kau dah hang dulu da..Dahlah!Bazir karan aje teringat kat Yuyu yang hati kering tu.Kau nak basahkan pun amek masa.Umpama mencurah air ke baju kalis air.Tak boleh nak serap masuk dalam baju",tegur Boom direct.Dengan Furqan memang sudah biasa kalau main sembur.Lantak kau nak rasa terasa.Itu belakang kira.Yang penting dia sebagai seorang sahabat sentiasa menegur kesilapan dan menyokong kebaikan Furqan.
"OK?",soal Boom sambil menepuk bahu Furqan.
"Tak taulah...Aku blank",ucapnya.
"Tapi lawaklah pulak bila fikir balik..Dulu dia langsung tak famous kot.Sekarang nampak aje dia,memang ramai terpandang-pandang kat dia..Famous gila bapak!"
"Tengoklah sape yang famouskan..."
"Elehhhh...shot bola masuk sendiri la kau!",Boom menolak bahu Furqan.Spontan sahabatnya itu ketawa.
"Welll...famouskan...Nak buat macam mana?",dia menjongket bahu dengan riak muka bannga.
Boom tersengih.Seketika,matanya menoleh ke arah gelanggang yang membelakangi Furqan.Senyumannya mati
"Zeq......."
Tetiba,spalding meluru laju ke arah Furqan.Pantas dia menangkap bola itu sambil memusingkan badannya.Spalding dipeluk sambil matanya mencerun ke arah dua orang sahabatnya yang berada di tengah gelanggang.
Bola dilantun-lantun ke udara dengan tangan kanan sebelum dibaling deras ke arah Izz dan Fakri.Terkial-kial Izz menyambut bola.Hampir tergelincir dari tangan kirinya.Fakri ketawa melihat telatah Izz.Sentiasa fail dalam menyambut bola.Boom tersengih sama.Dia berdiri dan menepuk bahu Furqan.
"Dorang suruh join tu.Realise tension kau sikit.Esok banyak hal nak buat.",Boom mengingatkan.
Furqan mengangguk."Ok.Lepas ni tolong semak juzuk 25 aku ehh...",pintanya lalu melangkah menuju ke arah Team Six yang mulai berkumpul di tengah gelanggang.
"OK,no hal!",balas Boom lalu ikut sama berlari ke arah rakan-rakannya.Kembali menyambung main basket sedari lebih 8 minit mereka berdua berehat.
......................................................................................................................
Dia menolak pintu bilik asrama.Usai membuang hajat,dia menjenguk ke satu bilik ke satu bilik yang lain.Dalam asrama mempunyai 10 bilik.Dan semua bilik sudah sunyi dan sepi daripada hingar-bingar seperti siang tadi.Penat dan lelah dilepaskan seusai habis mengulang dan menghafaz hafalan baru sebentar tadi.Kini,bunyi cengkerik di luar semak saja yang kedengaran menyanyi girang.Bibir tersenyum kecil.Ahli asrama yang mempunyai 40 orang itu kebanyakannya semua jenis kaki tidur awal cuma tolak 4 saja iaitu gengnya yang sebilik dengannya.Masih belum tidur walaupun jam sudah menginjak ke pukul 12.25 pagi.
"Weh,aku lapaq lah...Hangpa tak lapaq ka?",soal Boom memecahkan kesunyian.Dia memandang Furqan meraih perhatian.
Furqan menggeleng."Dalam almari aku ada gula-gula mentos aje..",balasnya lalu menala mata semula ke arah laptop.Sebagai PA ketua pelajar,dia kena handle banyak benda nak-nak lagi sebelum habis sesi tahun ini.Terkejar-kejar dia membuat kerja yang dilakukan pada dekat-dekat nak dateline.Ada dua kerja yang perlu dilakukannya.Menulis surat rasmi untuk memohon ahli bola keranjang supaya bermain di luar maahad dan menaip untuk menulis tentatif program hujung tahun.
Boom mengerling ke arah Izz pulak.Tak habis-habis menulis soalan dan menjawab semula soalan yang direka sendiri.Sekejap tengok kitab sekejap tengok kertas kajang dan menulis kembali.Dia juga agak sibuk seperti Furqan kerana Ustaz Rizal mengkehendakinya supaya menulis nota ringkasan bagi subjek Akhlak dari awal sampai akhir.Dan tarikh datelinenya lagi 2 minggu.Izz antara pelajar yang rajin menulis.Tapi rajin-rajin menulis pun kalau dah berjela-jela ditulisnya,naik juling juga dibuatnya.Bukan tidak mahu berkongsi laptop ustaz dengan Furqan.Tapi sedari Furqan lebih memerlukannya berbanding dia yang hanya perlu tulis nota untuk kawan-kawan saja semasa balik cuti hujung tahun untuk diadikan revision ringan.Layaklah tidak perlukan bantuan laptop.
Dia menoleh pula ke arah Fakri yang sedang mengulang al Quran itu.Gelisah saja muka si kawan yang duduk di tengah-tengah antara Furqan dan Izz.Besungguh-sungguh dia melancarkan juzuk 21 yang satu hapak dilancarkan langsung siang tadi.Ada masa,dibazir dengan berborak.Ada masa,pergi melepak.Mana taknya,usai bermain basket petang tadi,dia diminta untuk berkhidmat mencuci longkang belakang yang berkeladak oleh Ustaz Suhail.Bukan dia sahaja,ada 3 orang lagi pelajar yang tidak lancar semasa kelas hafazan kelasnya siang tadi.Terkocoh-kocoh Fakri dibuatnya.Mana nak ulang,mana nak khidmat lagi.Tapi sempat ditempelak oleh Ustaz Suhail.Khidmat bukan untuk membebankan tapi untuk mempermudahkan urusan.Kut-kutlah kamu semua lancar cair aje lepas khidmat sungguh-sungguh..haa..mana tau.Allah bantu.Tapi ingat,niat kena ikhlas dan perbaharui.Ustaz bukan nak buli kamu,nasihat Ustaz Suhail yang mengajar pengajian Sirah dan Sejarah itu.
"Zeq,ada maggi tak?",soal Boom.Perut sudah berkeroncong daripada tadi.
Furqan menggeleng."Mau mati aku kena pancung kalau tau dek bapak aku yang jaga kaw-kaw pemakanan aku!",getusnya serius.
Boom mendengus kecil.
"Izz?"
Izz angkat muka dari menalaah kitab Sirah.
"Maggi?Hmmmm...aku lebih kurang dengan Zeq.Diharamkan sampai mati makan maggi."
Wuuuu~
Masing-masing mengangkat muka menoleh ke arah Izz.Terhenti perbuatan yang mereka lakukan beberapa saat.
"Kau,Aki..Apa pulak alasan maggi kau?",Boom seakan memerli Izz dan Furqan.
Spontan Izz dan Furqan menoleh ke arah Fakri.
Fakri tersengih."Aku alergik maggi.."
Spontan mereka berdua bantai gelak terbahak-bahak.
"Puihhh laaa...!!Tadi aku nampak kemain lagi melantak maggi goreng junior Jai tadi masa solat asar tadi!",tempelak Izz.
"Hahahaha!!Dahlah masbuk solat asar.Solat pulak sebelah aku.Tersembur-sembur je bau maggi tu.Kuat kot!!",tambah Furqan.
"Berani kau tipu aku eh?Memang nak kena bantai budak ni!!",sembur Boom lalu mendapatkan Fakri.Fakri cepat saja mengelak dari ditangkap Boom.Berpusing-pusing mereka dimeja mini petak ala-ala Jepun itu.
"Kau meh sinilah senget..Aku dahlah lapar ni.Nak kelentong aku pulak.Kang kau yang masuk perut aku baru tau!",tempik Boom garang.Tak semena-menanya Fakri berlari meluru ke arah pintu namun cepat saja Boom mendapatkannya.Lengan si kawan ditarik.Lehernya dirangkul erat sambil mukanya ditonyoh-tonyoh dengan buku lima Boom.Lagak macam tengah tonyoh bawang merah dengan lesung aje.
Izz tersengih-sengih sambil menggelengkan kepalanya.Hailaa...bebudak ni..
Furqan yang memerhatikan mereka tetiba terdiam.Otaknya ligat memikirkan tentang 'makanan'.Dagunya diurut-urut lembut sambil mata memandang kipas yang berpusing.Fikirannya sama turut memulas ingin menyelongkar idea.
Izz memandang Furqan sambil mengecilkan matanya.Zeq ni dah kenapa?
"Ha!Aku tau!"
Ketiga-tiga kepala pantas menoleh ke arahnya.Mereka terkebil-kebil.
"Apenda yang kau tau?",soal Boom.Terhenti seketika perbuatan dia mendera Fakri.
"Asal?",tanya Izz pulak.
Furqan menarik senyum nakal.Dia berdiri lalu memandang satu per satu wajah sahabat-sahabatnya.
"Kat sekolah ni,tempat yang salah satu menjadi sumber pendapatan terutama apa dia?",soalnya cuba berteka-teki.
"Apa benda tu?Tak paham aku..",Boom menyengetkan kepala.Fakri dilepaskan dari rangkulan.Sekilas Fakri mengusap-usap lehernya yang terasa sangat sengal.Lengan Boom not bad!Macam batu kerasnya!
"Hmmmmm....",Izz memikir.Otaknya berhempas-pulas ingin mencari jawapan.
"Dusun...",jawab Fakri mematikan akal Izz dari berfikir.
"Haa...dusun?Dusun Nanding ke?",soal Boom blurr.
Izz membuat muka dekat Boom."Dusung Nanding mana pulak kau tibai ni?Tu nama kampung kau..",gumamnya.
"Bingo!Dusun!Jom!Let's go..",kata Furqan lalu terus menuju ke tingkap.Semua ternganga melihatnya.Pelik dengan senyuman nakal sang leader.
"Weh,line clear ke tak kau ni?",soal Izz cepat.
"Tah budak ni.Main hentam aje nak gi sana..",selar Boom sambil buat muka cemberut.
"Buat apa gi sana?",soal Fakri semacam tertarik.
"Main sorok-sorok!",Furqan menjawab malas sambil mengerling sekilas ke arah mereka bertiga.Mereka bertiga terkulat-kulat blurr.
Tetiba,Fakri ketawa.Dia menepuk bahu Izz dan Boom yang berada di sebelahnya.Dia tersenyum nakal dekat Furqan.Furqan angkat kening sambil membalas senyuman Fakri.Tau Fakri memahami apa yang diperkatakannya.
"Dia gurau aje tu.Jom!Aku dah tak sabar nak makan si harum manis!",ajak Fakri semangat sambil mengheret mereka berdua menghampiri Furqan yang sudah lama menunggu di bumbung asrama.

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs