Pages

PERTARUHAN CINTA bab 4

FURQAN KHUSYUK MENULIS apa yang dibebelkan oleh Ustaz Zameer.Langsung tidak perasan yang Boom,Izz dan Fakri sedang berbisik-bisik disebelahnya.Tetiba,siku Furqan ditolak.Furqan mendengus kecil.Lambat-lambat dia mengangkat muka lalu mencerlung tajam ke arah Boom yang duduk di sebelahnya.Mereka berempat duduk di barisan paling belakang.Apa-apa hal memang senang nak discuss.Ada tujuh orang di barisan itu termasuk ketua kelas,Saiful,ketua pelajar ,Aman dan Idzham si budak pendiam.
"Kau apahal?",gigi diketap.Nada suara sangat annyoying tetapi perlahan.Pantang bagi Furqan apabila diganggu ketika dia sedang menumpukan perhatian seratus peratus di dalam kelas.Nak-nak lagi ketika Ustaz Zameer yang mengajar.Ustaz favouritelah katakan.Padanya,biar kuat main di luar.Tapi,apabila belajar,fokus betul-betul.Jangan buat benda lain.
Boom tersengih.Dia menoleh ke arah ustaz sambil menjawab perlahan soalan Furqan.
"Awek kau nak jumpa lepas kelas..".
Furqan tersentak.Dia mengerutkan dahi tanpa menoleh ke arah Boom.Tangan setia menulis butiran mutiara yang keluar dari bibir sang murobbi.
"Dia gila ke apa?Kata kat dia lepas main bola keranjanglah..",balasnya perlahan.Memang nak tempah maut kalau berjumpa lepas kelas.Sudahlah Ustaz Zameer.Mudir pulak tu!Seriau aku tahap tak boleh bayang!
Seketika,Boom menulis sesuatu di dalam bukunya lalu dibentang dihadapan Fakri yang duduk disebelahnya.
Lepas main basket..
Fakri mengangkat muka.Boom disebelah mengangguk.
......................................................................................................................

PUNYA SUSAH NAK MENDAPATKAN LINE CLEAR.Dalam 15 minit jugaklah mereka terpaksa menunggu.Dah betul-betul yakin ustaz dan pelajar-pelajar nerd hilang dari pandangan,barulah mereka menyeludup masuk ke dewan rasmi merangkap serbaguna itu.Kebiasaannya pada waktu petang selepas solat jemaah,pelajar putera akan bermain bermacam-macam permainan didalamnya.Yang utama adalah bola keranjang.
Pintu dewan ditolak perlahan.Kelihatan Team Six dan pelajar-pelajar senior sedang memanaskan badan.Diskrol mata mencari susuk tubuh Furqan.Kelihatan putera itu sedang melantun-lantun bola dengan jarak 3 meter dari tempat dia berdiri.Seketika,bola di'aim' ke dalam lubang jaringan.Dia terus melompat tinggi dan membaling dengan deras dan...
Shot!!
Team Six kecoh sebentar.Masing-masing bertepuk tangan melihat Furqan dapat menjaring dengan baik.
"Cantik!!!"
"Itu dia,Zeq!!!
Furqan cuma tersengih.Kain di kepala dikemaskan.Rambut terjuntai berselerak di dahi dibiarkan lepas.Dia berjalan ke tengah gelanggang.Tak semena-menanya dia terlihat ada beberapa orang di pintu dewan.Dia menghampiri ke situ.
Adlin dan Maisara yang mengintai dari luar sudah melopong siap-siap.
"Bapak ler mamat jebon ni!Baru aku tau dia pandai main basketball!"
"Smooth je bola tu masuk...",komen Adlin pulak
Yuyu di tengah antara mereka tidak berkelip memandang Furqan.Pandainya dia main basketball...
Sedar-sedar,Furqan dah ada di depan mata.Yuyu tersentak apabila terdengar bunyi jari dipetik.
Dia tersedar dari lamunannya.Furqan beriak biasa.
"Berangan ape?",soalnya.
Yuyu menggeleng.Dia tunduk memandang jersi yang dipakai oleh Furqan.Jersi merah bernombor 3.
"Ada apa nak jumpa saya?Bukan saya kata lepas basket baru jumpa ke?Ke dah tak sabar nak jumpa saya sebenarnya...rindu eh?",sakatnya.Kening dijongket.
Yuyu buat mata kuyu.Perasan aje.
"Memang tak ler..Saya nak ngaji lepas ni..",bagitaunya.
"Oh..dah berapa juzuk dah?",soal Furqan laju.
"Err...."
"Dia dah 26 juzuk Furqan..",celah Adlin disebelah.
Furqan membelah senyuman.
"Chaiyok...lagi 4 juzuk.Kalau awak khatam bulan depan,saya bagi hadiah",Furqan menyimpul janji.
Yuyu tersentak.Dia mengangkat muka memandang wajah Furqan.
"Awak nak bagi hadiah apa?",soal Yuyu.
"Awak nak hadiah apa?",tanya Furqan balik.
Yuyu terdiam memikir.Hadiah apa eh.....
"Hadiah?Simple aje.Yuyu nak kau pinang dia..",sampuk Maisara yang daripada tadi tidak habis-habis menjaga line clear.
Yuyu terkejut.Dia menoleh pantas ke arah Maisara.Mata dijegilkan.Maisara buat muka dunno.
Furqan juga tersentak.Namun,bibir cepat menarik senyuman manis.Yuyu dipandang.
"Yang tu tunggu 8 tahun lagi.In syaa Allah,saya tunaikan..",Furqan bagai mengikat janji.
Yuyu tersentak.Wajah Furqan dipandang.
"Jodoh ketentuan Allah.."
"Tapi kalau ada jodoh,takkan ke mana..",bidas Furqan selamba.
Yuyu terus mengetap bibir.Macamlah aku nak bersuamikan kau...
Hadiah dibelakang tangan disuakan kepada Furqan laju.Beg kertas vintage.Furqan tergamam.Yuyu dipandang tanpa kelip.Seriously....?
"Nah,balasan sebab bagi hadiah birthday hari tu.Emm....selamat hari jadi..",ucapnya perlahan.Lebih kepada tidak ikhlas tapi terpaksa.
Furqan terpana.Mata tidak lepas memandang Yuyu.Spontan,dewan bergema bingit dengan suara-suara jantan Team Six yang mempunyai 14 ahli menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepadanya.Furqan menoleh ke arah geng Team Sixnya.Tangan diangkat tanda terima kasih sambil tersengih.
Dia menoleh semula ke arah Yuyu.
"Apa dalam dia?",soalnya.
"Tengoklah nanti...",jawab Yuyu sambil tangan Furqan menyambut huluran beg kertas vintage itu.
"Terima kasih Yuyu.Apapun dari awak saya sudi terima dengan hati yang terbuka..",ucapnya tulus lalu terus berpamitan dengan Yuyu.Maisara dan Adlin memerhatikan saja kelibat Furqan yang berlari ke arah Team Six.
Yuyu sekadar mengangguk.Dia memandang Furqan yang mulai dikerumuni oleh semua ahli gengnya.Ada yang memeluk lehernya,menumbuk bahunya,menepuk-nepuk belakangnya dan tidak boleh blahh,apabila yang cuba nak merampas beg kertas vintage itu dari tangannya.Cepat-cepat dia memeluk erat beg hadiah itu sambil menjegilkan matanya kepada mereka.Wuuuu~Masing-masing kecoh.Kelakar melihat gelagat Furqan yang sangat rare itu.Masing-masing mula membantai Furqan.
Yuyu buat muka tak hairan.Setakat bagi hadiah....
"Kan aku dah kata confirm dia terima apa-apapun yang kau bagi...",kata Adlin.
"Elleh...tu semua idea korang.Kalau tak,haramlah dia nak dapat hadiah walau habuk pun dari aku..",balasnya lalu terus pergi.Adlin mengerutkan dahi.Dia dan Maisara saling memandang sambil mengikuti langkah Yuyu yang sudah ke depan.
"Aku rasa Furqan dah mula syok kat Yuyu lahh...",luah Adlin.
Maisara mengangguk."Macam....."
................................................................................................................

YUYU YANG SEDANG MEMILIH barang peralatan dalam Giant begitu leka meneliti pen-pen jenama Faber-Castell dan G-Soft.Nak pilih mana satu ni?Pening dengan pilihan sendiri.Ujian peperiksaan lagi 2 minggu.Dan tahun ini,ustaz menguatkuasakan bahawa ketika exam wajib menggunakan pen bukan lagi pensel tekan seperti zaman-zaman dahulu sebelum dia masuk MTA.Makanya dengan itu,dia menjunjung perintah dengan baik.Laju saja dia meminta adiknya untuk bawa dia ke Giant Cheras itu.
Tetiba,konsentratnya terganggu apabila terdengar bunyi peralatan jatuh tidak jauh darinya.Dia pantas menoleh ke arah itu.Seorang lelaki memungut beberapa plastik sticky note yang jatuh bertaburan di kakinya.Lelaki itu menyedari dia dipandang oleh Yuyu.Pantas dia mengangkat wajah dan tersengih malu ke arahnya.
Eh!
Ha?
Dua-dua membulatkan mata.
"Yuyu?",seru Boom.Yuyu menelan air liur.Oh man!!Jangan cakap....
"Boom!Kau dah jumpa belum stic....."
Langkah Izz terhenti apabila seorang gadis menoleh ke arahnya.Dia tersentak.
Boom berdiri lalu menyusun kembali beberapa sticky note yang jatuh mencium lantai sebentar tadi.Satu digenggem lalu di campak laju ke arah Izz.
Izz menyambut tangkas."Gotcha.Thanks!".
"Mana Zeq?",soal Boom sambil mata memandang Yuyu yang dah gelisah semacam.Takut bertembung dengan cik abang ke dia ni?
Izz menghampiri Boom.Dia melimpasi Yuyu."Zeq yang tersayang ada kat belakang...",sambil memandang ke arah Yuyu yang tercegat di situ.
Yuyu menelan air liur.Kesat..Kenapalah aku terserempak dengan dorang semua?
Dia terus melangkah laju.Hampir terpeluk seseorang yang berjalan masuk ke laluan yang sama dengannya.
"Errr...sorry...",dia mendongak.
Tersentak.
"Yuyu...?",seru Furqan perlahan.Yuyu tersentak.Dia ingin melangkah namun cepat-cepat ditahannya.
"Buat apa kat sini?",soal Furqan dengan suara serak-serak basah.Yuyu mengangkat wajah.Wajah Furqan ditelitinya.Sakit rupanya...
"Emmm...cari barang...",jawabnya tanpa nada.
"Barang apa?",soalnya lagi lalu terbatuk kecil.Timbul rasa kesian pada Furqan.
"Heiii Zeqq!!Aku dah kata pakai sweater pandai!Kan dah sejuk?Degil lagi.Nak ikut kepala sendiri aje!",tetiba muncul seorang lagi geng Furqan sambil menyarungkan sweater berwarna merah hitam ke bahu lelaki itu.Yuyu tersentak lagi.Eh,Sweater yang aku bagilah!
"Eh,Yuyu!",seseorang melaung namanya membawanya ke alam nyata.Yuyu memandang orang disebelah Furqan.
Mata terbulat.Alamak!Fakri!
"Haaa...asal kau boleh tersesat datang sini?Bukan rumah kau kat Kajang ke?",Fakri mulai menyiasat sambil mengerutkan kening.Yuyu buat muka dunno.
"Suka hatilah.Ni bukan rumah kau pun.."
Annoying pulak Fakri dengar jawapan itu."Mana geng kau yang lain?"
"Aku datang sendiri..",datar saja jawapannya.Dia terus melangkah ke depan namun cepat dipintas langkahnya oleh Fakri.
Fakri terkejut."Weh!Mak long tak marah ke kau keluar sorang-sorang?",soalnya laju.
"Hmmm....Am drop aku kat sini.."
"Pastu balik nanti dengan sape?"
Yuyu mendengus geram.Haila..banyak pulak soalan dia ni!
"Balik sorang-soranglah.Dengan sapa lagi...",jawabnya malas.Nak jugak jadi penyiasat tak berbayar aku.
"Eh,tak de!Balik dengan kiteorang aje.Kau jangan macam-macam.Bahaya balik sorang-sorang.Kau tu dah lah perempuan.Careless dengan keselamatan diri.Balik nanti aku drop kat rumah Mak long terus..",Fakri mulai membebel.Bukan apa..Dia rasa itulah tanggungjawabnya sebagai seorang abang sepupu.Tiada niat sekecil kuman pun untuk mengkongkong hidup Yuyu.Tak de masa nak bazir masa fikir pasal tepi kain sepupunya.Buang tabiat aje!
Yuyu mendengus lemah."Kau ni...Memang taklah aku nak balik dengan korang.."
Fakri menjegil mata bagai nak telan Yuyu."Memang tak lah kau cakap...Memang nak kena kau ni oleh aku..Aku report sat gi kat Mak long karang...",ugutnya.
"Awak nak beli barang ape je?",soal Furqan mematahkan pertelingkahan mereka berdua.Pening lalat melihat mereka bertekak.Fakri tersedar.Baru perasan Furqan berdiri macam tunggul kayu disebelahnya daripada tadi.
"Sorry Zeq..."
"Zeq!!Kau ok tak??",soal Boom cemas sambil mendapatkan Furqan.Wajah sahabatnya itu dipandang penuh empati.Sweater di bahu terus disarungkan pada tubuh si kawan.Sayang punya pasal.Dah tak kisah dengan pandangan pelik Yuyu.Bukan girls saja boleh sweet eh!Aku pun boleh!
Izz menyentuh dahi Furqan.Agak kebah daripada hari-hari sebelumnya.
"Dah kuranglah.Ni sebab Yuyu ke apa?",usik Izz dengan sengihan.Boom mengerling ke arah Yuyu.
"Nampak kau terus sihat si Zeq ni!",tambah Boom.
Fakri tersenyum nakal ke arah Yuyu."Kalau macam tu,kau balik ajelah rumah Zeq.Hari-hari tatap kau makin bersemangat dia nak hidup.Kalau tak jadi mayat hidup aje kat asrama tu.."
"Betul tu.Ikut Zeq balik rumahlah.Jaga dia",sakat Izz.
"Kahwin terus dengan dia lagi bagus!Tak de Aki nak jadi polis kau lagi..",Boom menambah perisa.
Membahang terus muka Yuyu.Dia mengetap bibir.Furqan mengerling ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Dahlah..Muka dia dah terbakar tu..",kata Furqan.Kesian melihat girlfriendnya disakat oleh gengnya.
"Sekali sekala sakat dia.Bukan selalu boleh terserempak secara tetiba.Kat Giant pulak tu.Tempat yang paling tak famous dan tak sweet...",selar Boom dengan sengihan.
"Tu namanya jodoh!",terpacul laju ayat itu keluar dari bibir Furqan.Yuyu terdiam manakala meraka sudah riuh sekampung!

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan b...

Hot Stuffs