PERTARUHAN CINTA bab 3

BOOM MENEPUK BAHU Furqan."Here she comes..",bisiknya.Furqan tersenyum meleret.Dia memandang ke arah Yuyu yang sedang berjalan keluar dari kelas bersama-sama sekelompok pelajar-pelajar perempuan kelas Al-Ithnan.Pelajar kelas Banin As-Sitta lebih suka menggelar nama kelas mereka sebagai Team Six yang diubahsuai oleh Furqan.Suka hati riang gembira dia aje mengubah nama kelas.Tapi sampai sekarang nama itu lekat di bibir mana-mana pelajar.Famous seketika pelajar-pelajar Team Six.
Team Six habis belajar awal kerana Ustaz Sobri yang mengajar pelajaran Nahu itu ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan pada waktu itu.Jadi,dia meminta diri tanpa menghabiskan waktu mengajarnya.Kesempatan yang ada itu digunakan secantik dan sebaik mungkin untuk menyelaraskan satu agenda.
Fakri di tangga asrama menjerit kuat."Line off.Move now!",ala-ala pelakon Enggeris tak bergaji.
Mendengar suara jantan bergema itu,Furqan pantas menoleh ke arah Izz.
Izz mengangguk.Dia pantas mengira.
Tiga...dua...satu....
"Sanah helwah ya jamilah,sanah helwah ya jamilah,sanah helwah ya jamilah,sanah helwah Zafreena!!!!!!!",tempik geng-geng Team Six di koridor asrama putera dengan penuh semangat,padu dan bergema termasuklah ketua Banin Sitta yang nerd.Ikut join perangai nakal Team Six.Sekali-sekala.
Terkejut satu warga pelajar banat Ithnan.Semua melihat ke arah atas.Lagi-lagi Yuyu,Maisara dan Adlin.Tergamam kemain!
Belon udara buatan Furqan yang berisi hadiah didalamnya ditembak dengan sumpit oleh tuan punya pembuat belon.Ditembak tepat mengenai sisi belon.
BOOOOOOOOMMMMMMMM!!!!
Semua terperanjat.Masing-masing melihat belon itu mengempis dan terjatuh tepat di kaki Yuyu yang masih tercegat melihat telatah Furqan.
Yuyu tergamam.
Pelajar banat Al-Ithnan mulai kecoh.
Ketiga-tiga kepala itu memandang ke atas dengan muka tak habis terkejut.Lagi-lagi Yuyu.Dia memandang ke arah Furqan yang agak jauh sedikit dari tempat dia berdiri.Putera itu sedang membelah senyuman manis buat tatapan matanya.
"Happy birthday!!!",ucap Fakri,Boom,dan Izz kuat.
"Happy bornday,Yuyu!!",ucap Furqan Tulus.Bibir sentiasa tersenyum bahagia.Dapat melancarkan projek belon udara berisi hadiah buat Yuyu yang disayangi.
Namun lain pula yang gadis itu balas.Penat-penat Furqan and the geng meraikan hari ulangtahun kelahirannya,hanya mendapat jelingan pedas dan berapi dari mata coklat hazelnya miliknya.
Hadiah dipungut oleh Adlin.Cepat-cepat dia menyorokkannya dalam tudung labuh hitam rasmi sekolah.Maisara pandang dengan sengihan geng-geng yang tengah kecoh itu.Manakala,Yuyu pula sudah menonong pergi laju meninggalkan mereka semua.Malas nak pandang!
Boom mencebik.Geram!
Izz mengherot bibir ke atas.Menyampah!
Fakri menyepetkan mata.Senget punya sepupu!
Furqan buat muka dunno.
"Dia memang macam tu.Lantaklah!",kata Furqan lalu masuk terus ke dalam asrama.
"Tu tak reti bersyukur namanya!",tembak Boom.Bahunya ditepuk perlahan oleh Izz.
"Biarkan dia.."
Fakri tersengih."Minah macam dia tu memang ego.Tapi memang patutlah dapat kat Zeq sebab Zeq pun dua kali lima aje".
................................................................................................................................
Mereka berkumpul beramai-ramai membuat bulatan kecil.Lagak seperti nak sedang buat program Halaqah Huffaz Perdana aje.Walhal hanya kerana nak tahu apa isi di dalam kotak hadiah yang Furqan berikan kepada Yuyu tengahari tadi.Mereka pula yang over-excited untuk mengetahui isi kandungan hadiah itu.
Perlahan-lahan Yuyu membuka reben kotak corak hati bersaiz kecil dengan belakang tanah berwarna putih.Reben pink dicabut dan kotak itu dibuka.
Jam tangan bernama Swiss Polo bertemakan warna hijau cair menyapa pandangan tiga pasang mata.
Masing-masing melopong.Sesaat,kecoh mari!
"Pergghhhhhhh...Swiss Polo kot!!!Genuine aku yakin!",ulas Adlin.Bulat mata memandang jam tangan itu.
"Gila ah Mr.Jebon ni!Kaw-kaw punya hadiah dia bagi!Hari tu aku baru je kot usha harga jam macam ni.Lebih kurang RM400 somethinglahh..",mulut Maisara bising berceloteh.
"Seriously??Oh man..Gila betul Furqan bagi jam mahal macam ni.Aku rasa kalau jubah hitam boleh beli empat pasang kot!",balas Adlin.
"Betul tu!Zeq angau gila kat Yuyu ni..sampai jadi macam ni.Dah lah sweet gitu bagi hadiah depan semua orang..",sokong Maisara.
"Haaah..betul betul..Tapikan..tak kantoi ke dengan ustaz ke warden ke..?",soal Adlin acuh tak acuh.Dia ralit memandang Yuyu yang sedang membelek-belek jam tangan pattern steel itu.
"Alaaaa..budak-budak ni manalah berani nak kecoh.Lagi dengan si jebon tu.Cari pasal dengan dia,naik hantu mengamuk tahap 'selagi kau hidup,selagi tu aku kacau' datang..memang tak boleh nak kata apalah.Surrender aje jawabnya..",bagitau Maisara yang sudah masak dengan perangai bekas jiran merangkap musuhnya itu.Adlin melongo.
"Bahaya jugak dia tu...",tutur Adlin sambil mengerling ke arah Yuyu.
"Bahaya lagi kalau dia dah betul-betul sayang kat Yuyu ni haa..",seloroh Maisara lalu menoleh ke arah Yuyu.Dia menggeleng lalu menarik terus jam tangan itu dari genggaman Yuyu.Pergelangan tangan Yuyu ditarik ke arahnya dan dia menyarungkan jam Swiss Polo kepada empunya tuan badan.
"Haaaa...kan cantik macam ni?Eh,cunlah dengan kau!Seriuss...",puji Maisara.Yuyu buat muka tak semenggah.
Adlin membelek pergelangan tangan Yuyu.Eh,haahlah!Sesuai sangat dengan kau yang berkulit putih merah ni Yuyu..",menambah perisa walhal tidak mahu Yuyu mencabut jam tangan itu dari tangannya.
"Rimaslah pakai jam besi...",luahnya lalu mencabut kembali jam tangan dari pergelangan tangan.Adlin dan Maisara sudah berpandangan satu sama lain.Dah agak dah dia cabut!
"Pakai ajelah...cun apa kau pakai..",kata Maisara.
"Cun?Nah lah...Aku bagi kau aje..Aku tak suka jam jenis macam ni..",kata Yuyu.Jam tangan itu diserahkan kepada Maisara.Cepat saja Maisara menggeleng dengan mimik muka seriau.
"Kau gila apa bagi aku?Kalau kau nak tengok nyawa aku dihujung tanduk dibantai Zeq,bolehlah bagi aku.Tapi memang taklah weh!Aku masih nak bernafas di bumi Allah ni lagi.Khatam pun belum.Solat pun banyak lagi nak aku qada'.Tak pelah Yuyu..Terima kasih bebanyak..",Maisara mempamer senyuman plastiknya.
Yuyu buat muka.Dia meletak semula jam tangan di dalam kotak tadi.Tetiba dia terbelek dalam penutup kotak.Ada sticky note terlekat disitu.
Sanah helwah..Semoga menjadi wanita solehah.Semoga menjadi hamilul Quran yang berjaya di dunia dan akhirat.
Adlin dan Maisara turut berebut untuk membaca.Lebih kepada mahu melihat handwriting putera yang paling hot dan famous satu sekolah.Yuyu membuat muka selenge lalu merampasnya kembali dari mereka berdua.
"Alaaaa...kau ni.Tu pun kedekut nak tunjuk.Bukannya aku nak pun dekat Furqan tu..",Adlin mencebik.
"Kau tak nak pakai ke?",soal Maisara sambil memandang kotak comel itu.
Yuyu menggenggam kotak jam itu."Nope.Aku nak bagi balik kat dia",serius nadanya.
Maisara dan Adlin melopong."Apaa????"
..........................................................................................
Selepas Adlin mengatakan line clear kepada Yuyu,pantas gadis itu terus berjumpa dengan Fakri.Putera itu diarahkan untuk memanggil Furqan.Tahu sahaja Yuyu nak berjumpa dengannya,terus sengih sampai ke langit biru tak sudah.Siap lompat bagai nak terbang ke angkasa aje lagaknya.Cepat kaki berlari ke bawah.Boom dan Izz turut menyusul bersama.Ingin menonton drama di tengahari.
Yuyu menoleh ke arah Furqan yang mendekatinya dengan kerutan di dahi.
"Nah lah!Saya bagi balik",dia menghulurkan kotak kecil itu kepada Furqan.Putera itu tersentak.Boom,Izz dan Fakri saling berpandangan antara satu sama lain.Dahi masing-masing berkerut.
Furqan tersenyum senget.Dia menjongket sebelah kening.
"Asal bagi balik?Tak cukup lawa ke?Kalau tak cukup lawa bagi awak,saya boleh beli yang lain..",soal Furqan sambil berpeluk tubuh.
"Saya tak nak".
"Tak nak ke tak sudi?"
"Dua-dua!"
Bibir tersenyum mengejek.
"Nape?Takut masuk kes disiplin ke?Menerima barang dari putera AKA boyfriend sendiri?",sinis sekali nadanya.
Yuyu ketap bibir.Matanya membulat memandang Furqan.Furqan buat muka dunno.
"Bukan sebab tulah!Saya memang tak nak terima.Nah,ameklah cepat!",naik rimas Yuyu dengan sikap selamba badak Furqan.
"Oh,pas tu?Asal tak nak pulak?Cuba bagi alasan konkrit sikit",provok Furqan.
Yuyu mendengus kasar.Memanglah manusia spesies Furqan ni mencabar keimanan betul!
Dia menjeling Furqan namun dibalas dengan senyuman berani maut milik putera itu.
"Nak hilang mata awal ke awak ni?Nak ulang balik kisah Zinnirah yang bagi mata dia dekat Hasan al Basri ke?Jeling..jeling..Taulah mata lawa.Nak sedekah cakap.kita ulang balik sejarah Zinnirah yang rela memberi matanya secara free kat ulama Hasan tu.",perli habis!
Yuyu ketap gigi disebalik purdah hitamnya.Terkelu nak membalas balik kata-kata Furqan.Terus tak berfungsi bom jangka yang dia pasang tadi.
"Lantaklah.Yang penting amek balik jam tangan awak ni.Saya tak nak dan tak perlukan pun.Ok?Terima kasih banyak-banyak",kata Yuyu bosan.
"Saya tak nak amek balik.Saya dah bagi.Takkan nak amek balik..?Tu buruk siku namanya..",bantah Furqan.Kotak tetap tak bersambut.Yuyu mendengus lemah.
"Bagi kat orang yang lebih layak.."
Furqan menatap dalam wajah Yuyu yang menunduk diam.
"Awaklah..orang yang layak itu.."
"Bagi kat kakak awak!Lebih banyak dapat pahala.Nah lah!",kotak dipandang sepi oleh sepasang mata Furqan.
"Saya anak sulung..."
"Kalau macam tu,mak awak.."
"Saya tak de mak.."
Yuyu tersentak.Spontan dia mengangkat wajah.Matanya bertentangan dengan mata Furqan.Pandangan putera itu syahdu sekali.
"Err..kalau macam tu...."
"Dahlah Yuyu.Amek jelah.Menyampah pulak aku tengok korang punya drama ni.10 minit tak habis-habis dengan scene yang sama.Tukar channel boleh tak?Kau terima aje.Kalau tak nak sangat,bagi kak long.Tak pun mak long!Habis citer!Kau ingat Zeq tak busy ke sekarang?Kau membuang banyak masa dia sekarang.Dah lah.Terima je",sembur Fakri geram lebih kepada menggesa Yuyu agar cepat-cepat blahh.Takut line semakin tidak clear.
"Gedik melangit kalah mami jarum TV3 la kau ni!Amek jelah!Syukur sikit ada orang nak bagi kat kau benda-benda mahal macam tu!",marah Izz.
Yuyu menjeling Izz.Lelaki itu pantas saja ingin melayangkan buku limanya tetapi cepat-cepat ditahan oleh Fakri.
"Wehhh...agak-agak sikit.Ni sepupu aku,doe",Fakri menenangkan Izz.Izz merengus kasar.
"Selamat kau sepupu member aku.Kalau tak,memang makan penumbuklah kau!"
Boom membuat muka bosan.Dia menyandarkan tubuh di tiang asrama sedari melihat scene pertemuan Yuyu dan Furqan.Lambat-lambat dia menapak menghampiri Furqan.
"Kau apa masalah Yuyu?Amek je jam tu.Kalau tak nak pakai,masuk mulut makan.Biar tak sakit mata kau tengok jam yang dihadiahkan oleh orang yang kau benci ni.Dah...kau pergi sekarang.Zeq banyak benda nak kena handle ni.Dia nak kena tolong ketua pelajar buat kerja.Kau tak payah nak lama-lama kat sini",bagitau Boom mendatar.Dia memandang Furqan.Furqan mengangguk.
Furqan menoleh ke arah Yuyu pula."Dah lah...amek je...kalau rasa mahal sangat...nanti saya belikan.."
"Belikan kau kain buruk je untuk lap tingkap asrama korang yang 'berkabus' tu..",cepat saja Boom memintas kata-kata Furqan.
Furqan tersengih.Sakit hati Yuyu dengan perlian pedas Boom.Satu geng sama saja mulut tu.Asyik nak tembak orang aje!
"Dah,amek je..",arah Fakri.
"Kau blahh sekarang..",arah Izz dingin.
"Please Yuyu...Zeq tengah kesuntukan masa ni..",pinta Boom.Lembut sikit berbanding Izz.
Yuyu memandang Furqan.Furqan menggangguk menyuruh dia untuk pergi.
"Terima kasih...",ucap Yuyu.Furqan mengangguk lagi.
Yuyu dan sahabat-sahabatnya beredar dari ruang lorong bilik belajar Team Six yang sungguh lengang itu.Pantas dan sesenyap yang mungkin.Pemergian Yuyu dihantar lemah oleh Furqan.
"Zeq....",panggil Boom.Bahu Furqan ditepuk.
Furqan tersedar dari lamunannya.Dia menoleh ke arah Boom,Izz dan Fakri.
"Asal?",dia menjongket kening.Wajah beriak tenang walau pantai hati sudah bergelora.
Pantas bahunya dipeluk oleh ketiga-tiga orang sahabat sejatinya.
"Jom!Aku nak join memberi cadangan tentang peraturan sekolah dan asrama",kata Boom ceria.
"Zeq,tak payah amek idea Boom tu.Merapu je lebih.Better amek aku punya.Ideal for life!",selar Fakri.
Izz dan Furqan pantas tergelak.
"Iklan Panasonic jugak dia cilok!",kata Furqan girang.Lupa sebentar tentang hati yang membengkak sebab hadiah sebentar tadi.
"Hahaha...Ada-ada aje Fakri ni.Eh,aku pun nak join membentangkan idea aku yang meletup!",kata Izz dengan sisa tawanya.
"Kau tak payah.Meletup tu hanya untuk aku.Boom similar to meletup.Bom!!",tukas Boom laju.
"Haah..bom jangka,bom atom,bom zarah semua tu kau amek.kiteorang tak batak pun!",tembak Fakri laju.
Serentak ketawa mereka pecah di celah-celah keheningan qailulah tengahari itu.

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs