PERTARUHAN CINTA bab 2

"CONGRATS DAH COUPLE DENGAN dia!Congrats!",ucap Boom penuh semangat.Siap menepuk-nepuk kuat lagi belakang Furqan.Furqan buat muka bosan.
"Congrats je kau tau!Haa...Ganjaran aku mana?",soalnya laju sambil menghulurkan tangannya kepada Aziz yang lebih mesra dengan panggilan Boom itu.
Boom sengih segaris."Hehehe..Yang tu nanti eh.Bila dah genap sebulan untuk bulan Mei ni.Haaaa....aku bagi",katanya menyimpul janji.
Furqan tenung muka Boom dengan wajah tidak puas hati."Betul ni?Dahlah lama lagi kot nak tunggu benda tu sampai kat tangan aku.Baru berapa haribulan hari ni?Lagi dua minggu weh.Sempat aku bela jambang..",omel Furqan.
Boom cuma tersengih."Dont worry.Be happy kawan.Aku bagi.Jangan risau.Dah janji kat kau..Takkan nak mungkir kot?Aku tak nak ada ciri-ciri munafik dalam diri aku.Nanti dihumban ke dalam neraka paling bawah.Eishh!!Seriau beb!",luah Boom sambil membayangkan dirinya didalam neraka.Allah!Takutnya.Tolong jauhkan kami dari api nerakaMu.Teringat kembali Ustaz Hazim bertazkirah tempoh hari.Para sahabat apabila berdoa,sampai di 'waqina azabbannar' airmata laju sangat meleleh.Itu para sahabat yang memang dijamin akan syurga.Menangis.Menurunkan ego.Ini kita yang tak tahu masuk syurga ke tak..Tapi tak reti nak beriak sedih ketika berdoa sedemikian malahan siap bergelak ketawa lagi adalah!
Istighfar Boom seketika.
Izz dan Fakri yang ketika itu sibuk mengunyah keropok keping perisa udang itu hanya membiarkan Furqan dan Boom bersembang-sembang intim di hadapan mereka.Memang tak boleh nak meragukan persahabatan mereka berdua.Paling rapat walaupun mereka geng berempat.Tapi Izz lebih dengan Fakri dan Furqan lagi kamcing dengan Boom.
"Weh,korang!Makanlah keropok aku ni!Sedap tahap Chef Izz buat kot!Cicah dengan sos life KFC ni haa...lagi umphhh!",tempik Izz kuat ke arah koridor asrama mereka.Didalam asrama hanya boleh memuatkan empat orang pelajar sahaja dalam satu bilik dan mereka berempat satu bilik yang bernama Khalid Al-Walid.
Fakri di hadapan sudah tergelak sakan dengan gaya Mak Minah Izz mempromosikan keropok sira mas madu yang famous di Kelantan itu.
Izz mencebik melihat mereka yang tidak memberi respon.Malah lebih rancak lagi.Hailaah..Dorang ni kalau sembang,kencang aje.Aku yang jerit macam nak keluar anak tekak ni bukan nak peduli.
"Kau tau dorang macam manakan?Lek lu.Kalau dorang tak nak,aku ada.Setia untuk menghabiskan 3 plastik keropok kau ni",sengih Fakri macam kerang busuk.
Izz buat mata Garfield."Memang tak lah nak bagi kau semua.Habis dorang nak makan apa?Sos?",perli Izz kerana dia tahu Fakri tidak suka makan keropok bersama sos.
"Taklah.Sos tahan lagi.Habuk keropok ajelah..",balas Fakri selamba.Izz geleng kepala.Dia menoleh kembali ke arah Furqan dan Boom yang memang tiada ura-ura langsung nak datang menjamah keropoknya yang bertimbun atas permaidani bulat itu.
Fakri memandang Izz."Dorang sembang pasal Yuyu lah tu..""Menarik sangat ke Yuyu tu sampai aku pun tak dilayan?",soalan itu terpacul laju keluar dari bibir Izz tanpa disedarinya.
"Menarik lah kot..Well,sepupu akulah katakan?"Izz memandang Fakri.Pelik dengan kata-kata si kawan,
"Kau dah kenapa?Sepupu kejadahnya?",blurr.Fakri ketawa
."Taklah.Yuyukan sepupu aku?""Habis tu?Apa kaitan dengan dorang?",blurr lagi.
Fakri kemam bibir.dahi Izz ditunjal."Blurr!"
Izz mencebik sambil mengusap dahinya."Asal?"
"Cable lah..Senang nak korek pasal dia sebab aku sepupu dia.Ada faham?"Izz melongo.Ohh..Dia mengangguk.
"Zeq terkejut gila sawan kut bila Yuyu terima dia.Senang-senang aje dia terima Zeq.Macam tak tahu pulak yang Zeq ni kaki bet nombor satu MTA..Macam pelik pula aku rasa sebab dia bukan jenis yang suka bab-bab layan boy ni nak-nak lagi si Zeq tu haaa..",citer Fakri.
Izz buat muka tak hairan."Alaaa....biasalah tu kalau dah surat-menyurat taaruf 2 minggu.Move on untuk peringkat seterusnya pulak.Betul tak?"
Fakri terdiam.Dia mengerutkan dahi.Setahunya Yuyu memang bukan kaki layan boy.Tak kira MTA tak MTA..Semua itu asing.Memang bukan Yuyulah namanya kalau pandai melayan boy.Tapi sejak bila pulak Yuyu ni dah berubah?Sampai terima Zeq bagai.Memang only betting.Alaaa..Dia pun tahu Zeq nak bet dia aje..Geng dia mesti tau yang Zeq ni kaki bet lagi-lagi Sara tu.Kenapa?Apa yang membuatkan dia menerima Zeq??
"Woi,dahlah!Aku nak menyibuk jap kat dorang.Nak tau tip apa yang Zeq guna sampai Yuyu si krik-krik tu terima dia",pamitnya sambil menjilat-jilat jari kasarnya.Dia berdiri.Fakri turut berdiri mengikuti langkah Izz menghampiri geng mereka.
..............................................................................................................

"Kau amacam dengan dia?OK tak?New updates?",soal Adlin yang ketika itu sedang membelek-belek kitabnya diatas katil.Matanya tetap menala ke arah bab Taharah itu.Yuyu menggumam.
"Emm..oklah..bolehlah..Tapi aku tak sukalah kalau terus-terusan macam ni.Aku jujur aku tak boleh tipu diri aku.Aku tak suka dia.Aku tak boleh terus menipu untuk suka dia.Tolonglah...Boleh tak kalau aku stop aje benda ni?",tanya Yuyu stres.Berserabut otak kepala dengan rancangan bet yang tah-apa-apa ni.Macam budak kecik!,getusnya
.Kitab Fekah ditutup cepat.Ditolak ke hadapan.Dia menghela nafas panjang.Lebih kepada mengeluh.
"Asal pulak tak suka?Weh,dia tu full
pakej tau.Lengkap.Handsome,kaya,tinggi lampai,cerdik pandai,dan sangat tak boleh blahhh suara dia bapak giler sedap..suara romantis gitu...Aduuhhh...Tak sabar nak dengar dia azan asar sat gi...Oh,Furqan..",siap buat gaya gedik lagi budak Adlin ni.Walaupun dia sedia maklum bahawa Furqan itu boy yang bertopeng dua muka.
Yuyu buat muka bosan."Bila kau sign in masuk kelab pencinta Zeq kaki bet ni?Suara romantis apa macam tu?Suara buaya darat tak layak adalah..",bidasnya kesat.
Adlin terdiam.Dia memandang wajah Yuyu yang mulai tegang semacam.Kalau wajahnya itu tali gitar dah lama dia petik untuk buat lagu.
"Aku tak nak teruskan benda ni.OK?Aku malas.Aku benci dia.Couple memang couple.Tapi aku cukup tak suka bila orang suka jaga tepi kain aku padahal aku bukannya kenal sangat pun dengan boy tu.Tapi sebab bet ni,fikiran aku jadi terbeban..",suara Yuyu kedengaran mendatar.
Adlin diam tak berkutik.Dia tau itu salahnya dan Maisara yang menarik dia supaya terlibat dalam rancangan nak menjatuhkan Furqan.Tapi bila fikir balik,yang berdendam itu cuma Maisara.Tiada kaitan langsung dengan Yuyu.Dia mengambil kesempatan dalam kesempitan.Kesian Yuyu....
Kedatangan Maisara secara tiba-tiba sedikit melegakan hati Adlin.Dirinya diselubungi rasa bersalah yang amat.Maisara mengambil tempat di sebelah Adlin.
Dia memandang Yuyu dengan tersengih."Hi,Yuyu!Any latest version??",semangat Maisara bertanya.
Yuyu menyandar lemah di dinding dorm mereka."Kau tak payah tanyalah weh.Dia tak de mood tu.Daripada kau bagi dia lagi moody,baik kau ajar aku bab taharah ni haaa..pecahan bab-bab air ni.Huraian pasal mutannajis ni aku kurang faham sebab hari tu aku tak fokus",Adlin cuba mengalih topik sambil membuka helaian kitab bahagian taharah kepada Maisara.Maisara menggeleng sambil menarik kitab dari tangan Adlin.
"Tulah..borak lagi dengan adik angkat dia tu.Selamat ustaz tak nampak main balas-balas chat dalam buku..",semburnya selamba membuatkan Adlin tersengih-sengih.Maisara mengherot bibir ke atas.
Yuyu memandang gelagat sahabat-sahabatnya.Dia tersenyum kecil.Seketika,mengeluh.
"Aku nak clash dengan dia....",luahnya.Maisara yang tengah khusyuk memberi penerangan ala-ala Ustazah Pilihan dan Adlin yang sedang fokus diajar Maisara tersentak.
"Kenapa?",soal Maisara.Perlahan.Ada nada terkejut di situ.Yuyu menoleh ke arah Maisara.
"No feelinglah kat dia.."
"OKlah no feeling.Kiteorang bukan suruh pun kau ada feeling kat dia pun.Cuma nak main-mainkan hati dia je.Nak jatuhkan ego dia tu..",selar Maisara laju.
"Aku tak naklah main-mainkan hati dia.Aku tak suka.Jadi aku tak boleh.Aku kalau tak suka,memang giler-giler tak suka.Tak boleh masuk..",hujah Yuyu pula.
"Yelah kalau tak suka kaw-kaw punya.Habis,macam mana kalau tetiba kau suka dia kaw-kaw pulak satu hari nanti?",sampuk Adlin.Dia merenung dalam mata Yuyu yang hazel itu.Sape-sape yang usha mata Yuyu,confirm rasa nak cabut aje mata Yuyu itu dari soket mata sebab menyinar sangat lagi-lagi apabila terkena sinaran matahari.Mungkin sebab tu kot Furqan senang nak detect Yuyu walaupun kiteorang berpurdah.Ada laser hazel memancar di situ.
Yuyu menjongket bahu."Well,kalau aku fall for Furqan satu hari nanti pun...itu lumrah,right?Being in love is not crime",jawabnya tanpa nada.
"But you said you really hate him then you love him are really crime,you know?",tukas Maisara laju.
"If you steal his heart then you abandon just like rubbish,it's more cruel and more crime",celah Adlin serius.
Yuyu buat muka tak hairan."Ok kalau korang cakap macam tu..Aku akan layan dia macam boy aku.Tapi ingat,only coz bet.Tak lebih dari itu..
"Maisara tutup kitab.Adlin mulai mengemas duduk."yakin ke tak lebih dari bet?",soalan mengejek dari Maisara.
"We'll see,Sara.We're looking forward for that,Yuyu..Jatuh atau tak?",cabar Adlin.Maisara angkat kening."Satu pesanan dari kami.Jangan nak poyou sangat..",senyum senget.

Yuyu angkat bahu.Buat muka innocent.

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs