PERTARUHAN CINTA bab 1

ASSALAMUALAIKUM.KEPADA KAWAN2 YANG SUDAH MEMBACA PC DALAM BUKU sampai habis.Untuk informasi saya sudah mengubah jalan citer yang asal.Better baca dalam blog aje sebab kat sini are the new updates.Ada penambahan dan penolakan dari segi jalan citer.OK?Selamat membaca!:)


“OK!AKU SETUJU!"
Dia memberikan kata putus kepada rakan-rakannya yang berada disekelilingnya.Ada tiga pasang mata galak merenungnya dengan senyuman penuh makna.
Tak lama,tangan masing-masing berlaga.Mereka ketawa jahat.Bergema empat suara itu daam sebuah dorm.Walaupun dorm itu agak sederhana besarnya,namun boleh dikategorikan sebagai bising dengan suara-suara kelelakian mereka itu.
“Wait.Wait.”katanya membuatkan geng nakalnya semua mematikan ketawa.
“Kenapa?”,soal Izz,salah seorang daripada rakannya.
“Kenapa dia yang korang pilih?Aku lupa pulak.Ha-ha”,dia ketawa palsu.
Boom menunjal kepalanya kasar.”Nyanyuklah kau!Minah tu susah kot nak tackle dia.Sebab tu kiteorang choose dia.Nak uji sikit tahap keimanan girl tu tahap mana.Layan kau ke tak?Lagipun semua macam gilakan kau tapi tak pernah lagi kiteorang tengok dia tu syok kat kau.Ada erti?”
Dia mengangguk sambil mengusap-usap dagunya.
“Amacam?Ada berani?”,soal rakannya lagi sorang yang bernama Fakri.
Dia menggumam kecil.Seketika dia tersengih nakal sambil mengangkat keningnya.”Fullstop.I’ll take the challenge.”
“Ok.Esok…jalan!”
“Beres!”

“PERGHHH..DAH KENAPA pulak tu macam burung bertenggek atas  koridor tu?Sakit pulak aku tengok.Eh…Dorang tengah pandang sinilah…”,bagitahu Adlin kepada rakan baiknya yang sedang khusyuk mendengar tazkirah ringkas professor di hadapan.
“Yuyu…”,panggil Adlin perlahan.Lengan Yuyu disiku.Tak de respon.Alahai la Yuyu ni.Sekali dah tatap muka atuk kesayangan dia tu,memang wassalam ajelah nak pandang aku kat sebelah ni.Nak jeling pon haram!,omelnya dalam hati.
Adlin kembali melihat ke atas sana dengan penuh cover.Takut kantoi dekat professor yang sedang khusyuk memberi penerangan pasal bab tajwid.Pelajar putera itu masih lagi berada di situ.Jujur bebenor tengah usha kawan sebelah.Mata Adlin makin sakit.Paha Yuyu dicubit kecil.
Yuyu pantas menoleh ke arah Adlin.”Apehal?”
“Tu….Kat koridor tu tengah panggil kau bagai”,bagitau Adlin bosan.Dia memandang kawan di sebelah kirinya pula.Tengah syok berzikir tidur.Ini kalau aku tolak kepala dia ke depan ni,maunya tercium lantai surau yang hapak dengan karpet yang tak pernah basuh sejak dipasang.
“Weh,Sara!”,pinggang si kawan terus dicucuk.Spontan Maisara yang tengah berzikir itu terduduk tegak.
“Asal?”,Tanya Maisara kepada Adlin.
“Sape pelajar putera tu?”,soal Yuyu malas.
“Furqanlah..Sape lagi.”kata Adlin
Maisara terkejut.”Weh,jangan cakap kau tak kenal dia..Budak paling hot kot dalam maahad ni!Mustahil kau tak kenal.”,tetiba Maisara yang mamai tadi menyampuk.Adlin menoleh ke arahnya.Dah segar dah budak ni rupanya.
Yuyu buat muka bosan.”Asal dia asyik tengok sini?”
“Dia usha kau lah tu..”,balas Adlin lalu menjeling kea rah koridor.
“Buat new stock.”
“New stock?Ingat aku ni barang ke?”
“Hahaha..Dia nak pancing kau kot..”,tebak Maisara.
“Hmmm….ada agenda tersendiri mamat tu.Better beware.”,tambah Adlin.
“Memang pun.Dia dah mulalah tu buat operasi baru dia.Tak sememeh betul mamat Furqan tu.Ramai dah yang menjadi mangsanya.Aku rasa dia nak jadikan kau aimer seterusnya kot."tebak Maisara lagi.
"He's damn betting guy you know?",bagitau Adlin.
"Habislah kau,Yuyu...Dia target kau sekarang ni..",Maisara cuba menakutkan Yuyu.Tapi respon Yuyu hanyalah angkat bahu.
"Kisah pulak..",gumam Yuyu.Dia mulai menulis kembali.Fokus terhadap Ustaz Farez yang sedang mengajar.
Maisara dan Adlin saling berpandangan.Mereka masing-masing mengecilkan mata.
"Apa kata...",Adlin mulai bersuara.
Maisara tersengih lebar."Hebat kau eh boleh baca apa dalam fikiran aku..Baru nak cadang macam tu.."
Adlin tersenyum."Jom rangka!"

"WOW,CONGRATES!!Dia dah macam terkena pancingan kau aje",tebak Boom,geng sekepalanya
Izz pandang slek kearah Boom."Pejadah terpikat hamya sebab nampak si Zeq ni usha-usha dia?Senget gile dia.Nampak sangat gatal tergedik-gedik dekat pelajar putera", Bebelnya.
Furqan cuma tersenyum sinis mendengar rakannya soksek.Heh! Setakat minah macam dia tu kacang je nak dapat.
"Tapi kau jangan pandang Yuyu sebelah mata.weh!Girl tu bukan cikai-cikai punya orang.Kau hot macam mana pun belum tentu dia tersangkut dengan kau",selar Boom.
"Tapikan aku tengok macam dia jeling-jeling kau je dari tadi,lagipun mata dia tu tenung kau macam kau ada buat salah pulak tu.Maknanya dia tak suka kau la tu kan?",soal Fakri sambil menggaru telinganya.
"Haah pulak kan betul tu...",respon Boom.Iz buat muka jengkel memandang Boom.Tau pun!
Beberapa saat mereka bertiga diam.
"Haa...apa kata kau bagi dia surat pulak? Cakap kau nak brkenalan dengan dia and korang couple.Amacam?Sampai satu bulan je tempoh dia",Cadang Boom semangat mematikan lamunan pendeknya.
Izz dan Fakri memandang furqan untuk menuntut jawapan daripada tuan punya badan yang di bet.
"Hmm.....",Furqan mengurut pelipisnya lalu memandang Boom.Tak lama, dia tersengih jahat.
"Ok!Aku jalan!",putusnya laju.Keemapat-empat tangan itu berlaga lagi.Ketawa jahat mereka pecah di koridor bangunan A asrama Putera MTA itu.

KEPALA SALING DIJAUHKAN.Dia merenung Adlin penuh mendalam.Hati dan fikirannya sudah menimbang jawapan untuk rancangan 'marvelous'rakan-rakannya itu.Wajarkah baginya bersetuju dengannya?
"Amacam?Setuju tak?Aku confirm kau setuju punya..",Adlin meneka dalam keadaan acuh tak acuh.
Yuyu buat muka beruk tak ada perasaan."Ok,boleh je",jawabnya perlahan membuatkan Adlin memberitahu Maisara mengenai respon kawan baiknya itu.
Mereka bersama-sama bertempik kegirangan.
"Yeahhh!!Habislah kau,Zeq",kata Maisara perlahan.

"LAAAA...KAU MEMANG dendam dengan dia eh?Alala..Kesian kau..",Adlin meluahkan rasa simpatinya terhadap rakannya yang sedang enak menghirup susu Dutchlady strawberi ditangan berhadapan dengannya.Maisara meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Furqan kepada Adlin dalam dorm mereka yang bernama Maria Al-Qibtiyah itu.
"Yelah.Dia tu jebon gila kau tau?Boleh pulak dia ajak aku lumba basikal dengan dia padahal tayar aku pancit kot time tu.Rupanya dapat tau dia yang pergi pancitkan tiub basikal aku.Memang jebon betul dia tu.Tak boleh tengok aku menang walau sekali.Dengki alam punya mamat",luah Maisara benci.Adlin ketawa kecil.Macam tu rupanya.
"Tapi...Furqan tu kan ramai couple?Aku dengar dekat budak-budak besar haritu.Jadi kenapa Yuyu pulak yang menjadi mangsa dalam kes dia?",soal Adlin penuh dengan tanda tanya di kepala.
Maisara dengan damainya menjawab,"Tak.Zeq tu tak minat pun dekat perempuan sebenarnya.Tapi bukanlah dia tu gay ke apa.Dia cuma tak ada deep feeling kat perempuan.Tu aje.Yang aku kenal dia macam tulah.Tapi tak taulah pulakkan kalau perangai dia tu dah berubah.Tapi..setahu aku dia couple pun sebab pelajar puteri yang nak kat dia.Macam handsome sangat je jebon tu.Tapi bila budak nak putus dengan dia,dia ok je.Istilahnya sekarang,main pakai buang aje.Suka,dia amek.Tak suka,budak clash dia no hal.Pelikkan?Tapi tulah dia perangai si jebon kaki bet tu.Tapi aku macam boleh kata sure punya dia akan fall in love jugak dekat Yuyu tu sebab Yuyu kan stock minah hati akik.Akik bertemu batu tak mustahil lama-lama rapat,kan?",ulas Maisara panjang lebar lalu menyedut susu strawberi sampai habis.
Adlin mengangguk mengiyakan hujah Maisara."Aku pun rasa macam tu jugak.Memang possiblelah benda tu sebab Yuyu ni pun jenis tak suka layan lelaki,comel,warak,pandai,on the way nak khatam.Akhlak pun cun aje.Confirm Furqan melekat dengan dia",Adlin menambah perisa dan perasa tambahan dalam perbincangan dalam tingkap mereka.Giliran Maisara pula yang terangguk-angguk.
"Aku sukalah kawan dengan Yuyu tu..",luah Maisara ikhlas.Adlin tersenyum.Samalah..
Tiba-tiba,muncul Yuyu dimuka pintu dorm Maria Al-Qibtiyah.Dia mendekati dua orang sahabatnya yang sedang duduk di satu katil iaitu milik Adlin Zalikha.
Yuyu duduk di katil bertentangan dengan sahabat-sahabatnya.
"Guess what?"
Adlin dan Maisara mengangkat kening."What?"
"Aku dapat....jengjengjeng...",Yuyu menarik keluar sesuatu dari poket jubahnya lalu surat berwarna pink itu dilayang-layangkan depan mata Adlin dan Maisara.
Maisara membulatkan mata manakala Adlin sudah terlebih awal menganga.
"Seriously?Ohhh man...",kata mereka serentak.
Yuyu mengangguk kecil.
"Dapat surat dari Furqan?",soal Adlin kuat.Tak semena-menanya pahanya jadi mangsa pukulan Maisara.
"Slow sikitlah kau ni..Kang kantoi pulak..",marah Maisara sambil menjegilkan matanya ke arah Adlin.Adlin tersengih.
"Sorry..Terlebih excited."
Yuyu tersenyum melihat telatah sahabat-sahabatnya.
"Korang nak baca tak?",soal Yuyu mematikan perbalahan si kawan.
"Eh,mestilah nak!",mereka terus berebut-rebut nak membaca surat itu namun yang dapat adalah Maisara.
"Kau dah baca belum?",soal Maisara sambil membuka sampul surat tersebut.Yuyu menggeleng.
"Tak pe ke kiteorang baca dulu?",soal Adlin pula.
"Kalau nak baca dulu,baca jelah.Aku tak kisah pun",ucap Yuyu tanpa nada.Maisara memandang Yuyu.Haiilaa..Kalau aku jadi Yuyu memang haram nak bagi orang lain baca dulu lagi-lagi yang bagi tu orang yang macam si jebon kaki bet tu.Tahapaapa lah yang dia coret dalam surat chenta ni..
Maisara dan Adlin pun membacalah dengan penuh konsentrat.Kedengaran suara Adlin memuji tulisan empunya tuan badan yang cantik daripada tulisan sendiri.Sesekali mereka tersengih.Kejap dahi berkerut,kejap buat muka blurr.Hampir nak bantai gelak pun ada dengan kata-kata jiwang dari mat jebon itu.
"Not bad mengayat..",komen Maisara.
"Dia nak berkenalan pulak..Habislah kau Yuyu..Memang dia nak pancing kau masuk dalam umpan dia sekarang ni.",kata Adlin pula.
"Apa susah?Pancing baliklah bro..",kata Maisara.
Yuyu mendengus kecil.Dia memandang ke arah Adlin dan Maisara.
"Aku droplah benda ni..Malaslah...",luah Yuyu bosan.
"Laaaa...asal pulak?",soal Maisara agak terkilan.Rancangan nak kenakan Furqan akan terbengkalai nampaknya.
"Bukan apa..Aku tak retilah nak layan lelaki bagai nak-nak lagi pelajar putera MTA ni..Lagilah aku fail bab-bab ni..",keluhnya.Surat taaruf yang berada dipegangan Maisara ditarik lembut lalu dilipat kemas.
Adlin mendiamkan diri.Fail?Aku pun fail.Aku pun tak pernah lagi bercintan-cintun sebelum ni.Dia memandang Maisara.Maisara ajelah kut harapan terakhir untuk menjayakan rancangan ni..
Maisara terdiam sejenak.Mata berwarna coklat pekat itu merenung ke atas.Tak lama,ada mentol berkelip-kelip menyala memberikan dia idea.Dia mengukir senyum lebar.
"Haaaa..Aku tau!"

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs