Pages

CERPEN 2014:HANYA UNTUKMU

"Bak sini teddy kite tu!" tegas si kecil meminta sambil tangan menggagau-gagau cuba mendapatkan kembali teddy Ben10nya daripada musuh a.k.a jirannya yang bernama Azra Afiyani.Budak perempuan itu beserta gengnya memang tak sah kalau terserempak dengannya tak mengganggu hidupnya.Tak miss dalam sehari ada saje agenda tiga orang budak kecik itu mengacaunya.
Azra dan rakan-rakannya mengekek ketawa.
"Mana boleh!Benda comel macam ni tak sesuai untuk awak.Awak ni dahlah gendut,hodoh pulak tu!"tempelak Azra sesedap mulutnye saja sambil menjelirkan lidahnya.Dia menyorokkan teddy Ben10 itu di belakang tubuhnya.
Mulut Zu Izzuddin tercebik-cebik menahan nangis sedari dirinya dikutuk selamba oleh budak perempuan itu.Jirannya itu tak habis-habis membuat dunianya menjadi haru-biru.Diejek,dimaki hamun,dikutuk seperti sudah menjadi rutin harian Azra kepadanya.
"Haah.Dah tu pendek macam pokok bonzai rumah jiran sebelah kite pulak tu!"tambah pula Mia Maisara.
Spontan Izzu meraung apabila dirirnya yang lemah itu dikutuk oleh buah hati sendiri.Sangkanya Mia hanya akan diam membisu saja melihatnya dibuli.Tengok-tengok dengan dia-dia sekali menembak Izzu dengan kata-kata machine gunnya.Sedih hati Izzu.
"Uwaaaaaaaaa.!!!Korang jahat!!"raungnya kuat sambil berlari masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat yang berhadapan dengan taman permainan.Sempat Azra,Mia,Araini mendengar Izzu menyeru-nyeru nama ibunya semesa pergi dari mereka.
"Cis,dasar anak mamalah dia tu!Gedik betul!"tembak Azra.Araini dan Mia terangguk-angguk mengiakan kata-kata Azra.
Teddy yang disorokkan ditayang ke muka Araini dan Mia.
"Korang nak tak?Ameklah.Aku tak minat benda macam ni."dia menyerahkan kepada rakan-rakannya.
Mia menarik dulu."Nak!Nak!"
"Hee..kitelah!Kite nak!"tukas Araini lalu ingin merebut teddy itu dari tangan Mia.Mia menariknya semula.
"No!Kite punya!"
Azra menggeleng-gelengkan kepala melihat mereka bergaduh lalu dia terus balik ke rumahnya yang tak jauh dari taman permainan itu.Rumah Izzu berdepan dengan taman.Senang saja budak itu nak mengadu apa-apa dekat mamanya tapi dia takkan berbuat demikian kerana dia tau Izzu adalah budak yang lemah dan pengecut serta cengeng macam baby!Sungguh dia menyampah tapi seronok untuk membuli budak lelaki itu.
......................

Sudah agak lama dia berada di Pullman Lake Side yang padat dengan manusia yang ada di situ.Setengah jam yang berlalu dia membawa diri  ke sana untuk menenangkan jiwanya yang terlebih sakit macam nak mati selepas putus cinta.
"Sorry Azra!I want to breakup !"
Kata-kata boyfriendnya kembali terngiang-ngiang di kotak mindanya.Sukar untuk dia menerima kenyataan bahawa boyfriendnya itu sudah bertukar rasa terhadapnya.Bila ditnya kenapa,lelaki itu menyatakan dia sudah jumpa gadis yang lagi cun dan baik daripadanya.
Perit hatinya ingin membenarkan statusnya kini.Single.Hidupnya terasa sepi tanpa seorang lelaki di sisi.Sudahnya dia hanya anak tunggal dalam keluarganya.Ibubapanya pula selalu ke luar negara asbab kerja.Kerja yang berlambak itu ditumpukan sepenuh perhatian menyebabkan dia anak yang seorang pun ibubapanya tak dapat nak beri kasih sayang.
Azra menangis semahu-mahunya di tepi tasik itu.Sungguh malang nasib yang menimpa dirinya hari itu.
"Oi!Oi!Cuba kau tengok..pompuan kat sana tu..tengah nangislah!"arah rakannya sambil memuncungkan bibir menunjuk ke arah depan yang agak jauh dari mereka.
Izzu yang sudah membebel dalam hati terpaksa menurut kata Attar.Ketika itu,dia sedang ingin meneguk Sprite botol kecik yang sejuk yang baru dibeli oleh Azam,rakannya sebentar tadi.
Dia memandang lemah gadis yang dimaksudkan Attar.Dia mengamatinya dan spontan dengan itu dia tersedak kuat.Azra?!!!Bergema nama itu diruang kotak mindanya.Izzu terbatuk-batuk.Dada terasa sempit kerana tersedak dengan kuat.Azam dan Attar yang khusyuk meninjau-ninjau gadis di hadapan mereka berpaling melihat Izzu yang terbatuk macam orang sakit.
Azam memukul-mukul perlahan belakang Izzu.Dia dan Attar saling berpandangan antara satu sama lain.
"Kau pahal bro?Terbatuk-batuk macam ayam tercekik aku tengok?"Soal Azam pelik.Izzu menggeleng perlahan.
"Tetiba nampak pompuan tu terus tersedak sampai macam ni?Apekes?Comel sangat ke kau tengok?"perli Attar.
Izzu mencebik.Comel sangat sampai aku rasa aku dah nampak hantu bukan lagi manusia!Azra tu hantu bertopengkan manusia!Hantu yang suka kacau aku.Jap!Takkan nak bagitau dorang pulak yang aku kenal si hantu tu?Tak pasal-pasal mintak nombor dia pulak!Nombor dia tu berpuaka.Takut aku nak save dalam phone aku.Kang tak pasal-pasal jammed pulak sistem Samsung Galaxy s4 aku ni sebab perangai hantu dia tu kacau sistem phone aku.Hee..Tak nak aku.Seram kot!
"Ha..comel?Comel lagi bontot ayam yang mak aku bela kat kampung daripada dia!"tempelak Izzu sambil menjuihkan bibir.
Azam dan Attar tergelak mendengar kata-kata Izzu.
"Jom tengok wayang!"ajak Azam.
Izzu tersenyum lalu membetulkan duduk di atas motor Ducatunya.
"Tengok apa weh?Aku on je"
"Mission Impossible2!"balas Azam agak kuat.
Attar segera melompat naik ke motor EX5nya."Okeh!Citer tu tengah meletop sekarang.jom ah!"ulasnya.Dia membiarkan Izzu dan Azam terbang dahulu manakala dia menoleh ke belakang sebentar.Melihat keadaan gadis yang tengah menyeka air matanya itu.
Dia tetiba tersentuh melihat keadaan si gadis comel itu.Kenapa dengan dia?Patah hati ke?
.................................

Dia terkocoh-kocoh keluar dari kereta menuju je arah bangunan Karyaseni.Fail coklat yang mengandungi manuskrip dipeluk kemas.Takut jatuh naya tak pasal-pasal.Terus dia mengucap Alhamdulillah dalam hati.Dia menolak pintu kaca pejabat itu namun tetiba dia terasa ada tangan yang bertepek di atas tangannya yang turut menolak pintu itu.
Masing-masing mengangkat muka.
Azra sudah membuat mulut terherot dengan mata disepetkan manakala lelaki itu ternganga tak percaya.Pompuan yang nangis tempoh hari kat Pullman Lake Side tu!Dia ada kat sini??
Azra pandang jengkel pemuda yang agak kacak itu.Pehallah mamat ni?Tenung aku macam tak pernah nampak pompuan.Taulah aku comel tapi takyahlah pandang-pandang sampai bijik mata pun nak terkeluar,omel Azra geram.
Seketika,Attar mengukir senyuman manis buat si gadis yang dalam lingkungan 24 tahun itu.Matanya jatuh memandang ke arah fail coklat yang dipegangnya.
"Buat apa kat sini?Nak hantar karya ke?"soalnya ramah apabila melihat Azra yang macam cacing kepanasan.Mungkin sebab sudah kesuntukan masa nak hantar manuskrip.
Azra mengangguk."Ye.awak jugak ke?"soalnya agak malas namun senyuman manis pemuda itu dibalasnya juga dengan senyuman plastik.Nanti apa pulak kata lelaki tu.Harap muke je lawa tapi kedekut senyuman.Jadi ade baiknya dia senyum segaris walaupun tak ikhlas.
................................

"Kak,nak baca..."rengeknya.
"Tak boleh lagilah.Kiteorang tak publish lagi."bantah Qisyara apabila melihat adiknya beria-ria untuk membaca manuskrip yang diberikan oleh seorang gadis sebentar tadi.
Attar mencebik geram.Tadi selepas gadis itu pergi,berabis dia merayu nak membaca penulisannya yang ada pada Qisyara tapi tak dilayan.
"Alaaa..belek-belek jelah weh.Bukannya aku baca satu fail pun.Gila ah!Aku bukannya minat pun baca-baca novel ni.Bolelah.."rayunya setengah hati.
"Jadi kalau macam tu tak payahlah baca.Habis citer!"tukas Qisyara geram.Kalau adiknya ada di depan mata memang harapanlah dia nak memeriksa manuskrip gadis itu.
"Kedekutlah.Nak tengok jer.Nak tau sinopsis dia.."tembak Attar tak puas hati.
Qisyara terus membelek-belek karya gadis tadi.Attar di sebelah tak dilayan.Dia terleka buat seketika dan tanpa disedari phone berbunyi menandakan ada SMS masuk.
Attar dengan selambanya terus membuka mesej itu.
--inform saya tau kalau ada yang saya perlu perbaiki.--
Azra.
Dia menjongket kening.Pompuan tadi ke?
Perlahan-lahan bibir mengoyak senyum sampai ke telinga.Cepat saja nombor Azra dicilok dari phone kakaknya.
Qisyara yang baru perasan Attar mengambil phonenya di atas meja terus merampas kembali phonenya dari tangan Attar.Attar tersengih-sengih macam orang tak betul dihadapannya.
"Pehal kau senyum-senyum macam kucing gatal ni huh?"soal Qisyara pelik.
Attar menggelengkan kepala.
"Tak de apa-apa.."Qisyara menggelengkan kepala melihat perangai Attar itu.Malas nak amek pusing pasal adiknya,dia pun teruskan membaca manuskrip Azra.
Attar tersenyum gembira dalam hati.Yes,i've got her number!!
.......................................................

Sudah berminggu-minggu nombor Azra berada dalam handphone Nokia Lumia970 kesayangannya namun sekalipun tidak pernah dia memberi SMS atau call gadis bertubuh slim itu.
Setelah termenung memandang skrin handphone yang gelap,akhirnya dia memberi kata putus.
Ditekan butang hijau untuk menelefon Azra.
Setelah menunggu panggilan berjawab,akhirnya kedengaran suara seseorang dihujung talian.
"Assalamualaikum.Sape ni?"
"Wa'alaikumsalam.Ingat tak sape saya?"bibir Attar mula memekarkan senyuman.
"Sape?"
"Alaaa..kita pernah jumpe kat pejabat karyaseni hari tu.."
Lama orang ditalian membisu.Tak lama,kedengaran suaranya semula.
"Ohhh...awak!Dari mana dapat nombor saya ni?"
Attar tersengih tanpa dilihat Azra.
"Adalah.Kalau awak terima saya sebagai kawan awak,barulah saya bagitau awak dari mana saya dapat nombor awak ni."provok Attar membuatkan Azra mendengus lemah.
"Aduhh...saya tak kenal awaklah!"keluh orang di talian.
"Tak pelah!Jom kita berkenalan!"semangat Attar mengajak.
"Haa?Untuk apa?"
"Saja.Nak tambah friend."bibir Attar terus=terusan mengulum senyuman lebar.Naklah..naklah..
"Hmm...apa-apa awak jelah.."
"Ok!Terima kasih awak!Nama saya Attar.Awak Azra,kan?"soalnya cepat dengan sengihan.
"Haa?Dari mana tau?"
"Adalah..."
...................................

"Ummi,kenapa perlu dalam bulan ni?Azra tak sedia lagilah.Banyak kerja yang Azra perlu buat.."protes Azra lembut yang ketika itu sedang bersantai dengan keluarganya di pondok kecil di halaman rumah.Sudah sebulan dia balik kampung keluarga angkatnya.Manuskrip yang berlambak-lambak nak dihantar ditangguhkannya.
Dia memandang ayahnya sambil buat muka kesian.Encik Harun kelihatan tenang saja.Dia meniup-niup lembut teh o yang dibuat oleh anak bongsunya,Asma.
"Alaaa..kawen jelah,Ra.Nanti kau dah kawen,tak kerja pun tak pe.Biar suami kau yang tanggung sume.."sampuk abangnya,Ridhuan.Dia tersengih mengusik.
Azra mencebik.Dijeling geram abang angkatnya itu.
"Hari tu..Azra putus cintakan?"soal umminya.Dia menatap dalam anak mata Azra.
Azra menggaru pelipisnya yang tak gatal.Macam mana ummi tau pulak ni?
Spontan wajah ex-boyfriendnya memenuhi segenap ruang fikirannya.Dia mencebik.Rasa sakit hati kembali menjalar seluruh jantungnya.
"Tu lama dah..Dah enam bulan benda tu berlalu.Tak payahlah ummi ungkit balik.Azra menyampah dengan mamat tu"dengus Azra seakan nak marah.
"Tulah ayah ngan ummi carikan calon untuk Azra.Takut nanti Azra tak kawen-kawen sebab fobia dengan cinta je.Jadi,jalan penyelesaiannya Azra kawenlah jelah.."celah ayahnya pula.
Azra membisu seketika.Terkelu buat sebentar.
"Alaaa..ayah,akak tak fobialah.Dia ada teman special kat FB tu.Dorang selalu chating sampai lewat malam."sampuk Asma dengan sengihan sambil mengerling ke arah Azra.
Azra menoleh memandang adiknya.Dicerlungkan matanya ke arah Asma yang menayangkan wajah tak bersalah.
Dia mendengus geram.ISh,budak sekor ni!Apahal kau kantoikan pulak?Adess..
"Haa?Kontek melalui FB?Nape tak pakai wechat je?Kan laju"perli Ridhuan lalu tergelak kecil.
Azra menjuihkan bibir."Jaranglah.Bukan selalu."
"Ala tapi kalau dapat berchating sekali,bukan sejam dua jam tapi sampai berjam-jam.Kalau boleh sampai bila-bila pun tak nak lepaskan laptop kan??"perli Asma dengan sengihan tak bersalahnya.
Azra menggigit bibir.Dijeling geram Asma yang membuat muka polos di hadapannya.
"Ala..akak dah besarlah.Buat apa Asma nak sibuk-sibuk pulak?Apa masalah adik?Suka hati akaklah!"nadanya mulai meninggi.
"Dah.Dah.Jangan gaduh.Masalahnya sekarang Azra nak atau tak nak,ayah ngan ummi akan tetap kawenkan Azra dengan lelaki tu."suara ayahnya mula kedengaran garang pada telinga Azra.Lemah semangat Azra dibuatnya.
Dia mendengus lemah.Aku melawan punn tak de gune."Siapa lelaki tu,ayah ummi?"soalnya sambil memandang lesu wajah kedua-dua orang tuanya itu.
.........................................

"Oh,dah dipilihkan calon untuk awak?Sape lelaki tu?"suara si pemanggil sudah lemau semacam.Tak de semangat untuk meneruskan perbualan lagi.
Azra mula rasa bersalah."Err..kawan anak ummi saya.."balasnya.Dia tak tahu nak cakap apa lagi dah.Dia pun sama-sama lesu jugak.
"Ohh..bila kawen dengan dia?"
"Dalam bulan ni jugak"nak tak nak aje jawapan itu keluar dari peti suaranya.
"Hah?!Bulan ni??"sedikit terjerit suara Attar mengulangi ayat keramat itu.
"Haah..Hari Jumaat..Satu minggu dari sekarang."beritahunya secara detail.
Attar mendengus lemah."Ohh..macam tu..Jangan lupa bagi kad kawen kat saya ehh."terasa macam nak tercekik apabila menuturkan kata-kata sebegitu.
"InsyaAllah.."
..................................

Ikutkan rasa hatinya,nak saja dibantah keras-keras arahan umminya yang satu itu tetapi apabila memikirkan pasal majlis perkahwinannya,dia terpaksa akur.
Handphone Azra melolong-lolong minta diangkat.Segera dijawab panggilan itu.
"Dah sampai dah?"
"Dah..tapi awak kat tingkat berapa?Bahagian mana?"
"Saya kat tingkat dua.Bahagian pengantin.Awak cari je.Jumpa jugak tu."ujar bakal suami Azra sebelum mematikan telefon.
Azra mendongak memandang signboard.Jakel.Dia mendengus lemah lalu perlahan-lahan mendekati pintu masuk butik berwarna pink itu.
Cari punya cari,tak jugak jumpa-jumpa.Azra hampir berputus asa.Mana pulak lelaki tu?Main hide and seek ke dengan aku?Hisy,tak de keje!
Manakala,Izzu membelek-belek baju pengantin lelaki yang ada di depan mata.Sempat jugak hatinya tertanya-tanya,di manakah perempuan itu?Tadi kata dah sampai.Ni dah sepuluh minit aku tunggu tak muncul-muncul pun batang hidung dia.Sesat ke?Haiihh...macamlah Jakel ni gedabak sangat,omelnya dalam hati.Handphone ditarik keluar dari seluar.Dia segera menelefon bakal isterinya.Sambil berjalan-jalan,menjenguk-jenguk kehadiran gadis itu.
"Awak kat mana ni?"
"Saya tak jumpa awaklah.Awak kat mana?"balas Azra sambil melilau-likaukan matanya memandang sekeliling.Tetiba,Izzu terlanggar seseorang yang juga kebetulan sedang bercakap dalam talian.
"Sorry.sorry.so.."tak habis nak men'sunat'kan ucapan maaf Izzu sudah tergamam.
Begitu jugak dengan makhluk yang dilanggarnya.
"Ha??Izzu?"
"Azra??"
Serentak.Jari telunjuk masing-masing di hala ke arah bertentangan.
"Kau cari aku ke?"soal Azra terkejut.
"Kau ke yang aku cari?"soal pula Izzu.
Masing-masing terkelu tak percaya.Azra rasa nak pengsan manakala Izzu rasa nak mati tikus kat situ jugak.
"Haaa..Gila ar!Aku tak caya!Aku tak caya!Aku nak call mama jugak sekarang ni..Aku tak sanggup!"luahnya terkilan lalu mengcall nombor mamanya.
Satu,dua,tiga saat barulah kedengaran suara wanita dicorong talian.
"Ye Izzu sayang..Ade apa call mama ni?"
"Mama.!Sape yang bakal kawen ngan Izzu nanti?Sape nama minah tu?"serbu Izzu tak menyempat-nyempat untuk memberi salam dek kerana terlalu menginginkan kepastian.
"Laa..kan mama dah bagitau hari tu..Anak jiran kita dulu.Azra yang tembam-tembam tu.."ceria suara mamanya memberi respon.
Izzu ternganga seluas-luas yang boleh.What the hell!!Ah,sudah!Aku bakal kawen dengan musuh akulah ni jawabnya!
Tak tenang Izzu menghadapi kenyataan yang ada depan mata.Wajah Azra ditenung tak sudah-sudah.Kenapa mama boleh pilih Azra pulak ni?Takkan mama tak tau yang aku musuh sangat-sangat dengan minah ni?Kenapa mama tak bagitau pun sebelum ni?Macam mana pulak dengan aku?Nak teruskan ke atau tidak ni?Pelbagai soalan menembak-nembak masuk akal fikiran Izzu yang sememangnya anti kawen awal itu.Pening kepala dia dibuatnya.
Azra yang masih ternganga dihadapannya tidak diendahkan.Yang penting sekarang dia nak kawen ke atau tidak?Dahlah dengan musuh sendiri pulak tu.Haaiiihh....sapelah yang nak?
.........................................

Walaupun tidak mahu tetapi oleh kerana ingin menjaga air muka keluarga masing-masing,dua-dua pihak terpaksa untuk merelakan perkahwinan diteruskan.Hati masing-masing sembab dek kerana dijodohkan.Yang paling tak rela dan benci adlah Zu Izzuddin kerana Azra itu musuh ketatnya sejak kecil.Suka membulinya.Mentang-mentang ketika itu dia lemah dan bersikap bapok,selamba babun Azra saja untuk membulinya.
Izzu memandang sekilas baju melayu cekak musang berwarna putih kekelabuan yang tersangkut cantik di luar almari besarnya.Cantik pilihan Azra tapi..hati aku dah ugly sebab tak de semangat.Fikir dia tu bakal jadi bini aku.Hee..Tak pasal-pasal kena buli lagi aku yang besar ni!Ish,jangan harap dia boleh buli aku lagi!Aku dah besar,matang!
Tetiba,lampu akalnya berkelip-kelip terang.Izzu tersentak.Tak seminit,dia menarik senyuman penuh tersirat.Baik aku kawen dengan dia.Dengan cara tu,boleh aku balas balik jasa 'baik dan terbaik' dia masa kecik dulu.Hahaha!Idea yang sangat bernas ye Izzu.Bagus.Bagus.
..............................................
*to be continue*

No comments:

Post a Comment

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan b...

Hot Stuffs