SEMEMANGNYA UNTUKKU ~19~



Masuk je dalam bilik,tiba-tiba telefonku berbunyi.Segera memandang ke skrin telefon bimbitku.Eh,Ethan?

"Hello,assalamualaikum",sapanya mesra.Aku tersenyum.

"Wa'alaikumsalam.Why do you call me this night?",soalku lalu medekati meja kaca dan membuka notebookku.

"Hurm,nothing.How are you,Qiya?"

"Me?I'm fine.How about you?"

"I'm fine too.Hmm"

"What?"

"Are you free tomorrow?"

Aku tersentak dengan soalannya.Eh,takkan nak bawak aku jalan-jalan lagi mat salleh nih?Takkan dia tak puas lagi nak ceciter dengan akue hari tuh?

"Hmm..no.I'll be busy as bee tomorrow",kataku sambil membuka Google Chrome.Tanpa disedari,ada seseorang yang sedang menyandarkan tubuhnya di sisi pintu sambil mendengar perbualan Qiya dengan Ethan.Ilil menghampiri Qiya perlahan-lahan.

"Yeah,Ethan.But,why do---",baru saja nak tanya dia kenapa dia soal cam tuh,tiba-tiba telefonku ditarik seseorang.Ilil mendengus kasar sekaligus melekapkan telefonku ke telinganya.Aku membulatkan mata.Hey,apa kes dengan dia nih tarik phone aku haa?

"Sorry,Ethan!She's busy with me now.Don't disturb us!",katanya lalu mematikan talian.Dengan selamba beruk,dia melempar telefon bimbitku ke katil.Aku mengetap bibir sambil memandangnya tajam.

"Kau...",gumamku geram.Ilil sudah membalas pandanganku dengan tenungan tajamnya tepat ke mataku.

"Kenapa dengan aku ha?!",soalnya dingin sambil mendekatkan tubuhnya dengan aku.Aku mulai cuak plus takut.Maakk!Apa dia nak buat nih?

"Kau..kau",aku tak dapat berkata-kata.Aku menapak perlahan-lahan ke belakang.Ilil pula semakin mendekat dengan aku.

"Kenapa dengan aku?"

"Badan kau terlalu dekat dengan aku.To-tolong jauh sikit",pintaku tergagap-gagap.Aku kata cam nih,dia tambah kasi dekat pulak wajah dia dengan wajahku.

"kalau aku kata aku tak nak?"

"Heee..jauhlah sikit.Aku tak selesa nih",kataku gelabah dan perlahan.Tiba-tiba aku rasa tubuhku yang kecil nih dah melekat di pintu.Ilil menyentap kedua-dua belah tanganku.Aku tersentak.Segera aku beristighfar dalam hati dengan perasaan yang takut.Tak apa,tak apa.Dia suami kau jugak,Qiya.Heee..tapi aku takut dia buat aku cam nih!

"Kau nak buat apa nih?",soalku cuak sambil mataku tidak lepas memandang matanya melihat wajahku.

"Aku nak hak aku sebagai suami kau!",katanya lalu dengan selambanya melekatkan bibirnya dengan bibirku.Aku membeliakkan mata.

Aku sedaya upaya menolak tubuhnya namun sia-sia saja.

10 minit berlalu barulah dia berhenti.Aku dapat merasakan tubuhku dah freezing satu badan.Tak boleh nak gerak.Dia memandangku yang muka yang sudah macam cili boom nih sebab malu plus marah dengan dia!Aku cuba menahan rasa getar di hati dengan pandangannya.

Parrkkk!!

Ilil menyentuh pipinya yang jadi mangsa Qiya.Dia memandang Qiya dengan tajam sekali.

"Kenapa abang buat cam nih kat Qiya?",soalku menahan nada marah di hati.

"Suka hati akulah!"

"Tapi,jangan buat Qiya cam nih!Qiya lagi suka kalau abang minta dengan cara baik,bukan cam nih."Kataku geram plus takut.Betul kah aku tampar dia nih??Habislah aku,habislah aku!Mesti dia tambah marah kat aku lagi.

"Ohh..jadi kalau kau tak suka kau tampar aku la ye?Ok,tak pa!Benci betul aku dengan pompuan cam kau nih!You've always piss me off!!",tempiknya lalu keluar sambil menendang pintu bilikku.Aku tersentak.

...................................

Bryan memandang ke arah Ethan yang mendengus lemah itu.Helena pulak masih lagi menonton televisyen di ruang tamu.

"Is she willing to go?",soal Bryan perlahan.Ethan menggeleng lemah.Seketika kemudian,dia tersenyum sendiri kerana masih dapat berhubung dengan Qiya.

Bryan berterus-terang dengan Ethan pasal Ilil kecewa dengan sikap Qiya yang suka buat dia kecik hati.Ethan tersengih mendengarnya.

'That's good!I'll get to know Qiya very well'

Ethan mula mengesyaki sesuatu yang membuatkan Ethan tersengih-sengih macam kambing di hadapannya."But,don't try to collapse their household",pintanya tegas. Ethan cuma tersenyum.

"Haaa..Behold if I did not stir,hmm".Katanya.Helena sedikit sebanyak mendengar perbualan mereka berdua.

Dia cuma membisu.Mendengar nama Qiya,dia terfikir sesuatu.Dia sayangkan Ilil tapi sebagai rakan baik  atau sebaliknya?Dia pun tidak pasti tentang itu.Lagipun kalau dia minta Ilil menjadi kekasihnya,adakah Ilil akan menerimanya?Ilil sudah pun mempunyai seorang kekasih yang lebih cantik darinya.Segera dia menggeleng kepala perlahan.Tidak mungkin Ilil akan terima dia kerana Ilil sudah ada Qiya.Perempuan yang baru dikenalinya kelmarin.

Matanya melirik memandang Helena yang khusyuk menonton rancangan melayu yang lawak itu.Dia menahan rasa debar yang tiba-tiba bertandang di hati.

Dia memegang dadanya yang berdegup-degup sambil merenung Helena.Segera dia menggeleng dan beristighfar.What am I doing?That's nonsense if I'm in love with her.Haahaha.That's funny.

Bryan tersenyum sendirian sambil menggeleng kepalanya.Ethan cuma memandangnya dengan pandangan tak beriak lalu merenung ke telefon bimbit yang berwarna merah hitamnya.Dia membuka buku phonenya dan memandang lama ke arah nombor telefon Qiya.Dia tersengih sendirian.You'll be mine,Qiya !

...........................................................

"Haa..dah siap sume barang-barang kamu berdua ?",soal ayah sambil memandang ke beg pakaian kami satu per satu.Aku mengangguk kecil.Ilil pulak cuma menggumam saja.

Aku mengambil kunci kereta dari dalam poket dan menekan kunci.Baru je nak melangkah keluar dengan beg2 pakaian,ayah menyampuk.

"Eh,kenapa tak pergi sama-sama kamu nih?",soal ayah pelik.Aku cuma tersengih.Dalam hati nih rasa sedih sangat-sangat.Manalah kami nak satu kereta kalau dah bergaduh besar cam nih.Huh.

Aku menggeleng ,"Laa..kalau kiteorang satu kereta,cam na ngan kereta Qiya pulak nih?",soalku sengaja nak libatkan kereta kesayangan aku nih.Tak nak satu kereta dengan dia ! Naya aku nanti.Huh!

"Ooh,iya tak iya jugak.Haa baguslah jugak tuh.Baik-baik tau memandu tuh Qiya.Baca doa,jangan lupa",pesan ayah.Aku tersengih.Erk,macamlah aku nak jalan sekarang !

Aku tergelak kecil."Okey.Tapi Qiya tak jalan lagi nih.Nak pergi jumpa mama jap dan pergi bilik."

"Hm,pergilah",ayah bagi keizinan dan aku pun masuk ke dalam rumah kembali.Ilil menjeling ke arah Qiya yang berlimpas dengannya.Dia mengetap gigi.Marahnya membuak-buak sekiranya dia teringat kejadian semalam.Disentuhnya pipi yang telah ditampar itu.Walaupun tidaklah berapa sakit,tetapi cukup membuatkan hatinya terluka.

..............................................................

Aku memandang sekeliling bilik kesayangan aku yang telah kudiami sejak aku kecil lagi.Aku menghela nafas panjang sebelum meluah sesuatu.

"Bye my lovely room.Hari nih aku takkan tidur kat sini lagi kecuali bila aku ada cuti nak pergi sini.Hehee.Sebaliknya aku tidur dengan dia.Tapi kami gaduh sebab aku dah tertampar dia semalam."Aku tergelak sendirian.Seketika kemudian,aku tersenyum tawar.

"Dia yang buat aku cam tuh.Tu yang dah tertampar tuh.Siapa suruh dia buat cam tuh kat aku?Kalau dia lembut-lembut sikit,mungkin aku fikir dia dah maafkan aku sebab hal tuh.Tapi..tidak.Malah aku tampar dia lagi.Tapi bukannya sengaja.Aku pun tak tau kenapa aku tetiba boleh mendaratkan telapak tangan aku kat muka dia."Tuturku perlahan lalu menoleh ke belakang.Bulat mataku apabila melihat mama sedang tersenyum-senyum sambil memandangku.Aku tersenyum malu.

"Oh,begitu! Patutlah korang macam tak bertegur-tegur je",kata mama lalu memegang tanganku.Aku tersenyum lebar.Mama menyalurkan semngat kat aku dengan memegang erat tanganku.

"A'aah.Tak tau cam nak pujuk dia,ma.Ma,boleh tak bagi Qiya tips untuk padamkan api kemarahan dia kat QIya?",soalku dengan penuh harapn mama akan bagi tips tuh.Aku tergelak dalam diam.Adakah patut nak minta tips pasal tuh je?Qiya,Qiya.Kau boleh fikir sendirilah.Buat apalah kau nak mintak tips?Buang saliva mama je !

"Aik,nak mintak tips pulak budak nih!Fikirlah sendiri,Qiya.Dah berapa tahun kamu dengan si Ilil tuh.Takkan satu cara untuk pujuk dia pun kamu tak tahu?Mustahil",kata mama dengan gaya-gaya orang terkejut.Aku mencebik.

"Ish..Qiya manalah pernah buat dia cam nih time kiteorang kecik-kecik.Sekarang nih dia dah buang tabiat macam budak-budak kecik,suka merajuk."Kataku seakan-akan mengejek.Erk,mati aku kalau Ilil dengar sekarang nih!

Mama menggeleng-geleng kepala mendengar ayat aku tuh."Kamu nih Qiya.Beginilah senang cakap.Kamu kasi kecik hati dia,kamu pergi pujuk dia.Haa apa susah?Pakailah pakaian yang cantik-cantik ke depan dia,minta manja ke,asalkan dia maafkan kamu sudah."

Kata-kata mama membuatkan aku membuat muka blurr.Erk,pakai pakaian yang cantik-cantik?Ok dah pakaian yang aku pakai sekarang nih.Nak cantik macam mana lagi?

"Tak faham ke?",soal mama.Segera aku mengangguk dengan sengihan kerek aku.Mama berdiri.

"DAhlah tuh.Kamu pergilah,ye?Kalau dah dapat pujuk dia,jangan pulak kasi kecik hati dia balik.Jangan ingkar arahan dia,ok?",aku mengangguk pantas lalu berdiri dan menyalami tangan mama.

........................................................................

Sampai je kat tempat tuh,mataku terbuntang luas.Erk,besar gak rumah nih ! Macam rumah mama je besar dia.Aku buat-buat tersengih.Heh!Seolah-olah kami nih dah ada lima orang anak pulak.Erk,apa kau cakap nih,Qiya?Macam nak ada anak je kau cakap gini.Hee aku tak nak !

Aku memakirkan kereta di sebelah kereta Ilil.Ilil terlebih dahulu sampai dari aku.Dia mengambil dua beg pakaiannya dari bonet kereta dan masuk ke dalam.

Aku membuntutinya dari belakang selepas mengambil dua beg pakaian aku dalam kereta.

Tergamam aku saat menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah.Heee...cantiknya ! Cantik dari rumah mamalah! Tapi rumah nih besar sangat aku rasa.Tak sesuai kalau kami je tinggal dalam rumah nih.

Rumah nih biasa je tapi aku suka.Nampak dari luar tadi macam kecik je,tapi rupa-rupanya besar pulak!Hmm..kenapa perlu rumah besar2 nih?Bukannya ramai pun yang akan tinggal dalam rumah begini besarnya.Mama-mama,mungkin dia tak nak aku tinggal dengan Ilil kat rumah yang kecil kot sebab takut aku tak selesa.

Erk,tapi dulu aku duk kat hostel,kecik je tempat dia.Aku boleh tahan jugak.Bukannya tak boleh pun.Hidup jugak aku dalam asrama tuh.

Aku tersenyum sendirian lalu memandang Ilil yang turun dari tingkat atas.Membulat mataku memandangnya.Erk sejak bila dia naik atas pulak?Aku tak nampak pun.

"Kau jaga rumah.Aku nak keluar.Ok,bye",katanya lalu menyarung selipar ke kaki dan berlalu ke tempat garaj kereta.Aku cuma menggumam sekaligus memandang keretanya yang berlalu pergi.

Aku keluar dari rumah untuk menutup pagar.Sempat lagi aku mengomel sendirian memarahi dia yang tidak menutup pagar rumah kami.

.................................................

Sebaik saja menunaikan solat zuhur,aku membaca al-Quran.Satu per satu ayat yang kubaca membuatkan hati aku menjadi tenang dan tidak lagi terasa aku rasa kecewa diberi ujian oleh-Nya berkenaan tentang sikap dingin Ilil.Bertambah kuat keinginan aku untuk memujuknya supaya memaafkan kesilapan aku tertampar mukanya.

Aku yang mulai menguap terus membaringkan tubuhku ke katil selepas membuka telekung.Aku memandang ke siling.Pandanganku jatuh ke arah beg2 pakaianku.

Hm,aku belum kemas lagi barang aku nih.Eh,kejap!

Aku terbangun semula apabila mendapati beg pakaian turut ada di sebelah beg pakaian aku.

"Takkan kami satu bilik kot?",soalku perlahan kepada diriku sambil memandang beg pakaiannya yang berwarna hitam itu.

"Haaa..biarlah !",aku mengalah lalu menghempas kembali tubuhku.Apa nak jadi jadilah!Aku tak kisah.Yang penting aku nak tidur sekarang nih.

................................................

Mataku pantasku celikkan apabila merasa perut nih dah menyanyikan lagu Negaraku dah.Hmm..Aku mengusap-usap perutku yang terasa kosong.Agak-agak ada tak makanan dalam peti yang aku boleh masak?Hm,perut-perut.Sabar kau dulu.Nasib kau baru berdendang lagu Negaraku.Kalau lagu rock dah,haa habis aku !

Rambutku aku ikat kemas semula sambil berjalan keluar dari bilik.Kedengaran suara kanak-kanak menyapa di telingaku ketika turun dari tangga.Aik,siapa punya anak yang tersesat masuk ke dalam rumah aku nih?

Mahu terbeliak mataku pabila memandang Ilil menyuapkan sesuatu ke dalam mulut kanak-kanak itu.Anak siapa dia tibai nih?

"Nih anak siapa?",soalku pelik sambil mendekati kanak-kanak itu.Dia memasang muka tak beriak memandang aku.

"Anak Mi----",tidak sempat Ilil menjawab persoalan aku,tetiba pulak telefon dia berbunyi.Ilil segera memandang skrin telefonnya dan menjawab panggilan itu.

"Mama..Hmm..okey je."Katanya lalu keluar dari rumah dengan telefon bimbitnya.AKu memandangnya.

"Oh,mama yang call !",kataku perlahan lalu memandang kanak-kanak yang comel nih.Dia cuma tersenyum kecil sambil mencelup-celup sudu ke dalam buburnya.
"Meh akak tolong",kataku mesra lalu mengambil mangkuk yang berisi bubur nasi itu.

"Siapa nama adik?",soalku ramah sambil mengacau-ngacau bubur.

"Kiki."Jawabnya pendek lalu mengangakan mulut bila aku menyuakan makanan kepadanya.

Aku tergelak kecil.Kiki eh?Sesuai sangatlah dengan kamu,si comel.

................................................

"Kamu gaduh ngan Qiya ke?"

"Erm,a'aah kot.MAcam mana mama tau?"

"Hmm,boleh taulah sebab kat rumah pun macam kamu berdua tak bertegur sapa langsung"

Ilil tersenyum tawar,"A'aah,betullah tuh"

"Nih mama nak nasihat sikit.Kamu janganlah makan hati dengan sikap Qiya tuh.Takkan kamu tak tau pulak yang dia tuh susah nak memahami orang?"

"Tau."Jawabnya sepatah sambil memandang sekeliling.

"Haa,kalau dah tau takkan nak kecik hati lagi dengan perangai kebudak-budakkan dia tuh?"

"Entahlah ma.Malas Ilil nak fikir pasal dia tuh."

"Ingat apa yang mama cakap nih,Qiya sayangkan Ilil.Jangan dera hati dia."

............................................................

Di satu sudut,kelihatan sepasang suami isteri sedang berbincang tentang lokasi yang mereka pergi untuk berbulan madu.

"Abang,kita pergi Paris je lah",pujuk Mimi.

Azri menggeleng,"Jauh Paris tuh.Abang tak nakla jauh-jauh"

"Aik,tapi kita dah bagitau Ilil pasal nih,kan?Kita nak pergi Paris tuh"

"Yelah.Tapi...abang risaukan si Kiki tuh.Dia mesti perlukan kita dalam masa singkat,kan?Walaupun dia macam dah terbiasa dengan Ilil"


"Tapi abang dah janji dah hari tuh kita nak pergi ke Paris."


"Aik,bila lagi abang janji ngan Mimi nih?Ehh..mimpi kot tuh",katanya sambil membuat muka pelik.

Mimi mencebik,"Yelah tuh mimpi.So,kita nak pergi mana bang?"

"Kita pergi Kedah,nak tak?",soalnya gembira.Mendengar saja tempat itu yang disebut suaminya,Mimi membuat muka cemberut.

"Adakah patut Kedah?Aishh...memanglah..teruk."

"Kenapa pulak teruk?",dia membuat muka pelik.

"Tempat tuh selalu sangat kita pergi,tau tak?Lagipun banyak jugak sedara abang kat sana memandangkan abang asal sana,kan?",Azri mengiyakan kata-kata isterinya.

"So,Mimi bantah.Tak nak pergi sana."

"Haiii...pompuan nih.Nak jugak aku ikut cakap dia",keluhnya perlahan menoleh ke sebelah.Sesaat kemudian,dia berpaling ke arah isterinya kembali.

"So,nak pergi mana?",soalnya lemah.Otak dah buntu nak pilih tempat yang sesuai untuk berbulan madu.Duit tidaklah menjadi masalah bagi mereka kerana kedua-dua mereka pun  bekerja.


"Hm...Hah,Mimi tau kat mana!",tempik Mimi gembira sambil berdiri dari tempat duduknya.Tercengang Azri dibuatnya.

2 comments:

  1. hehe..jgn lpa smbg eps 20 okayy..aq tunggu ne..hehex,,kalo ko rajin lar r :)

    ReplyDelete
  2. wOkey ^^ ada suda..tpi teaser jak la..nnty akn aku smbung agi..

    ReplyDelete

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs