CERPEN 2011 : BUAH CHIKU BUAH HATIKU

Suasana di kelas 2-A riuh-rendah dengan suara sepasang pelajar yang bergaduh.Mereka berkejar-kejaran di dalam kelas.Pelajar-pelajar lain cuma tergelak-gelak melihat perangai mereka yang saling tak tumpah macam seekor anjing dan kucing sudah masak bagi mereka melihat sepasang pelajar itu bergaduh depan mata.Ada pihak yang menyokong iaitu pelajar-pelajar lelaki yang sama nakalnya dengan Hiroki Akira yang mana namanya membawa kegembiraan banyak yang jelas.Jelas terpamer di wajah pelajar lelaki itu.2 kali 5 saja dengannya.

Aku merengus kasar sambil sedaya upaya mengejarnya yang macam lipas kudung berlari.Risau plus geram dengan dia yang mencuri dompet gothik aku dari tanganku.

"Oii Akira!!Bagi balik dompet akue tuh!Bagi cepat bakaaaa!!",tempikku geram.Dia tersengih nakal lalu menjelirkan lidahnya.Seketika kemudian,dia berhenti berlari.Aku cepat2 mengambil peluang untuk mengambil kembali dompetku dari tangannya.

Bulat mataku apabila melihat dia dan rakan-rakan sudah membuka dompetkue dengan gelak tawa yang pecah macam suara kat mikrophon yang rosak.

"WOII!!Apa kau buat tuh bakaaa?!!",tengkingku sambil berlari ke arah mereka berempat.Akira yang sibuk menilik isi dompet terpana apabila ternampak gambar seorang lelaki di dalam dompet Chika.Timbul rasa tidak puas hatinya terhadap perempuan itu.Rakan2nya terkejut badak melihat gambar lelaki yang kacak ala2 artis yang semakin popular di negara mereka itu.

"Yoi,yoi!Ne Chiku-chan,kau suka laki2 macam nih eh?",soal Suichi,salah seorang daripada 3 orang rakan Akira.Aku terkejut dengan soalan Suichi sekaligus memandang Akira yang sudah melekat aura 'gloomy'nya itu.Aku menggigit bibir perlahan.

Hai,suka hati je diorang bukak2 dompet aku!Geramnyaa!!

"Lebih baik kau pilih je si cicak kubing Akira nih daripada kau pilih laki2 cam dalam gambar nih",Hito menyampuk sambil menuding jari ke arah dompet yang di pegang oleh Akira.Hati Akira yang bagai di panah petir itu menutup kasar dompet Chika.Dia melunjur badan untuk berdiri lalu menyandang beg sekolah ke bahu kiri.Rakan2nya tercengang melihat kelakuannya yang sedikit pelik itu.

Akira berjalan perlahan-lahan ke arah aku dan berkata,"Ceh,muka laki2 macam nih,pergi blahlah!Nah,amek balik dompet hitam putih kau yang tak comel nih!Jangan lupa esok,jumpa aku lepas kelas,Chiku."Katanya sambil menepel beg dompet aku ke dadaku.Aku terlopong.Heee..aku ada date dengan Hitoshi esok!HAi,mamat sepet nih!!Sengaja je nak halang hubungan aku dengan Hitoshi!

"Tapi..",belum sempat nak bagi balas,dia meletakkan jari telunjuknya ke bibirku.Akira tersengih jahat dengan merenung dalam anak mataku.

"Kalau kau tak datang,kau tau jugak akibatnya,kan?",arrgghh!Me'warning' awal2 budak sepet nih!Bencinya!!Nak buli akulah tuh!Hee..geram,geram!Akira tersengih macam orang tak waras aku tengok.

Dia kembali memasang muka serius lalu memanggil rakan2nya untuk pulang bersama.Aku terpempan.

DIA tersenyum sendirian apabila mengingatkan perempuan itu untuk berjumpa dengannya.Niatnya untuk berbuat demikian adalah kerana ingin menghalang gadis berumur 15 tahun itu supaya tidak berdating dengan lelaki yang membuatkan dia menyampah itu.

Mati senyuman dia apabila mengenangkan gambar lelaki yang boleh dikatakan top dari dirinya.Dia diselubungi dengan perasaan cemburu bercampur baur dengan tidak puas hati.Kenapa Chika ada kekasih aku tak tau?Aku mesti siasat siapa lelaki yang berjaya curi hati Chiku tanpa aku tau!Tak boleh dibiarkan!Aku mesti ada dalam list lelaki yang Chiku ingat sentiasa sebab akukan selalu ganggu dia kat sekolah??Aku mesti ada,mesti!Hmph.

"Muka laki cam pondan tuh ada hati kat dia?Puihh..Naik menyamph aku bila ingat muka laki2 tuh",sindirnya sendirian sambil menarik tuala dari penyangkut baju dan berlalu masuk ke dalam bilik air.

"Argghhhh!!!Bakaaa punya lelaki!Baka!Baka!Urgghh!!",tempikku sambil menumbuk meja kayu jati yang rendah nih.Misaki menggeleng-geleng kepala memandangku.

"Laaa..kesian betullah kau nih aku tengok!Mungkin memang ada hal dia nak bereskan dengan kau.Lagipun manalah dia tau kau akan dating dengan Hitoshi esok,"katanya menenangkan aku.Aku tersenyum sinis dengan jiwa yang kusut.

"Hah!Dia tau tuh aku akan dating dengan hItoshi esok,!Tuh yang dia sibuk2 nak jumpa aku lepas kelas esok!Hee...geramnya!",dugaku dengan perasaan marah membuak-buak.Aku tak kisah dia nak jumpa aku ke tak!tuh hal dialah!Yang penting aku tetap akan dating dengan Hitoshi esok!!

"Chiku..Chiku-chan!Hahaha..lawaklah nama yang dia bagi tuh.Sweet je aku dengar",dia mengubah topik.Wah..wah..budak satuh nih eh!Aku kat sini tengah marah2 dia tak pedulikan!Yang dia tau kasi tamabh api kemarahn aku yang nak memcecah 100 darjah dah nih!

"Chiku..Chiku..kepala hotak kau Mi-chan!",marahku sambil menyekeh kepalanya.Oh,ya!Lupa nak bagi tau korang sume.Panggilan Chiku tuh Akira yang bagi kat aku.Suka hati jantung liver dia je panggil aku cam tuh kan?Namaku punyalah main sedap kena panggil,ICHIROU CHIKA!PAndai2 je dia ubah!Haiishh!!Kalau aku ingat balik,nak je aku buang dia kat sungai di hutan tebal bagi kat ikan pirana!Biar dia kena gigit2 sana!

"Hoi,yang kau ngelamun sampai ke Kobe tuh apsal?Ntah siapalah yang buat kau terkaku macam paku 3 minit macam nih",seleroh Misaki sambil mengetuk kepalaku.Aku mengadu kesakitan.

"Ish,adakah patut sampai ke Kobe padahal aku termenung 3 minit je?Huh,nonsense!Apa yang kau tanya tadi?",soalku sambil mengusap2 kepalaku yang bagai diketuk dengan paku tadi.

"Kau jadi ke keluar dengan dia esok?Ataupun kau batalkan je sebab si mata sepet tuh?",soalnya serius.Aku berfikir sejenak.

"Jadilah!Siapa pulak tak date esok?Nih peluang aku bersendirian dengan Hitoshi-kun esok.Boleh aku tenang2kan fikiran dari fikir kes si Akira sepet tuh!",kataku lalu menghirup teh daun herba panas.Misaki tersenyum.Esok tak kira kau nak halang aku atau apa2lah,asalkan aku dengan Hitoshi boleh bersendian dating kat Tropical Land!Yahh..mesti jadi date kami esok!

"BETUL KAU  nak jumpa pompuan tuh lepas kelas Math kita nih?Kang terkeluarlah segala perangai buruk kau macam suami tak waras nanti,kami yang susah bro!",soal Suichi dengan bimbang.Akira nih mana boleh dipercayai.Tinggalkan dia dengan sorang pompuan macam Chika tuh ,apa2 boleh terjadi!Sama ada yang tidak boleh dicapai oleh akal ataupun sebaliknya.Akira tersengih panjang.

"A'aah Kira!Betul tuh.Kau nih ganas mix jajal mix suka buat pelik2 kat dia mix..",kata2 Hito dipotong oleh Jurou.

"Oit!Sudah2lah kau dengan mix kau tuh!Kang aku mix kau dengan air ponta aku nih,baru kau tau!Jadi makluk pink kau tau nanti!Ne,cam na pulak kalau dia tak datang,Kira?Sesia je rancangan kau berlambak2 macam bunga ros tuh.Tak apa kalau dari ayam sampai buaya.Nih sampai Zirafah oh!",kata2nya membuatkan Akira tersedar.Sesekali Akira tersenyum tawar mendengar persoalannya itu.RAncangan jahatnya ingin menghuru-harakan hidup perempuan itu diketahui oleh rakan2 yang satu kepala dengan dia.

"Ya tak iya jugak!Hurm..",gumamnya.Hanya itu yang mampu diucapkan.Kelu lidahnya untuk memberi jawapan kepada Jurou.Hm,kalau dia tak jadi tunggu aku,macam mana?Ahhh...no idea at all.

"Hei,Chi chan!Betul kau tak nak jumpa dia lepas kita habis kelas nih?",bisiknya perlahan ke telingaku sambil mengerling memandang Hajime-Sensei di hadapan.Aku tersenyum sambil menganggguk kecil.

"Yup!Aku dah fikir masak2 dah semalam.Buang karan je aku layan dia yang suka sangat ganggu hidup aku.Sekali sekali bagilah aku berehat dari berperang lidah dengan dia."kataku gembira sambil mencatat apa yang Hajime-Sensei tulis di papan hitam.

Misaki perasan yang Akira asyik memandang ke arah mereka berdua.Nih mesti aim tengok gerak geri Chika nih!,"Oi,oi Chi!Si Sepet tuh tengok sinilah!",repotnya sambil menyiku lenganku yang tengah khuyuk menulis nota Math nih siap dengan menyanyi lagu 'First Love' lagi.Lenyap terus muka Hitoshi yang baru saja nak muncul di layar mata oleh si Mi-chan yang menyiku2 nih!MISAKI!!!

" Nih apa kes siku2 aku nih?",soalku geram sambil memandangnya tajam.Misaki menayang muka tak bersalah depan aku.

"Si Sepet tengok sini tadi dengan matanya yang tajam tuh.Hee seram!Aku rasa baik kau jumpa je dia lepas nih daripada kau kena esok!Manatau kalau kau tak pergi dia buat benda yang tak patut2 kat kau,haaii susah kau nanti!",katanya diselitkan nasihat.Wahh..sangka aku takutlah konon dengan dia yang mata sepet macam orang China tuh?Erk,memang dia cina pun.China mix dengan Jepun.Mama dia orang Jepun,bapak dia orang China.Ekk,apa yang kau cakap nih?!Hmm,apa2lah Chika.

"Biarlah dia sana.Aku tak nak jugak jumpa dengan dia tuh.Noktah!",putusku akhirnya lalu kembali memandang ke depan.Terdiam Misaki mendengar kata2 Chika itu.Hai,keras kepala sungguhlah budak sorang nih!Memang patutlah kau gaduh dengan si Sepet tuh!Keras kepala vs mata sepet,kan lawa nama tuh?Siapa sokong?

Kelihatan Jurou,Hito dan Suichi tak habis2 menghasut Akira supaya berfikir untuk bina rancangan jahat sekiranya gadis Chiku itu tidak datang berjumpanya lepas kelas nanti.Akira cuma mendengar saja rancangan2 yang rakan2nya cadangkan.Rancangan2 jahat itu adalah pukul2 gadis itu dengan buku,conteng2 bukunya,buang beg sekolahnya dari loteng,kunci dia sorang2 kat kelas dan macam2 lagi.Kerek tahap gaban tak boleh chow rancangan diorang nih!Bagi mereka semua,rancangan itu tidaklah sekejam sejahat mana.Cuma nak kasi takut2 si gadis Chiku itu saja.

"Diamlah kamu sume!Haiishh..!Aku nak belajar pun tak boleh oh!",marah Akira.Terkebil2 mata para si kawan memandang Akira yang mulai bengang.

"Laa..kalau tak suka rancangan kami nih cakap je lah!Jangan kau bagi alasan tak boleh belajar sebab nih je.Kami tau kau mesti nak kasi rajin2 belajar macam buah hati kau kat sana tuh.Huh,okey delete this stupid plan!",kata Hito dengan nada sedih yang dibuat2 sambil mencatat apa yang guru mereka tulis di hadapan.Suichiro mengeluh manakala Jurou menggeleng2 kepala.

"Yelah2.Aku tau nak buat apa nanti.Korang jangan risau.I have my own plan,ok?",katanya ingin menyedapkan hati rakan2nya terutama Hito yang sudah gloomy dengan kata2nya tadi.Hito tersengih.

"Apalah rancangan kau Kira?Bagitau kami.Bagitau kami",pinta Jurou sambil menolak-nolak badan Akira.Hampir jatuh budak tuh olehnya.

"Hai,aku bukan gay ok?Jangan tolak2 aku boleh tak?!Kang aku jatuh,patah tulang belulang,apa kau akan ganti dengannya ha?",katanya bergurau dengan senyum menampakkan giginya ynag putih berseri macam mata yang bersinar2 memandang Chika.

"Laa..bagitaulah kami bro."pinta Judou.Mereka bertiga mengeluh apabila terlihat Akira cuma menggeleng2 kepala tak nak bagitau sambil memandang buah hatinya.

"NEE..HITOSHI-KUN.Sorry lambat.Gomenne",kataku sambil tersenyum malu.Nihlah kalau pompuan,mesti lambat nak pergi date semata2 nak bagi sempurna je penampilan depan si lelaki.Nahh sekarang dah malu dah sebab menyusahkan dia tunggu lama2 kat sini.

"Hmm,tak apa.tak lambat pun.Jum,Chika",katanya lalu menarik tanganku.Aku tersenyum malu sekali lagi!Aisshh dia pegang tangan akulah!Huuiii...Kasi putus jantung aku je dia nih!Nasib masih boleh tahan lagi.Kalau tak,dah aku terlantar kat hospital sekarang!Hehehe..

"Woi,Kira!",panggil Hito yang masih setia menunggu rakan baiknya itu.Akira balik2 mengerling ke arah jam di tangannya.Hito rasa sedih pulak melihat rakannya yang macam pungguk tunggu bulan datang tuh.Tak habis2 belek jam dari tadi.Dah berpuluh2 kali dibeleknya jam Adidas hijaunya tuh.Setiap minit dipandangnya.Jurou dan Suichi dah blah awal2 kerana hal yang tak dapat dielakkan.Akira tidak menyahut.

"Kan kami dah kata tadi,mesti dia tak nak jumpa kau punya.Jom blah dari sekolah nih!",ajaknya sambil menggaru2 kepala yang tak gatal.Akira tersenyum tawar.Tersentak Hito melihat senyuman dia yang tawar setawar air kopi tanpa gula itu.Erk,tawar?Bukan,bukan.Tuh pahit dah tuh!Macam kau rasa kau minum air cicak mati blender dah tuh!

"Siaplah kau Chiku kalau aku jumpa kau nanti!Takkan aman hidup kau yang happy-go-lucky tuh!!",tempiknya lalu berlalu di sebelah Hito.Mula meninggalkan rakan baiknya itu sendirian terkulat2 di situ tanpa diajak.Terkejut beruk dia memandang perangai Akira yang pakai tukar2 itu.Dia segera mengejar Akira kaki panjang yang laju saja meninggalkan dia di situ.'Haaa,angau dah kot',desis hatinya sambil tersenyum.

"KITA PERGI mana nih?",soalku gembira sambil setia menjalan kakiku untuk bergerak ke laut yang tak jauh dari Tropical Land.Hanya beberapa minit saja untuk ke sini.Ada dalam 10 minit begitu.Hitoshi tersenyum.

"Pergi lautlah.Smart kalau tengok matahari terbenam kat sini tau",katanya lalu mendekati laut itu.Ada tembok di situ dan dia pun duduk di situ.Aku cuma mengangguk saja lalu mendekatinya dan melabuhkan punggung di sebelahnya.Mataku setia memandang dia yang tersenyum2 memandang laut.Angin laut yang memukul kuat menampar lembut pipi kami.Aman dan mendamaikan.Tak perlu susah2 lagi aku pikir pasal si Sepet tuh!Buat hidupku kecoh je!

"Hitoshi-kun.Awak-awak tau tak?Er...uhm..hmm..",alahai,mulut!Kekok benar nih nak cakap kat dia.Hitoshi menghalakan pandanganku ke arahnya.Mata kami bertembung.Alamak!Aku terus pandang depan dengan pipi yang merah plus panas macam udang bakar je.

"Apa?"

"Saya..saya nak cakap yang saya...hish!You know,susah nak terang kat awaklah benda nih",kataku lemah dengan pipi yang makin panas macam heater.Aisshhh kalau ginilah,susah aku nak confess,tau tak?!Hee..

"CAkaplah.Awak nak bagitau apa?Awak rindu dengan saya eh?",katanya menduga dengan sengihan nakal.Aku tersenyum malu.Cepat2 aku menggeleng.

"So,apa?Hei,cakap jelah Chika-Chan.Tak payah malu2.Kitakan couple sekarang nih?Kalau ada benda nak cakap,cakap je kat saya",katanya.Aku mulai bersemangat apabila dia cakap macam tuh.Segera aku berdiri dan menarik nafas dalam2.

Tanpa kami duga,ada 2 sepasang mata sedang melihat gelagat kami sekarang.Seorang tersenyum sinis."Like hell i watch them too.Lovey-dovey konon.Puihh.Nak muntah!Tambah aku sakit hati je."

"Saya suka sangat kat awak,Hitoshi-kun.Sejak pertama kali saya dah jatuh hati kat awak.Saya harap awak akan jadi boyfriend saya selama yang boleh",kataku meluah dengan malu2 monyet depannya.Hitoshi tersentak sekaligus memandang aku dengan muka terkejut.

"Saya pun suka kat awak.Saya.....",tidak sempat Hitoshi nak kasi panjang ayat2 jiwangnya kepadaku tetiba aku rasa aku tubuhku ditolak seseorang dari belakang.Aku rasa tubuhku melayang-layang ke udara.Bulat mata Hitoshi memandang girlfriendnya ditolak tiba2.Akira pulak mahu terkeluar sudah biji matanya memandang Hito yang berbuat demikian kat buah hatinya.

Akira segera menghampiri mereka berdua dari balik timbun pokok2 dengan perasaan marah membuak-buak kat Hito.Hito tersengih memandang Akira yang sudah memasang muka macam orang nak membunuh saja lagaknya mengalahkan samseng2 jalanan yang membodek duit.Hitoshi cuma terkaku di situ sambil matanya tidak lepas melihat Chika menjerit2 meminta pertolongan.

"Bastard you,Hito!!",katanya sambil menarik kasar kolar baju Hito.Hito cuma tersenyum saja.Walaupun naik gerun dia melihat wajah harimau Akira,tetapi dia nak biarkn bibirnya menguntum senyuman yang bermakna sebagai isyarat bahawa itu salah satu dari rancangannya.Akira tersentak apabila bebola mata Hito memadang ke belakangnya.

Segera dia menoleh belakang, membuka baju dengan selamba badak sebelum terjun ke bawah untuk menyelamatkan buah hatinya itu.Harap2 Chiku selamat.

"HOI!Nanti2!Takkan kau nak kiss dia pulak Kira?depan Hitoshi lagi?",soal Hito tak percaya.Nih lah kalau dah keluar angau melihat buah hati dia tak selmat.Buang tabiat ke si kawan nih?

"Yelah.So,nak buat macam mana lagi?Hish lek la!Aku buat cpr bukan kiss dia."Kata Akira lalu selamba badak memberi bantuan cpr kat kekasih Hitoshi.Terbeliak mata Hitoshi melihat girlfriendnya dicium depan mata oleh lelaki lain.

"Hei,tapi dia gf aku!berani eh kau kiss dia?Kurang ajar budak nih",luah Hitoshi sambil mencerlung tajam memandang Akira yang sudah menampar2 pipi gadis itu.

"Aihh..kau apa hal marah2 aku nih?Lagipun tak apa jugak kan kalau aku buat cpr kat dia.Aku jugak yang selamatkan dia,bukan kau!So,suka suki aku nak kiss ke atau tak.Lagipun nih cuma bantuan cpr,ok?",kata Akira lalu mencempung gadis itu.Bulat mata Hitoshi melihat perangai Akira.Tadi kiss sekarang angkat dia pulak!Haiihh...nak mampus kot budak nih!

"Tapi itu dikira kiss jugakkan,idiot?!Kenapa kau pulak yang angkat tubuh dia nih?Banyak kau amek kesempatan kat gf aku nih eh!",marahnya.Hito menggeleng2kan kepalanya.Naik berbulu telinganya mendengar pergaduhan antara dua insan ini.

"Yo,sudah2lah tuh!Malas aku tengok kamu gaduh macam nih!Macam budak2 berebut barang mainan pulak!Kau Akira,put that girl down.Biar Hitoshi yang bawa dia pulang ke rumah dia.Lagipun dia kan bf Chika?So,tak pe.Sudah cukup memandai kau kiss dia tadi.Even si Hitoshi pun tak pernah sentuh2 tubuh Chika,apatah lagi kiss.So,sudah2lah tuh!Hitoshi,kau bawalah Chika pergi rumah dia.maybe dia tak sedar lagi nih."katanya mengarahkan sorang demi sorang buat itu ini.Diselit jugak hal yang tak betul seperti Hitoshi tak pernah sentuh2 Chika supaya Akira sedar siapa dirinya sebenarnya.Dia memandang ke arah Chika yang sudah tak sedarkan diri itu.Sorry,aku tolak kau tadi Chika!

Akira mendengus lalu diberinya Chika kepada Hitoshi.Tubuh Chika bertukar tangan.Akira dengan aura kemarahannya segera beredar dari tempat itu dengan perasaan yang bercampur baur.Hito menggeleng2 kepalanya lalu mengejar si kawan di belakang.Tau sangat dia marah kat kawan baiknya.

AKIRA yang baru masuk itu ditahan oleh Sakura-sensei kerana lewat masuk kelas.Akira meminta maaf kerana terlewat masuk kelas.Aku memandangnya dengan bersahaja.Dia memandangku dengan aura gloomynya.Sekali lagi dia memandangku dengan aura macam tuh.Naik seram akue memandangnya.

Dari mula kelas Bahasa Inggeris sampailah tamat kelas Sakura-Sensei,dia berdiri depan pintu.Fikirannya bercelaru memikirkan keadaan Chika.'Nasib baik aku ada kat sana kelmarin.Kalau tak memang dah kau kenyang minum air masin kat sana.Huh,tengoklah apa aku akan buat lepas nih!Siaplah kau sebab ingkar dengan arahan Putera Akira Hiroki nih!'

"Yahh,tuh dia putera kita!Hahaha!Apa rasanya kau berdiri kat depan kelas?Tak lenguh ke kaki berdiri?",usik Jurou sambil tergelak2.Suichiro hanya tersengih memanjang je sambil melirikkan matanya memandang buah hati Akira.Nampaknya pompuan itu memandang ke arah Akira.

"Kira,amacam kelmarin?Bisnes jalan tak?",soal Suichiro lalu menumbuk dada kira Akira.AKira menggeleng perlahan dengan muka yang suram.Hito yang mengerti itu segera memukul2 bahu Akira.

"Sabar jelah,Kira",katanya.Akira mula tersenyum dalam diam.Dia mengerling ke arah Chika yang sibuk mencatat sesuatu dalam buku.Haa..bagus2!Aku ada rancangan jahat nak kenakan kau,Chiku!

Akira yang mulai menapak dekat2 dengan Chiku itu membuatkan Hito,Jurou dan Suchiro memandang antara satu sama lain.

"Cepat jugak bertukar emosi dia nih",kata Jurou.mereka berdua cuma mengangguk kepala saja.

"Hai,Chika aka Chiku!!",sergahnya dari belakang.Dekat2 dengan perempuan tuh barulah dia tau apa si buah hatinya sedang lakukan itu.Rupa-rupanya sedang melukis pulak.Dia menilik lukisan itu dari muka samapilah dada.Wah,muka HiToshi pulak yang kau lukis,bukan aku!!

"Nak tengok kejap!",pintanya lalu menarik buku aku dengan kasar.Aku terkejut bukan main lagi.Dari mana kau datang nih?Tak nampak pun!

"EH,mana boleh!",kataku lalu ingin menarik kembali buku catatanku.Dia tersengih lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku.Mata kami bertembung.Aku terkelu.Ack!Dekatnya muka dia ngan aku!

"Siapa suruh kau tak jumpa aku kelmarin haa?Sekarang kau tengoklah apa aku buat nih",katanya dengan sengihan memanjang lalu mengoyakkan kertas itu dari melekat dengan halaman lain dan mengoyak2kan lukisan yang aku lukis itu.Terbeliak mataku memandang dia syok mengoyakkan lukisan yang aku lukis tuh.Huh,penat aku lukis kau kasi koyak pulak?!!Haii,memang nak kena nih!!Geramnyaaa!!!

Keratan2 yang koyak tuh dikasi ditiup2 depan mataku.Punya main geram aku dibuatnya!Penat aku nak lakar muka si Toshi-kun nih kau pulak buat macam nih?!!Arrgghh!!

"Akira!!!!",tempikku lalu mengejarnya.Dia menjelirkan lidahnya sambil menjulingkan mata ke atas.Argghh!!Betul2 aku geram kat dia nih!!Buat aku panas hati je!

Tercengang Hito,Suichiro dan Jurou melihat kelakuan mereka.Masing2 menggeleng2kan kepala.Seseorang mengukirkan senyuman nakal di bibir.

"Kalau korang nak taukan...si Akira kiss Chiku kelmarin!!Wah,wah romantikkan diorang??Hahaha",tempiknya gembira.Suichiro dan Jurou terkejut lantas memandang tepat ke arah Chika dan Akira yang sudah berhenti itu.Aku memandang Akira dengan riak muka yang tak percaya.Dia kiss aku kelmarin?!!

Seluruh kelas memandang Akira dan aku.Akira membuat muka selamba macm tiada apa2 yang berlaku.Hito sudah tergelak2 sakan kerana membocorkan rahsia kejadian kelmarin yang tak disengajakan.Kalau dia taklah hal itu tak disengajakan kerana dia sengaja menolak Chika masuk laut kelmarin.

"Betul ke Akira?",soal sorang pompuan sambil memandang aku dan Akira dengan tidak puas hati.Aku cuam mendiamkan diri.Kalau dia jawab betul,habis aku kerjakan dia!

"Urm.."

"Betul ahh Chiku!Aku saksinya!",dia tolong jawab dengan hati yang gembira.Akira memandang tajam Hito.Berani betul kau kasi bocor rahsia kita?!Bodoh punya budak!

Baru saja nak buka langkah menapak ke tempat Hito untuk membelasah kawan itu,tetiba Chika menendang belakang Akira dengan kuat sehingga dia terjatuh ke lantai.Akira mengerang kesakitan.Hito,Suichiro dan Jurou terkejut beruk melihat aksi Chika yang hebat sebentar tadi.Cepat2 mereka mendapatkan Akira.

"Akira,kau okey?"Soal Suichiro agak cemas.Akira menggeleng lemah.

"Auuwww..sakit belakang aku!",adunya lalu Jurou cepat2 memapah rakan baiknya itu.Suichiro turut memapah Akira.Sebelum mereka berempat keluar,Hito sempat mengerling tajam ke arah gadis itu.

"Ingat kau hebat ke dengan setakat tendang begitu ha?Kenapa kau nak tendang dia jugak?Dia belum nyatakan lagi kalau benda tuh betul atau tak.Tapi kau already dah tendang dia",kata2nya sudah berubah serius.Tiada lagi gelak ketawa macam tadi selepas melihat adegan tendang Chika.Dia mudah panas baran sekiranya Akira dicederakan.'Walaupun kau buah hati Akira,aku tak kisah jugak kalau hadiahkan kau tendangan Judo aku'.

Aku terdiam seribu bahasa.Gerun melihat Hito yang sudah serius tahap badak tuh!Betul jugak apa yang dia cakap.Hal tuh aku tak tau lagi betul ke tak kalau aku tak dengar perkataan 'ya' keluar dari mulut Akira.

HARI INI kami sekelas tetiba kena suruh tanam bunga.Bunga hiasan untuk halaman sekolah yang kurang dengan tumbuh2an hujau nih.Semua sudah bergerak untuk menanam bunga.Even lelaki pun kena suruh menanam jugak.Aku mencebik.

Haii,apalah sensei nih!Ada makcik tukang tanam tuh dia tak suruh.Kiteorang jugak yang disuruhnya!Malas betul aku nak buat!Aku mengerling ke arah Misaki.Wahh..bukan main syiok lagi dia menyiram2 pokok dia tuh eh.Aku mengalihkan pulak pndanganku ke arah pokokku sendiri.Ack!Aku baru gali lubang!


Tengah syok2 gali lubang,tetiba tangan aku yang meraba tempat di sebelah nih menyedari sesuatu.Bunga aku hilang!!Nih mesti kerja Akira nih!Mentang2 dah sembuh selama 3 hari cuti sakit tulang,mula dah nak ganggu hidup aku balik!

Kedengaran gelak ketawa Akira dan rakan2nya di belakang aku.Segera aku menoleh ke belakang.

Bulat mataku apabila akar pokok bunga yang aku nak tanam dah hilang."Woii!!Baka punya Akira!!Apa yang kau buat dengan bunga aku tuh?!"soalku bengang lalu merebut pokok bungaku yang sudah cacat.Cacat tiada akar sudah.Dah kena makan oleh dia!Hee!

"Hrm,nihlah balasan dia sebab tendang aku tanpa pasal hari tuh!Suka hati mak bapak kakak abang adik kau je ye tendang aku!Kau tak tau kan rasanya macam mana tendangan shit kau tuh?Kalau kau nak rasa,aku boleh buat balik kat kau,kalau kau naklah!Tapi kesian pulak aku nak buat macam tuh.Nanti robek hati aku dengar kau nangis macam isteri kena tinggalkan suami pulak."Kata Akira lalu tergelak kecil.Hito,Suichiro dan Jurou tersengih2 nakal di sebelah Akira.Aku mengetap bibir dengan muka yang merah macam gunung api nak meletus kejap lagi.

"Kurang ajarrrr punya Akira!!!",tempikku lalu melontar pokok bunga yang cacat nih ke muka Akira.Akira yang tergelak itu membulatkan mata bila aku lontar pokok bunga nih kat muka dia.Huh,padan muka dah termakan butir2 tanah!Hamek kau!Makan tanah!Hahaha..

Akira meludah2 mengeluarkan kembali tanah yang termasuk ke dalam mulutnya sambil mencerlung tajam memandangku.Huh,tak puas hati pulak budak Sepet nih erk?

"Haa.tak puas hatilah kau termakan tanah?Hrm..dont blame me."Kataku lalu berjalan meninggalkan mereka berempat.Malas nak bertikam mulut dengan dia hari.Tiada mood nak gaduh!Aku berjalan menuju ke arah Misaki yang berbual2 dengan Naki tuh.

"Aku takkan puas hati selagi aku tak 'makan' kau Chiku!",kata2nya membuatkan aku tersentak sekaligus mematikan langkahku.Apa maksud dia?Ahh,biarkan Chika!Akira sudah mengukirkan senyuman  nakal di bibir.

PERTEMUAN dia dengan Hitoshi pada petang di padang itu membuatkan Hitoshi terkejut beruk dengan kata2nya.Dia tidak mengheret sama Suichi dan Jurou tetapi dia membawa Hito bersama.

"Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Chika hari nih",pintanya sambil menyeluk tangan ke dalam poket.Terkejut Hitoshi dibuatnya.Lelaki itu tergelak kecil.

"Senangnya kau cakap suruh nak putuskan hubungan dengan pompuan macam Chika tuh.Aku tak nak!"

Akira tersenyum sinis."Ewah..ewah..kenapa pulak kau tak nak?Hari tuh kat TL,aku yang selamatkan dia dari lemas dimakan mulut laut.Kau duk tengok dia je.So,aku yang berhak jadi bf dia",tutur Akira.

"Kau jadi batu je hari tuh.Macam patung je aku tengok.Tak berganjak langsung untuk selamatkan Chika.Aku rasa lebih baik kau serahkan je budak Chika tuh kepada kami."Sokong Hito pulak dengan wajah yang serius.

"Hrm,yang cpr hari tuh..seriously aku kata aku tak anggap itu sebagai bantuan orang lemas tapi sengaja aku buat macam tuh depan mata kau supaya kau sakit hati."kata2 Akira menyapa di gegendang telinga Sutoshi.Dia mengepal tangannya.Panas hati medengar pengakuan Akira tentang apa yang dibuatnya pada girlfriend dia.

"Serah jelah si ciku tuh kat kami.Apa susah?Kami tak minta apa2 dari kau cuma tuh je."Kata Hito pulak.

"Okay.Boleh je.Aku tak jugak suka sangat dengan pompuan macam dia tuh."Terkejut beruk Akira dan Hito mendengarnya.Aihh,tadi beria2 tak nak serahkan pada aku,sekarang jalan je!Tapi,bagus jugak!Chiku..Chiku..kesiannya kau.Kena mainkan oleh sorang laki2 brat macam Satoshi nih!tapi tak apa,aku ada!Wajahku akan sentiasa terbayang2 di fikiran kau.Aku tau aku tak boleh blahh dari otak kau!

"Tapi..dengan syarat",aiih baru je nak gembira2 hati nih tetiba ada syarat pulak.

"Bagi Misaki tuh kat aku."katanya dengan senyuman.Akira dan Hito berpandangan satu sama lain.Mereka menoleh memandang Satoshi.

"Siapa Misaki tuh?",soal mereka serentak.Terkejut beruk Satoshi mendengar soalah bodoh dua sekawan itu.

"Laa..rakan sekelas pun korang tak kenal ke?!heeii..kawan baik Chikala!",katanya lalu menggeleng2kan kepala.

"OOHhhhh...Boleh je kalau hal tuh!yang penting Chika dah terlepas dari kau.She's mine now",kata Akira tersengih nakal.

AKU YANG BARU SAJA nak melabuhkan punggung tersentak apabila Akira menarik tanganku kasar.Terkebil2 mataku memandangnya.Aiihh..apa kejadah dengan dia nih tarik2 aku?Macamlah aku nih kambing dia bhuu!Heeeii!!

Dia membawa akue masuk ke dalam dewan utama kat blok A sekolah kami.Aku merengus kasar."Apa nih tarik2 aku.....",kata2 ku terhenti apabila terpandangkan lukisan besar diletakkan di hadapan pentas.Tak dapat aku berkata2!Hanya mampu kata bahawa lukisan tuh comell sangat macam muka aku!!

"Opps,lalat masuk!",katanya lalu menekup mulutku.Dia tersenyum nakal memandangku dengan kening yang dijungkit2kan.Terkebil2 mataku memandangnya.Apa kes sentuh2 aku nih?

"Takdak orang kat sini sebab aku tau kalau akue jemput sume orang ke sini,kau akan malu."tuturnya perlahan sambil melihat potret yang comel di depan mata itu.Aku mengangguk faham saja.

"Nih aku buat potret kau!So,tak payahlah nak menangis melalak sebab aku koyakkan gambar lakaran si Satoshi hari tuh",selerohnya dengan sengihan di bibir.Aku memandangnya dengan muka pelik bin musykil.Kenapa..?

"Kenapa,kenapa kau lukis potret aku pulak?"soalku pelik plus ingin tahu.Dia tersengih lalu mencium pipikue.Aku terpana sambil menyentuh pipiku lambat2.

"I love you!",ucapnya.Aku tersentak.Serta merta muka aku berubah merah mendengar luahan hatinya.Aku memandang tak berkelip.

"Kenapa?Bila kau mula suka..?Macam mana dengan Satoshi pulak?Diakan bf aku?Aku tak boleh..",wahh!Macam peluru tak berpandu keluar je mulut aku keluarkan soalan2 yang banyak.Dia tersengih lalu menggeleng2 kepala.

"Dengar sini,Chiku!Aku mula sedar aku suka kau time aku ternampak gambar Satoshi dalam dompet kau hari tuh!Lepas dari tuh je,aku mula sedar aku rasa lain bila ada lelaki lain yang curi hati kau.Aku nak curi jugak!Adakan surat kau yang menyatakan kau akan date ngan Satoshi pada esok hari tuh?Aku terbaca tuh dan mula2 aku kata aku nak jumpa kau lepas kelas.Aku nak tunjuk something tapi tak jadi sebab kau tak jumpa aku pun.Buang peluh aku tunggu kau dengan Hito hari tuh kat gate.Hrm,jangan risau sebab Satoshi tak suka kau langsung.Dia suka kat kawan kau yang diam2 berisi tuh.Nih video diorang berjumpa.Satoshi nak meluahlah nih kat dia."Kata Akira lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku.Aku tersentak sekaligus menyambut huluran telefonnya.

Aku melihat video Satoshi berjumpa dengan Misaki.Aku tersenyum simpul melihat kelakuan Misaki yang malu2 kucing dengan kata2 Satoshi.SAtoshi mengajaknya keluar.Aku tergelak melihat perangai Suichiro dan Jurou yang sudah tergelak2 itu.Kacau daun betullah ketawa2 macam tuh!Tak apalah kalau kau dah suka kat Misaki,aku apa boleh buat..undur diri je lah.Lagipun ada sudah orang yang meluah kat aku dia suka aku.Takkan aku nak tolak pulak memandangkan aku asyik teringat je muka dia yang kejam suka kacau daun dalam hidupku.

"So,apa jawapan kau,Chiku?",soalnya sudah tidak sabar.Sakit hati apabila Chika tidak melayannya.Khusyuk pulak melihat video tuh sambil tergelak2 sendiri dia tengok.

Aku tersenyum.Baru aku faham,"Aku...suka kau jugak.Muka kaulah selalu aku terbayang bila aku naik bengang dengan kau.Memang muka kau tak boleh blahh dari fikiran aku!Hahaha..",mati gelakan aku pabila melihat dia mencium pipiku sekali lagi.Aku tersenyum malu.

FLASH!

Bulat mataku apabila Hito sudah membuat thumb up di pentas dengan sengihan nakalnya.Akira tersenyum lalu memeluk bahuku.Nak bergambarlah tuh dengan aku yang dah macam sotong terbakar kat sebelah dia nih.Siap buat peace lagi!Aku mengetap bibir menahan malu.Namun aku tersenyum sendiri pabila mengenangkan Akira yang nakal suka mengganggu hidup aku,tak nak aku hidup dengan aman tanpa gangguan dia rupa2nya ada hati kat aku.Hito mengambil gambar kami sekali lagi.

"My lady,let's go to stage",ajaknya lalu menghulurkan tangan kanannya.Aku menyambutnya dengan hati yang berbunga2.Kami sama2 naik ke pentas mendekati Hito.

                                                    ~TAMAT~

sekian saja cerpen ala2 jipun aku.harap korang sukalah wlupown x best ceta nih.lagi satu aku x buat unsur keagamaan bab ceta nih tntg budak2 jepun.aku mls nak buat ada unsur2 keagamaan nih.nntylah aku bwt kalo b'kesmptn.kalo ada idea nak buat yg cerpen ada nasihat2 buat teladan ye??skg nih nak korang enjoy je sal ceta aku yg *kerek* nih.hhe!lagi satu sorry bab ceta nh t'lalu laju jln cetanya.aku kering idea sbnrnya.hehe!
jumpa agi !! 
ne=kalo kita ckp mcm 'erm' 'hmm' dan sezon dgnnya /baka=idiot/gomenne=im sorry {bhs jpn} 
tmt buwt at 09:54 a.m =)

2 comments:

  1. Mohd Zamree bin Sinin9:54 pm, December 29, 2011

    gaya penulisan berdasarkan bahasa sabah....jajal=nakal...hehe...gud luck kazuki...

    ReplyDelete

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs