CERPEN 2011 : SI MAT KACAU NI TUNANG AKU?!

Selepas kejadian 2 minggu lalu,Fatiha menjadi 'kuli' kepada seorang mat kacau yang kuat mengacau pelajar di sekolah.Terimbau kembali kenangan yang tak berapa pahit itu di layar matanya.

Fatiha yang baru habis mengisi perut bersama sorang kawannya bernama Shida itu melangkah keluar dari dewan makan untuk mencuci tray.Kebetulan pada ketika itu masa sudah menginjak ke jam 2 petang tetapi Fatiha dan rakannya baru saja makan.

Harizul yang baru meletakkan air tinnya di bibir tidak jadi untuk meneguk air setelah ternampak dua orang perempuan lalu dihadapannya.Disebabkan tempat dia menjamu selera berdepan dengan tempat pelajar aspuri mencuci tray,maka dia ternampak dua orang minah itu.Bukan main kecil lagi matanya bagi mengetahui siapakah kedua-dua aspuri itu.

"Oih,Jul!Siapakah diorang tuh?Kau kenal ke?",soalnya berpaling memandang rakannya di sebelah.Sorang lagi kat duduk berhadapan dengannya.Dia menyoal apabila rakan-rakan duk khusyuk mengunyah makanan.Selalunya apabila mereka berjumpa,macam lalat terbang nak mencari makanan.Bising aja.Tapi hari nih,sunyi je.Apa hal?

Mendengar ketua mereka menyoal,Jul segera mengangkat muka dan matanya melilau mencari aspuri yang dikatakan Harizul.

"Pompuan tuh?Yang mana satu?",soalnya pulak apabila ternampak dua orang perempuan yang sedang berbual-bual sambil berjalan.Aik,berjalan tuh dahla tak tengok depan.Kang ada tiang depan,baru tau!

"Hrm,yang tuhla.Yang tengah jalan tuh tuh".katanya sambil menuding jari ke arah gadis itu.Seorang sedang berjalan sambil berbicara ,sorang lagi sedang memegang perut sambil berjalan.

Jul menunjukkan muka kelatnya,"YElah,yang tengah berjalan kau kata.Dua-dua pun jalanlah,ngok!Yang mana satu ha?Pink ke hijau tuh?"

Harizul pantas berkata,"Pink!"

"Ohh...tak kenal!",katanya segera lalu menyuap nasi ke dalam mulut.Harizul menjegilkan mata memandang Jul.Punyalah main banyak soalan kau yang aku nak jawab,tip top tuh je jawapan kau?Tak kenal?!Heiiii..nak kena pelempanglah budak nih!

Kini giliran Zuji pulak yang memandang ke belakang.Bulat matanya apabila memandang perangai pelik aspuri2 itu.Dia menggeleng-gelengkan kepala dan memandang depan semula.

"Izu,macam pelik je dua2 pompuan tuh aku tengok.Jalan punyalah main lambat kalah2 siput babun ow.Minah gedik pun tak macam tuh",perlinya lalu meneguk air oren yang diambil dari bekas air tadi.

Harizul membuat muka cemberut,"Siput babun kepala hotak kaulah,Zuji!Mana ada siput babun.Heh,tak hairanlah BM kau selalu hangkang sebab kau main hentam je nama haiwan!".Mendengar kata-kata Harizul itu,Zuji hanya tersengih menunjukkan giginya yang tak berapa putih itu.

"Tak pa.Aku nak buli jap dua orang budak tuh.Sorang pun jadilah",katanya lalu mengangkat traynya menuju ke daun pintu yang berdekatan dengan temapt cuci tray aspuri.Jul dan Zuji hanya terangguk-angguk saja mendengar kata2 Harizul.Sudah masak dengan perangai ketua mereka yang suka membuat perangai tidak baik iaitu mengacau.Kacau budak2 pompuan.

BARU saja membuka paip,Fatiha dan Shida disergah oleh Harizul dari belakang.Fatiha tiba2 berdebar-debar.Rasa takut apabila berdekatan dengan aspura.Dah la aspura yang tak dikenalinya membuatkan dia bertambah takut.

"Dua orang je kamu nih?",persoalan Harizul dijawab perlahan oleh Shida yang menoleh sekilas ke belakang.Dia mengangguk kecil sambil tersengih.Dalam hatinya,dia nakkan perempuan baju pink tuh yang menjawab.Perempuan yang tergelak-gelak kecil sebentar tadi depan matanya.

Timbul cara untuk dia mengacau budak2 perempuan nih."Bak sini sabun cuci tuh,budak baju pink".Pintanya sambil menyuakan tangan.Fatiha yang sedang membilas traynya agak tersentak.Budak baju pink?Erk,akulah tuh kan?

Dia memandang bajunya.Hmm..pink!Akulah tuh.Dia segera memberi bekas yang berisi sabun cuci pinggan itu kepada Harizul tanpa menoleh ke belakang dan...

"Hoii!!Punya main cantik baju aku nih,kau kasi basah?!!",tempik Harizul lalu memandang geram baju Melayu Selangor yang baru ibunya belikan.Tambahan pulak,baju itu baru pertama kali dipakainya.Fatiha tersentak sekaligus menoleh kebelakang.

Bulat matanya apabila melihat baju Melayu aspura itu sudah kotor terkena sabun cuci."Aku-aku minta maaf!",tuturnya laju.

"Nih yang aku naik bengang nih!Huh,maaf?Maaf kepala hotak kaulah!",teriaknya.Jul dan Zuji yang sedang berbual-bual tuh menghentikan perbualan apabila mendengar suara Harizul yang bertempik dari arah tempat cuci pinggan aspuri.

Mereka segera pergi ke sana.Jul mulai memikirkan benda yang bukan2.'Hei,Izu.Izu.Macam suara nak merogol orang je kau nih!

TERBELIAK MATA Jul dan Zuji apabila ternampak Harizul yang membuka baju Melayunya.Eh,biar betul buka baju depan aspuri?Tak jatuh ke air muka kau ZU?

"Oihh ZU!Kau nih apehal teriak2 ha?Siap buka baju lagi.Tak malu ke bro?",soal Zuji sambil menghampiri Harizul.'Nasib baik kau guna baju nipis dari dalam.Kalau tak nampak dah body kau yang tak lawa tuh.hahaha'.Kelihatan sorang perempuan yang membuat muka cemas memandang Harizul.Sorang lagi cuma terpaku sambil membuat muka kelat.

"Baju cantik aku nih dah dikasi sabun oleh budak baju pink nih ha!Baik betul!Baju aku nih tak busuk,tapi dia baik hati nak cuci awal2 geng!",katanya lalu buat2 tergelak lalu melempar bajunya ke muka perempuan itu.Tray langsung di hempas kat sisi gadis itu.

"Kau cuci baju nih dan tray nih,faham?!Aku nak esok!",katanya lalu meninggalkan kedua-dua perempuan itu.Dua2 terlopong apabil meNdengar arahannya.

"HAAHHH????!"

"UWAAA...!!Aku benci lelaki macam dia Shida!Aku benci!",luah perempuan itu.Shida tersenyum tawar mendengar luahan Fatiha.Dia menggeleng-geleng perlahan.

"Fa,sabar je kau!Kita nih nak SPM dah.Kau tak boleh stres2 cam nih.Lagipun kalau kau bencikan Harizul tuh,satu hari kau akan suka dia jugak",kata Shida bergurau.Fatiha mencebik.

"MUka dia aku akan suka?Heh,minta simpang!Mustahil Shida!Mustahil!Nama je anak pengetua,tapi perangai kalah2 abang akue yang suka mengarah kat rumah tuh!Heh,mungkin baik lagi sikit abang aku dari dia.Yang dia nih suka sangat teriakkan orang sesuka hati busuk dia je!",perlinya sesedap mee sedap tanpa memandang sekeliling.Shida menyiku lengan Fatiha.

"cakap2 siang pandang2lah kawan",tegur Shida di sebelah apabila terlihat Harizul sudah merenung tajam ke arah Fatiha dengan senyuman kereknya itu.Fatiha memandang ke depan.

"Kau budak,berdiri sekarang!Berdiri",arahnya keras sambil menikam pandangan Fatiha.Fatiha segera berdiri dari tempat duduknya.Harizul segera menarik tangannya keluar dari kelas.

Bulat mata Fatiha apabila lelaki yang bukan mahramnya sesedap hati je menyentuhnya tanpa lapik.Bukan dia saja,malah Shida pun terkejut beruk melihat perangai Harizul menarik tangan rakan baiknya itu.

"Hey,takkan dia tak pernah belajar pendidikan islam kot?I guess tak pernah."Perlinya perlahan lalu membuka buku latih tubi Add Math.

"HEI,LEPASLAH!Lepaskan aku,siot!",pintanya keras namun tak diendahkan Harizul.Harizul tersengih jahat sendirian.

Harizul membawanya ke sebuah bangunan iaitu biliknya.Bilik persendirian tanpa bercampur dengan pelajar2 lelaki.Almaklumlah,anak pengetua dan anak tunggal.Apa saja keinginannya dituruti ibubapanya.Itulah sebabnya hanya dia yang tinggal di bilik itu.

Tombol pintu dibuka.Dia yang baru saja nak menolak belakang perempuan itu mematikan niatnya apabila teringat bahawa perempuan itu adalah ajnabinya.Dia menjatuhkan kembali tangan kanannya.

"Hmm,puas hati aku bawa kau ke sini!Kerja kau sekarang adalah,bersihkan bilik aku nih,faham?Dari masa 1 jam dari sekarang kau kasi bersih.Kalau tak,alamat jangan harap kau boleh pulang ke rumah kau!Ada faham?",arahnya tegas dengan senyuman penuh makna di bibir.Sekali lagi fatiha terlopong.

"Haa..lagi satu!Jangan ada satu habuk pun tertinggal kat tingkap bilik aku nih.Kasi bersih sebersih baju putih sekolah aku nih,ok?Aku balik dari sekolah kau tak kasi siap semua nih,haa tidurlah dengan aku selama setahun nih.Ok,aku chow dulu,tata!",katanya lalu tergelak jahat.Terkejut Fatiha mendengarnya.

"Eh,so cam na dengan aku?Aku nak jugak belajar!",katanya seakan-akan protes.Harizul menjegilkan matanya ke arah Fatiha.

"Tak payahlah.Biar calon suami kau nih je yang study.Nanti kau study je dengan aku."katanya berseleroh lalu menutup pintu dan mengunci pintu dari luar.Terbeliak mata Fatiha.Erk,calon suami?!Kau?!Hah,merepek!

DIPANDANGNYA sekeliling.Dua perkataan saja yang terungkap olehnya iaitu kemas dan tersusun.Tak ada apa2 yang perlu dikemaskan lagi.Terdapat katil bersaiz queen di hadapannya.Terkejut beruk dia memandang katil sebegitu besar ada di dalam bilik si sengal nih.'Isk,sepatutnya katil cam nih ada kat rumah dia je.Tapi kenapalah kat hostel pun ada katil cam nih?Kami guna yang double-decker je.Kau pakai yang queen pulak nih!Hee tak aci!',katanya dalam hati.

Terdapat satu rak buku yang agak besar di satu sudut.Fatiha segera menghampiri buku2 koleksi Harizul itu.Dibaca satu2 tajuk buku itu.'Aik,macam bahasa Jerman je nih?Banyak jugak buku Jerman dia nih!Dia nak terbang ke Jerman ke?Dikeluarkan sebuku dari rak itu dengan tebal mengalahkan tebal buku rujukan Add Math yang dibelinya.

'Tak sangka budak pembuli macam dia nih pun rajin baca buku eh?Ulat buku seh!'

Fatiha memulakan kerjanya.Mula2 dia memerhatikan tingkap bilik Harizul itu.Bersih je.Tak ada habuk pun.Dia mencolek sikit tingkap itu kalau2 ada habuk namun tiada lalu digeleng2 kepalanya.

"Apalah suruh akue kerja macam nih?Suruh konon kasi bersih tingkap tapi langsung tak ada habuk pun!",bicaranya sendirian.Selepas sudah menyelesaikan bahagian tingkap,dia menyapu,mengelap meja,mengemas walaupun memang sedia kemas dan akhirnya dia keletihan.Saja nak mandi peluh membuat semua itu kerana dia sudah terkenal dengan kerajinannya membuat kerja walaupun kerja itu sudah siap.

Fatiha mengambil buku cerita rakyat Jerman yang tebal itu di atas meja sisi katil dan melabuhkan punggung di atas katil.Dia mula membaca cerita itu walaupun tidak difahaminya.

"Eh,kejap!Boleh ke aku duduk kat katil dia nih?Ah,lantaklah!Aku penat2 buat kerja dia nih,takkan dia tak benarkan pulak?Lagipun aku cuma dudk je,bukannya tidur pun.Tak hingin aku nak baring atas katil dia nih",katanya sendirian.

Disebabkan Fatiha amat keletihan dan matanya pun sudah berat untuk dibuka selepas membaca buku cerita yang tidak difahaminya menyebabkan dia secara tak sengaja terlelap di atas katil Harizul bersama tudung segi tiga sekolanya.Dia termakan dengan kata2nya sendiri.

HARIZUL dengan letihnya membawa diri balik ke bilik selepas tamat pembelajaran terakhir iaitu KImia.Selalunya dia akan menghilangkan diri selepas rehat tetapi disebabkan tidak pada hari nih kerana ada subjek yang diminatinya itu.Tak boleh terlepas pelajaran itu walaupun sekali.Dia amat menyukai subjek itu.

Dia kembali ke dunia nyata apabila sudah sampai depan pintu biliknya.'Aik,cepat jugak aku sampai eh?Apa2 je la.Eh,macam manalah dengan budak baju pink tuh erk?Tak sabar nak tengok muka letih dia tuh'

Pintu bilik dibukanya perlahan.Teruja Harizul melihat keadaan biliknya yang bertambah tersusun,bersih,dan lantai yang sudah tersapu.Matanya terhenti di satu sudut.Segera dia menutup pintu biliknya.

Matanya tertancap pada susuk tubuh sorang pompuan yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil kesayangannya.Bulat matanya sekaligus terasa panas hati memandang gadis tuh selamba beruk je landing ke katilnya.Heh,tak pe!kalau sekarang mimpi kau indah,kejap lagi tak indah dah!JAdi nightmare dah!

Perlahan-lahan dia mendekati Fatiha dan mengambil buku cerita yang menutup wajah pompuan itu.Terpamer keletihan di muka Fatiha.Tidak jadi untuk dia jadikan mimpi perempuan itu 'tidak indah'.Harizul merenung lama wajah Fatiha.'Hrm,comel pulak dia nih ye kalau tengok dekat2.Memang patutlah mama aku cop kau sebagai bakal menantu'.

Nada dering Pudar berdering menyebabkan Harizul tersentak."Eh,telefon?Ada orang call dia ke?",soalnya sendiri sambil memandang telefon bimbit yang berada tak jauh dari telinga Fatiha itu.Dia membuat mula kelat.Ewah,ewah pompuan nih!Tidur mati ke apa nih?Telefon nyanyi pun dia tak dengar langsung.

Dia menggeleng2kan kepala dan sepantas kilat melihat nama pemanggil di skrin.Hmm,mak mentua akulah!Dia tersengih-sengih dengan hati yang mulai berbunga-bunga.

"He-----"

"Assalamualaikum fa!Hah,penat mak tunggu kamu angkat,rupanya kamu angkat jugak!Mak sangka tak nak angkat.Haa,bila kamu balik rumah nih?Cepat balik sekarang!Lewat dah nih,kenapa belum pulang lagi?Nanti ayah kamu marah kamu lagi,haa baru tau!",sergah Puan Kalsum.Terlopong Harizul mendengar bebelan Puan Kalsum.'Heh,kuatnya membebel bakal mak mentua aku nih!Dahlah main sergah2 akue je!Heee...

"Err,soory makcik.Dia tak dapat pulang hari nih.Dia cakap dia nak study dengan saya."bohongnya.Isk nak terbelit2 lidah akue nih bila bahasakan diri aku nih saya.Nasib cuma terbelit2 macam ular belit mangsanya je.Kalau dah jadi bentuk bintang ke bulan ke..haa kan susah tuh?

"Aik,kamu nih siapa?Harizul ke?",suaranya menunjukkan dia terkejut dengan apa yang Harizul katakan.

"A'aah makcik.Hehehe",hehehe konon!Okey,kita kena control baik depan bakal mak mentua!Nanti dia batalkan pulak.

"Ohh..hee..Minta maaf makcik terbebel kamu tadi.Bila si Fatiha tuh balik rumah?",yelah tuh terbebel.Nasib aku nih baik.Kalau tak maunya aku balas balik apa yang 'mama' cakap tadi!Hahaha..

"Tak apa.Er,yang tuh tak pasti.Maybe esok dia dah pulanglah nih.Lagipun esok hari minggukan?Nanti saya tolong hantar dia balik ke rumah makcik",kata harizul acuh tak acuh dengan sengihan yang tiba2 bertandang di bibir.

"Oh,ok!jaga dia baik2 ye?Jangan buat apa2 kat dia sebelum kamu kahwin!Kalau tak,nahas kamu makcik kerjakan!",pesannya sebelum mematikan talian.Harizul tergelak sendirian.

Hey,tengoklah mak mentua aku!BAik betui.SAmpai pesan cam tuh lagi kat aku.Tak sayang anak ke apa makcik nih?Dia biar anak dia dengan sorang ajnabinya kat dalam bilik sorang2.Kalau aku jadi makcik nih,heh,memang aku bawa lari dah anak aku pulang ke rumah.Takut nanti diapa2kan oleh si jejaka yang baik bertopeng itu.Ngeh hehe..Laki2 bukannya boleh caya sangat kecuali akulah.Erk,perasan!Hahaha.Yelah.Takut nanti aku apa2kan anak dara dia.Lagipun kami tak sah lagi.Tak pa.Kalau dah sah,hilanglah dara kau tuh!Huahuahua..Erk,apalah yang aku merepek nih?

Diletaknya kembali telefon di sisi Fatiha yang nyenyak tidur itu.Dia mendekatkan dirinya kepada Fatiha dan..

"Aduh,sakitnya!!",adunya sambil menekup mukanya.Fatiha terlopong sekaligus terkejut beruk memandang Harizul yang sudah berada di depan mata.

"So-sorry!Aku tak sengaja!",Harizul merenung Fatiha.Wah,sorry konon!pergi blahlah kau!

"Hey,budak baju pink!Turun kau dari katilku sekarang jugak!Muka seposen macam kau nih ada hati tidur atas katil aku!Puihhh,cepat turun!",arahnya bengang.Ingatkan baru je nak layan perasaan tengok dia tidur,tengok2 nih pulak yang terjadi!Haiihh..

Segera Fatiha turun dari katil.Dia memandang Harizul yang mengusap2 hidungnya itu.'Alamak!Mesti sakit dia terkena buku keras tuh.Dahlah tebal,keras pulak tuh covernya!Heee..macam mana nih?'

Harizul mengusap-usap hidung yang macam sudah jadi hidung badut itu sambil tidak lepas merenung tajam ke mata Fatiha.Fatiha membaca kepala ke bawah.Takut nak balas renungan jejaka itu.

"Sorry.Aku tak sengaja".Katanya perlahan.Terhenti seketika kerja mengusap hidungnya itu.

"Sorry tak akan menyembuhkah hidung aku yang hampir penyek oleh kau nih!Disebabkan kau dah kasi patah hidung aku yang mancung nih,kau tak boleh pulang rumah!Lantak kaulah tak selesa!Kau jugak nak cari pasal buat aku macam nih.Haa..sekarang terimalah akibatnya!",katanya sinis sambil menjeling Fatiha.Fatiha membulatkan mata."Erk,tak boleh balik?!jadi..maksudnya aku perlu tidur kat sinilah?Heee..beballah budak siot nih!

bebal>>bodoh

"Tapi..tapi aku nak balik jugak!Nak mandi.Nak cuci baju.Lagipun bukannya akue sengaja kenakan kau tadi.Tadi tetiba je aku terbangun then muka kau dah merah menyala macam lampu isyarat kat luar sekolah kita tuh.Please,let me go home,ok?"ewah..ewah..sempat lagi minah sengal nih buat lawak eh.Merah menyala konon.Yelah merah!Semerah api yang nak jadi oren2 dah tuh.

Harizul menggeleng-geleng pantas."No..no!Tuh hal kau.None of my business.Malam nih temapt kau mana2lah asalkan jangan tidur dengan akue.Aku tak suka pompuan yang tak sah peluk2 aku tengah malam.Ada faham?Okey,aku nak tido.Bye!",katanya.Fatiha mencebik.Macamlah aku nk tidur dengan lelaki bukan mahram macam kau yang siot nih!Oh,sama sekali tidak!Muka dia..Hee..!

fatiha menarik buku cerita Jerman di meja ke sisinya lalu membaringkan tubuhnya di atas comferter Harizul di lantai.Terperanjat Harizul melihatnya.Biar betul BBP nih?Tidur kat situ?Tak sejuk ke?

BBP>>budak baju pink

"Woi,kau tidur kat mana tuh?Lantai ke?",soalnya sedikit bimbang.Bimbang bercampur lega.Fatiha mengetap bibir.'Isk bisinglah mamat siot nih!kang aku sumbat buku nih dalam mulut dia,baru dia tau!

"Yelah!Sudah kau nampak aku baring kat sini!Kat sinilah mana lagi?Haiiih..",jawabnya agak bengang.Harizul menarik nafas lega.

Setelah beberapa minit kemudian,Harizul memanggil Fatiha.Namun tiada sahutan.Dia panggil sekali lagi,tiada jugak."Eh,dia dah tidur ke?",Harizul menjenguk ke bawah tepi katil.Terlihat muka comel ala-ala pelakon Jepun Sawajiri Erika sedang lena diulit mimpi bertemankan komferter.

Harizul tersenyum lebar melihat gadis ituh tidur.Dia menyarungkan selimutnya ke badan Fatiha.Dia cuma menghamparkan selimut tebalnya di atas tubuh pompuan itu.'Biarlah aku tak pakai selimut'.Dia menghempas tubuhnya kembali ke katil lalu memeluk bantal busuknya.

Minyak wangi yang kuat baunya sampai menusuk kalbu membuatkan tidur Fatiha terganggu.Dia terjaga.Segera dia mencelikkan mata.

"EH,sejak bila aku pakai selimut si siot pulak nih?Hrm,maybe terjatuh kot dari katil dia.Ceh,ganas jugak dia tidur rupanya!",perlinya dalam separuh sedar dan menghidu selimut tebal Harizul itu.Nak mabuk dia menghidu selimut Harizul yang mengalahkan sorang minah gedik pakai minyak wangi.Mungkin dia tuang kot sebotol minyak wangi dia tuh kat atas selimut dia nih.Hrm,maybe dia dah mandi perfumes kalau dengan baju sekolahnya.Wangi sangat oh!

Fatiha bangun dan meletakkan kembali selimut itu ke atas katil.Harizul masih lagi dibuai mimpi.Mata Fatiha mellilau mencari jam dinding sambil menggosok2 matanya.Mahu terbeliak matanya apabila jam sudah mengesot ke angka 9.

"Uikkk....jam 9 dah!Matilah aku!Matilah!Kena bahamlah aku oleh Pak Zaimy nih!Kena bahamlah nih!",katanya separuh menjerit.Wah,baik2 nama ayahnya ada Haji,dia panggil pak pulak.Walaupun suaranya tidaklah sekuat mana,tetapi mampu menganggu tidur Harizul.

Harizul menggeliat lalu membuka matanya.Terlihat fatiha berlari-lari setempat di depan matanya.Keningnya bertaut.Apa kejadah dengan dia nih?

"Woi,apsal kau lari2 setempat tuh haa?Buat rancangan bersenam ke pagi-pagi nih?Ganggu aku tidur je!"perlinya.Fatiha mengetap bibir.Disebabkan dia geram,dicapainya bantal yang agak keras itu lalu dilontarnya pada wajah Harizul yang masih mamai itu.Harizul tak sempat mengelak dan..

BUKK!!

Hairil menyergah dari belakang ketika Fatiha menoleh ke belakang membuka poket beg sekolanya.Terkejut beruk Fatiha dibuatnya lalu dia cepat2 beristighfar.Segera dia menoleh dan ternampak kekasih hatinya tersengih2 depan mata.

"Hai",sapanya salmbil memberi senyuman manis kepada Fatiha.Fatiha tersenyum malu.

"Hai.Erm,awal kau masuk sekolah eh?"

"YElah awal,nak jumpa kau.Lagipun kat sebelah je dorm aku.Lainlah kalau kau tempat kau kat rumah."

"A'aah."jawabnya pendek sambil tersengih.Hairil merenung gadis pilihan hatinya yang cute itu.Setiap gerak geri Fatiha dipandangnya dari A sampai Z.

"Tiha,jumpa aku time rehat nih okey?Kat tangga blok A",pesannya setelah rakan2nya sudah tergelak2 kecil melihat dia berdating dengan pengarang jantungnya.

"Haa?Ohh..okey.Tengoklah dulu eh."Balasan daripada pesanannya membuatkan lngkahnya yang baru dibuka mati.Dia menoleh ke belakang kembali menghadap Fatiha.

"Laa..Hurm,kau sakit ke?Macam sakit je akue tengok",dia melahirkan kerisauannya apabila melihat wajah kekasihnya kemerah-merahan yang baru diperasan setelah melihat wajah Fatiha dengan lebih dekat lagi.

"Erk,merah?Sakit?Taklah.Mana ada aku sakit.DAh pergilah masuk kelas kau.Kawan2 kau dah pnggil tuh",arah Fatiha apabila terpandang budak2 nakal di kelas sebelah.

"Okey!Babai sayang.Nanti kita jumpa time rehat eh?Kalau sakit panggil aku je",pesannya buat kali kedua.Fatiha cuma tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"ACHUUUU!!!",dia menutup mulutnya sambil berkata Alhamdulillah.Beberapa mata memendang tepat ke arahnya.Dia membalas satu per satu pandangan rakan sekelasnya itu.Apakah?Salah ke aku bersin?

"Laa..kau demam erk?Jom arr kita pergi bilik sakit.Kau rehat sana,ok?",Shida bagi cadangan memandangkan keadaan Fatiha yang agak teruk itu.Dia menyentuh dahi rakan baiknya itu.

"Kalau aku pergi sana,cam na pulak nak jumpa Airil time rehat nanti?",soalnya risau pasal kekasih hatinya.Shida membuat muka cemberut.

"Oi kau nih!Diri tuh dah la sakit,bukan nak peduli.Si kerek tuh pulak kau pedulikan",kata Shida.Dia menarik tangan Fatiha untuk berdiri.Fatiha menurut saja.

"Kau tak payah risau pasal tuh.Nanti jumpa je dia esok.BUkannya kau tak boleh jumpa pun kan?Sekarang nih yang penting kau pergi bilik sakit dulu.Biar aku bagitau kat cikgu yang kau  demam ok?",Fatiha hanya mengangguk2 saja.Tiada daya nak bercakap.Rasa malas pulak nak balas kata2 Shida macam ada saja tembaga dalam mulutnya yang menyebabkan dia rasa tak boleh berkata-kata.

HARIZUL dan rakan2nya yang baru saja dari ponteng kelas Sejarah itu terkejut apabila terlihat Shida dan Fatiha masuk ke dalam bilik sakit aspuri di blok c itu.Mereka segera mengekori Shida dan Fatiha.

"Weh,dia sakitlah!BBP sakit!",ujar Jul sengaja merisaukan rakan baiknya itu.Harizul menjelingnya sekilas.Zuji cuma mengangguk2 saja.

"Lorh.yelah!Aku nampak time kita berkejaran rebut tangga tadi,muka dia merah!Merah macam jam tangan Izu!",kata2 Zuji membuatkan Harizul bertambah bimbang.Zuji dan Jul sengaja berkata begitu supaya Harizul risau tentang kesihatan tunangnya.

"Oihh.!Jom kita masuk lepas kawan dia tuh keluar.Amacam?Nak kamu join aku?",soalnya berbaur bimbang.Zuji dan Jul berpandangan satu sama lain.

"Okey je!",balas mereka berdua.

"Okey bagus!Tapi,aku nak buat something untuk dia.Korang tunggu jap eh?Awasi kalau2 ada yang masuk bilik tuh."Pesannya sebelum berlalu ke biliknya untuk membuat sesuatu hal.Jul dan Zuji mangangguk kecil sambil tersengih.

"NAH,si Izu bagi kat kau!Dia suruh bagi bubur ayam nih kat kau.Dia nak kau sembuh cepat",kata Jul yang banyak mulut itu.Zuji pulak mengangguk2 saja.

Terkebil2 mata Fatiha memandang mereka berdua,"Izu?Siapa Izu?Korang nih siapa?BErani betul eh korang masuk ke dalam bilik sakit pompuan?Tak takut ke?"

"Mak aii!Banyaknya soalan kau Cik BBP!",sindir Jul sambil meletakkan plastik berbungkus kontena kecik itu di sebelah Fatiha.Fatiha mengetap bibir.

"Izu,Harizullah!Takkan kau tak kenal dia kot?KIteorang nih kawan baik dia.Kira geng dialah jugak."Dia memperkenalkan diri.Tersentak Fatiha mendengarnya.Izu?Izu?Hahahaha..nama panggilan dia macam pompuanlah!Dia tergelak dalam diam.

"Oh..Dia kat mana?"

"Kat langit!Eh,taklah.Kat luar.Malas dia nak bersemuka dengan kau.Kang gaduh macam laki bini lagi,haaii susah tuh!",Zuji mencela dengan nada bergurau.Trbeliak mata Fatiha mendengar perkataan 'gaduh macam laki bini' itu.Aik,dari mana kau tau kami selalu gaduh?

"A'aah,betul tuh!Hrm,Izu pesan kalau hujan tuh jangan mandi hujan pulak.Baik2 ada paip hujan dalam rumah kau pilih jugak paip dari langit.Okeylah,kiteorang blah dulu.Nanti Izu marah pulak kalau kami bual lma2 dengan kau kat sini.Sebenarnya banyak yang kami nak bualkan dengan kau nih.Tapi..memandangkan ketua kami tuh suruh pesan tuh je,tak jadilah nak citer2 ngan kau.Okey,chow dulu!",kata Jul panjang sebelum beredar dari situ bersama Zuji.

Fatiha mengangguk kecil dengan muka cemberut.Mandi hujan?Adakah patut aku mandi hujan?Aku terkena hujan je la.Aiihh..peliklah si siot nih.Memandai je buat konklusi bahawa aku nih mandi hujan.Tembak kang baru tau!

Dia membuka kontena kecik yang berisi bubur ayam itu.Hilang sedikit sejuk dalam badan setelah mendengar rakan2 Harizul berceloteh tadi.Dia segera membaca doa makan dan menyuap bubur masuk ke dalam mulut selepas membaca Bismillah.

"Sudah?Amacam?Ok tak?",soalnya agak risau.Jul dan Zuji tersengih.

"Hrm,okey je bro!Dia tak banyak cakap arr.Penat je mulut kiteorang pot pet pot pet tadi.Dia langsung takdak tindak balas.Aihhh..Maybe dia nak kau yang masuk dalam,barulah amcam Tom and Jerry.Park,park,park je!Bunyi pinggan2 pecah.Erk,apa yang aku cakap nih?Hehehe",JUl tersengih2 macam kerang busuk apabila Harizul dan Zuji sudah memadang semacam kat dia.

"Boleh tak kalau kau jangan bising,Jul?Haiihh..memang aku tau pun kau nih mulut kau mulut tempayan macam pompuan.Tak payahlah bising2.Macam Tom and Jerry konon.Puihh.Buat sakit telinga akue je adalah!Haiih..jom blah!Nanti dinampak lagi kita escape kelas nih",katanya membuka langkah setelah habis membebel JUL.JUl mencebik.Zuji tergelak kecil mendengar bebelan Harizul lagak sorang ibu itu.

Puan Kalsum dan Haji Zaimy tersenyum lebar melihat anaknya bersama anak sepupu mereka itu.Kalsum menyuruh anaknya duduk di sebelahnya manakala anak sepupunya itu duduk di sebelah Haji ZAimy.Bermulalah ceritanya...

Fatiha menjeling maut Harizul sekaligus mendengus kasar melihat Harizul yang tersenyum mengejek kepadanya.Harizulmula memasang muka tak beriak.'Hampeh punya budak!NAk kena kot di sini!'

Kalsum yang menyedari perbuatan anak gadisnya itu segera memukul riba anaknya seraya bertanya,"Eh,kenapa jeling2 dia macam tuh?"

"Tak suka dia ada kat sinilah ma!Kenapa mak jemput dia ke rumah kita nih?DAhlah aku pun kena ada kat sini.Hee tak sukalah ma cam nih!",luahnya.Sempat lagi mengutuk jejaka yang bakal menjadi suaminya itu.'Dahlah gatal plus siot plus tak siuman!Mangkuk hayun betullah!Kenapa dia ada kat sini haa?!Argghh!!

"Laa,ke situ pulak kamu.Tak baik tau cakap cam tuh kat tetamu.Kita kena hormat tetamu Fafa",lembut saja kata2 mama kedengaran di telinga Fatiha.Nih macam ader udang sebalik mee je nih?Fatiha memandang ibunya dengan rasa tidak puas hati.

Haji Zaimy berdehem sambil memandang anak gadisnya.Isyarat yang bertanda dia ingin memulakan perbicaraan.Fatiha mula memasang telinga.Puan Kalsum tersenyum.

"Fatiha,kamu tau tak cincin apa yang tersarung kat jari kiri kamu tuh?",soal ayahnya.Fatiha menggeleng lalu memandang lama ke arah cincinnya.Baru aku ingat!Cincin nih mama kata dia beli time pergi Pahang dulu.Mama yang sarungkan cincin permata belian nih kat jari manis aku.Aku pakailah sebab cantik.Tak nak tanggal walau sesaat pun.Hee..

"Cincin mama beli kat Pahang",kata Fatiha membuatkan kepala ayah menggeleng.Fatiha tersentak sekaligus memandang ayah dengan mata tak berkelip.

"So,cincin apa nih?",hatinya mula tak keruan.Cincin apakah nih?

"Cincin pertunangan kamu."Kata ayahnya perlahan.Terkejut beruk Fatiha dibuatnya.Tunang?!

"Cincin pertunangan?!",Haji ZAimy mengangguk dengan senyuman manis.Fatiha terkaku.

"Tau tak siapa dia nih?",soal ayahnya sambil menuding jari menghadap pemuda yang dimaksudkan ayahnya.

"Heh,tuh taulah!Budak siot yang selalu buli aku dan menganggu hidup aku kat sekolah!",jawabnya bodoh.Bulat mata Harizul mendengarnya.Bangang punya budak!Hampeh betullah!Berani kau kutuk aku depan ayah kau?Nak makan sup kaki kot budak mentah nih!Hiishh...

"Bukanlah!Totally wrong!He's your fiance Fafa.Time kamu umur 16 tahun,sepupu kami cop kamu nak jadi menantu dia sebab tertarik dengan kamu.Kamu sorang budak yang rajin,yang patuh kepada ibubapa,dan suka berkawan.Dulu time kecik2 kamu selalu sangat bermain2 dengan Izu.Tuh yang membuatkan hati sepupu kami iaitu mama Izu tertarik dengan kamu."Terang ayah.Fatiha bukan main lagi memebeliakkan matanya mendengar berita yang dia tidak pernah dengar.

"Dia nih?Dia nih?!Tunang akue?!Haa..Jap2!Maksudnya Fafa dan si siot nih sepupu ke 2 lah ye?Begitu kan?",Haji ZAimy dan Puan Kalsum mengangguk serentak.Ternganga mulut Fatiha.

"What?!Fafa di jodohkan dengan sepupu Fafa?!Eee...Fafa tak nak!",protesnya sambil memadang Harizul yang sudah membuat muka cemberut plus bengang di hadapannya.Isyarat supaya dia terima saja berita menyayat hatinya itu.Naik meremang bulu romanya memandang pemuda itu aka tunangnya.

"Tapi..."

"Dont worry.Kita kahwin lewat jugak.Tahun depan kita kahwinlah memandangkan ramai dah kat kampung kita yang bising2 pasal hal nih",katanya tanpa nada lalu menghirup air teh o di meja kaca.

"Haahh?!Tuh kau kata lewat?!Kepala botak kaulah lewat!AWalnya tuh!Haa..aku tak nak!Kau kahwinlah dengan pompuan lain.Janji bukan dengan aku!Aku tak nak kat kau!",bantahnya bulat2 sambil berpeluk tubuh.Tersedak Harizul mendengar kata2 tunangnya itu.Dia terbatuk2 kecil.Siotnya kau pompuan!Ok,ok!Tuh yang kau nak..Boleh je.

"Okey.Aku akan cepatkan lagi proses perkahwinan kita!Tak payah ada bersanding.Cuma akad nikah pada 1 januari tahun depan,okey deal!",putusnya.Terbeliak mata Fatiha.

"Siooooottt kau Harizul!!!Aku tak nak kahwin dengan pengacau macam kau nih!"

AKHIRNYA dengan izin Allah swt,mereka berdua dinikahkan di Masjid Bandaraya pada hari Jumaat yang mulia itu.Sempat lagi Harizul mengenyitkan sebelah matanya kepada Fatiha yang sedang menggelabah itu.Fatiha membuat muka cemberut lalu melontar pandangan ke tempat lain.Beberapa minit kemudian selepas diajukan soalan2 pasal nikah,dia tersenyum kerana sekejap lagi dia akan diijabkabulkan dengan pengarang jantungnya.

"Aku nikahkan kau dengan Nur Fatiha binti Haji Zaimy dengan mas kahwin RM80 ringgit tunai."Dengar saja namanya disebut,makin gelabah Fatiha dibuatnya.Hei,aku tak kahwin dengan usia muda cam nih,kau nak jugak!Nih yang aku benci nih!

Fatiha berjalan ke depan untuk menghadap Harizul setelah memandang Harizul yang sudah menoleh ke belakang.Kini,mereka duduk berhadapan.Harizul mula menyarungkan cincin pernikahan ke jari manis Fatiha.Fatiha bertambah gelabah.Cepat2 dia menyarungkan cincin ke jari manis Harizul pulak.Tak hingin lama2 di situ dengan mata2 sedara sepapat yang memandang mereka berdua.

"Okey.Aku nak kiss kau nih.Sedia..",katanya sambil tersengih nakal.Berderau darah Fatiha mendengarnya.

"Eh,tak nak!Tak nak!",protesnya lalu menolak lembut dada Harizul.Bulat mata Harizul memandangnya dengan wajah yang mula serius.Fatiha menelan air liur.

"Hee budak nih!Aku kiss kat dahi jelah bukan bibir kau,ngok!Hal tuh nanti je kat rumah.DAh,aku kiss kau nih.Duduk diam2 kat sini",pesannya seakan berbisik2 di telinga Fatiha.Cepat2 dia mencium dahi isterinya itu apabila Jul sudah tidak sabar2 untuk mengambil gambar.

"SORRY Dear Airil.Fafa nak putuskan hubungan kita.Fafa tak nak couple dah dengan Airil.Tambah dosa Fafa je nanti.Pergilah cari yang lain,ok?Tapi Fafa akan jadi kawan Airil jugak.Jangan risau.Fafa akan anggap Airil sebagai kawan peneman suka dan duka.Sorry sekali lagi.Babai",selepas berkata seperti yang ada dalam skrip buatan Harizul,cepat2 dia mematikan talian.Tak sanggup mendengar lelaki itu merengek2 manja kat dia.Buat naik meremang bulu roma dia je.Harizul tersengih sambil mengangkat tangan buat thumbs-up.

"DAh!Puas hati abang?DAh la nak kahwin awal2 dengan aku.Suruh pulak aku putuskan hubungan dengan Airil.Nasib aku tak sayang sangat dengan mamat kaca mata tuh.Kalau tak,jangan harap aku nak kahwin dengan abang",kata Fatiha lalu membuka langkah untuk meninggalkan suaminya di belakang.

"Wah,wah..jahatnya mulut isteri abang nih.Boleh tak kalau jangan bahasakan diri sayang 'aku'?Peliklah bunyi dia.Macam orang yang tak pandai bercakap je.Adakah patut cam tuh?'Aku abang'?Kalau 'sayang abang' tak apa jugak.Sedap sikit dengar."katanya lalu tergelak kecil.Fatiha buat2 tergelak mendengar kata2nya itu.

"Ohh tolonglah!SAyang abang?Sejak bila aku sayang kau pulak?",kata Fatiha berteka teki dengannya sambil tersenyum.

"Sejak..",Fatiha mengungkit kening.

"Sejak sayang rasa bubur abang.Betul kan?",katanya dengan senyuman lebar.Fatiha tersengih.

"Cam na tau pulak?"

"Abangkan ketua chef kat hotel 5 bintang?Mestilah tahu yang",katanya lalu mencium pipi isteri yang tersayang.

p/s :: erm,komen diprlukan utk cerpen sulung akue nih!hehe..KO kan cerpen aku nih?first tym akue bwt nih..huhuhu..

4 comments:

  1. Mohd Zamree bin Sinin9:21 pm, December 29, 2011

    hhaha cerita ni memang lawak dan kelakar.... idea yang bagus dan jalan cerita yang menarik.... teruskan usaha Kazuki....

    ReplyDelete
  2. sweet . but romantik kn lagiee (:
    thumbs up for you (:

    ReplyDelete
  3. Boring ...perbaiki lgi..

    ReplyDelete

Any Comments?

PERTARUHAN CINTA bab 11

YUYU SEGERA MENAMPAR PIPINYA.Apa yang aku merepek ni?Cinta?Aku suka dia?Ah,mengaruttt!!Kenapa aku nak suka dia?Kenapa nak berdebar sakan bil...

Hot Stuffs